![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/17/Jung_%285896079881%29.jpg/300px-Jung_%285896079881%29.jpg)
Perayaan Duan Wu (Mandarin: Duan Wu Jie; Bahasa Inggeris: Duan Wu Festival) adalah salah satu hari perayaan tradisional kepada masyarakat Lingkungan kebudayaan Asia Timur[1][2]. Perayaan ini merupakan hari cuti di Taiwan[3], Hong Kong, dan Macau[2][4]. Mulai 2008, ia menjadi hari cuti di Republik Rakyat China[2][5].
Nama
Perayaan ini ada banyak nama, termasuk:
Bahasa Melayu | Bahasa Mandarin | Bahasa Inggeris |
---|---|---|
Perayaan Duan Wu | Duan Wu Jie | Duan Wu Festival[2][6][7] |
Perayaan Perahu Naga,
Pesta Perahu Naga |
Long Zhou Jie, Long Chuan Jie | Dragon Boat Festival[2][6][8][9][10] |
Perayaan Zongzi | Zong Zi Jie | The Rice Dumpling Festival[11] |
Bulan Kelima Hari Kelima | Wu Yue Chu Wu,
Shuang Wu, Chong Wu, Chong Wu, Duan Wu |
Double Fifth Festival[12][13][14] |
Sejarah
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/00/Shashi-Qu_Yuan.jpg/300px-Shashi-Qu_Yuan.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/57/Dongtingriversmap.png/300px-Dongtingriversmap.png)
Terdapat beberapa teori mengenai asal usul untuk "Perayaan Duan Wu". Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang pada zama dahulu yang bernama Yuan ; lahir: 343 SM atau 340 SM; mati: 278 SM) adalah seorang warganegara, golongan bangsawan , dan penyair daripada [https://zh.teknopedia.teknokrat.ac.id/zh-cn/楚国 Negara Chu (楚国)[2][13][16][17].
Dia adalah seorang menteri yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan ide untuk memajukan Negara Chu, juga disayangi oleh orang rayat. Dia ingin Negara Chu bersatu dengan Negara Qi (齐国) untuk memerangi Negara Qin (秦国). Namun, raja Negara Chu tidak suka Qu Yuan dan dia telah dibuang dari Negara Chu pada tahun 293 SM.
Pada tahun 278 SM, Bandar Ying, ibu negara kepada Negara Chu telah dimusnahkan oleh Bai Qi , seorang Jeneral dari Negara Qin dan semua penduduk bandar telah dibunuh. Berita ini telah menakutkan Qu Yuan karena dia bimbang untuk masa depan Negara Chu dan kemudian bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo pada Bulan Kelima Hari Kelima dalam Kalendar Cina.
Rakyat Negara Chu kemudian merasa sedih. Mereka pergi ke sungai tersebut untuk mencarikan Qu Yuan tetapi mereka gagal. Selepas itu, mereka melemparkan nasi pulut yang dibungkus dengan daun (Zongzi ke dalam sungai daripada perahu yang telah dicat seperti seekor naga (Perahu Naga ) supaya haiwan-haiwan yang berada di kawasan sungai tersebut tidak mengganggukan badan Qu Yuan[2][18].
Pada tahun 223 SM, Negara Qin telah berjaya untuk menghapuskan Negara Chu dan pada tahun 221 SM untuk Negara Qi. Selepas itu, Ying Zhao Zheng , raja kepada Negara Qin telah mengisytiharkan dirinya sebagai "Maharaja Mulia Pertama" (Qin Shi Huang) dan Negara Qin direka semula sebagai Empayar Qin. Era empayar ini dikenali sebagai Dinasti Qin oleh ahli sejarah[19].
Zongzi
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/aa/Yellowzongzi.jpg/300px-Yellowzongzi.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7a/Kicang.jpg/300px-Kicang.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/ba/Akumaki.jpg/300px-Akumaki.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/04/%E3%81%A1%E3%81%BE%E3%81%8D.jpg/300px-%E3%81%A1%E3%81%BE%E3%81%8D.jpg)
Zongzi (Hanzi: 粽子; Mandarin: Zong Zi; Bahasa Inggeris: Glutinous Rice Dumpling[11], Rice Dumpling[6][8][9]; Bahasa Jepun: Chimaki[13]; Bahasa Vietnam: Bánh ú[7]) yang pada asanya adalah beras pulut yang dibungkus dengan daun, dan kemudian mereka akan dimasak dengan proses pengukusan atau pendidihan[11].
Kategori
Kategori Zongzi termasuk:
Su Zong
Su Zong : Kategori Zongzi sesuai untuk Vegetarian. Zongzi dalam kategori ini juga dikenali sebagai "Chaicang (Mandarin: Cai Zong)".
Jenis Su Zong termasuk:
- Jian Zong : Jenis Zongzi yang berwarana kuning atau jingga dan tanpa isi, juga dikenali sebagai "Jianshui Zong ", "Alkaline Water Dumpling", "Kicang", dan "Kee Chang". Mereka lebihi kecil berbanding dengan Zongzi yang lain[7][8].
- Jian Zong Hong Dou : juga dikenali sebagai "Red Bean Alkaline Water Dumpling", "Red Bean Kee Chang", "Kicang kacang merah", "Kicang dengan kacang merah", dan "Kicang Tausa ". Versi yang diisi dengan pes kacang merah [8][9].
Rou Zong
Rou Zong : Kategori Zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia[6][9]. Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis.
Zongzi dalam kategori ini juga dikenali dengan banyak nama termasuk "Bakcang", "Bak Cang", "Bak Chang", dan "Bacang"[20], dapat juga ada jenis yang diisi dengan telur dan/atau kacang[9].
Kawasan
Zongzi istimewa dari segi kawasan termasuk:
Jepun, Ryukyu
- Akumaki (Bahasa Jepun: 灰汁卷き; Hiragana: あくまき )
- Jian Zong, versi dari Wilayah Kagoshima, Kyuusyuu, Jepun[13][21]
- Sasamaki (Bahasa Jepun: 笹巻き; Hiragana: ささまき)
- Juga dikenali sebagai: Syounai Sasamaki (Bahasa Jepun: 庄内笹巻き; Hiragana: しょうないささまき)
- Jian Zong, yang dari Wilayah Yamagata, Touhoku, Jepun[13][22]
- Chikayamaki (Bahasa Jepun: 茅巻き; Hiragana: ちがやまき):
Malaysia, Singapura
- Nyonya Zongzi (Bahasa Inggeris: Nyonya Rice Dumpling)
- Juga dikenali sebagai: Nyonya Zong, Nyonya Chang, atau Nyonya Bak Chang .
- Rou Zong, jenis Zongzi yang ada bahagian yang diwarana biru, salah satu masakan Baba Nyonya dari Orang Peranakan (Baba dan Nyonya)[6][11].
Vietnam
- Banh Tro (Bahasa Vietnam: Bánh Tro; Chu Nom: 饼灰)
- Juga dikenali sebagai: Banh u Tro (Bahasa Vietnam: Bánh ú Tro)
- Jian Zong, dari Vietnam[7]
Sambutan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ed/%E7%AB%AF%E5%8D%88%E7%A5%AD%E5%93%81.jpg/300px-%E7%AB%AF%E5%8D%88%E7%A5%AD%E5%93%81.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/44/Egg_stand.jpg/300px-Egg_stand.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/27/Kashiwamochi%2CKatori-city%2CJapan.jpg/300px-Kashiwamochi%2CKatori-city%2CJapan.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a0/Bekomochi.jpg/300px-Bekomochi.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/35/Naha_Hari.jpg/300px-Naha_Hari.jpg)
Biasanya perayaan ini berada pada "Bulan Kelima Hari Kelima" dalam Kalendar Cina dan dari Bulan Mei ke Jun dalam Kalendar Gregorius (sejenis sistem untuk era kalendar "Anno Domini")[2][13].
Aktiviti
Aktiviti tradisional untuk perayaan termasuk memakan Zongzi dan berlumba Perahu Naga[2].
Kawasan
Sambutan istimewa dari segi kawasan:
Han
Orang Han ada makan Zongzi dengan minum teh. Minum "Anggur Realgar" (arak beras) untuk mengusir pergi segala penyakit dan roh jahat. Menggantungkan Rumput Ai dan Pokok Jerangau . "Berdirikan telur " dalam posisi berdiri diatas lantai atau meja pada waktu tengarhari[20].
Sesetengah daripada Orang Han berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Perayaan Duan Wu".
Jepun
Pada asalnya dikenali sebagai "Tango (Tulisan Kanji: 端午)[2] atau "Tango No Sekku (Bahasa Jepun: 端午の節句)"[13], selepas tahun 1948, ia dinamakan sebagai Hari Kanak-kanak (Jepun)[13]. Walaupun begitu, sesetengah Orang Jepun masih merayakan perayaan ini di kawasan Jepun[23].
Makanan Tradisional:
- "Chimaki (Zongzi)"
- Mochi
- "Kashiwa Mochi (Bahasa Jepun: 柏饼; Hiragana: かしわもち)"[13][24][25]
- Kuih Jepun yang dibuat dari tepung beras dan diisi dengan pes kacang merah
- Beko Mochi (Bahasa Jepun: べこ餅; Hiragana: べこもち)"[13][26]
- Dari Wilayah Hokkaidou, Hokkaidou, Jepun
- "Mugi Dango (Bahasa Jepun: 麦だんご; Hiragana: むぎだんご)"[13][27]
- Dari Wilayah Tokushima, Shikoku, Jepun
- "Kashiwa Mochi (Bahasa Jepun: 柏饼; Hiragana: かしわもち)"[13][24][25]
Ryukyu
Orang Ryukyu merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Tanuu (Bahasa Ryukyu: 端午; Katakana: タンウー)[28]".
Pada Bulan Kelima Hari Keempat dalam "Kalendar Cina" dan dari Bulan Mei ke Jun dalam "Kalendar Gregorius", Orang Ryukyu akan menggunakan "Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Sabani"[29] atau "Haryusen (Bahasa Ryukyu: 爬竜船; Hanzi: 爬龙舟)" untuk "berlumba Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Haarii (Bahasa Ryukyu: 爬竜; Katakana: ハーリー; Hanzi: 霸津)[30]".
Perayaan juga diadakan supaya nelayan Orang Ryukyu boleh berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk pelayaran yang selamat dan tangkapan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk berkat kepada mereka[29].
Korea
Orang Korea merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Dano (Bahasa Korea: 단오; Hanja: 端午)[2]" dengan bermain seesaw dan swing gergasi[23].
Orang Korea berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi mereka[14], dan minum "Anggur Realgar" (arak beras) semasa "Perayaan Dano"[23].
Vietnam
Dikenali sebagai "Tet Doan Ngo" (Bahasa Vietnam: Tết Đoan Ngọ; Chu Nom: 节端午; Bahasa Inggeris: Festival Doan Ngo)[2] [7]. Hari ini merupakan seperti hari "gotong-royong" untuk menghapuskan "makhluk perosak" bagi Orang Vietnam[31][32].
Mereka ada makan "Banh u (Zongzi)", Jian Zong yang dikenali sebagai "Banh u Tro" atau "Banh Tro" (Bahasa Vietnam: Bánh ú Tro, Bánh Tro; Chu Nom: 饼灰). Sesetengah daripada Orang Vietnam berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Tet Doan Ngo"[7].
Rujukan
- ^ (Inggeris) Different ways to celebrate in Asia" di CGTN
- ^ a b c d e f g h i j k l "Pesta Perahu Naga" di "LimauMandarin.com"
- ^ (Mandarin) Kerajaan Taiwan
- ^ (Mandarin) Kerajaan Macau, China
- ^ (Mandarin) Kerajaan Negara China
- ^ a b c d e (Inggeris) "Nyonya Chang" di "HuangKitchen.com"
- ^ a b c d e f (Inggeris) "Bánh ú Tro" di "LanHue.com"
- ^ a b c d (Inggeris) "Alkali Water Dumpling" di "HuangKitchen.com"
- ^ a b c d e (Inggeris) "Rice Dumpling" di "ChineseAmericanFamily.com"
- ^ "Dragon Boat Festiva" di "TravelChinaGuide.com" (Bahasa Inggeris)
- ^ a b c d (Inggeris) The Rice Dumpling Festival di The Star (Malaysia)
- ^ (Inggeris) Double Fifth Festival di "CGTN"
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o (Jepun) "端午" di "Hitosara.com"
- ^ a b (Inggeris) Dano di "korea.net"
- ^ (Mandarin) Berita "Patung gergasi Qu Yuan" di "jznews.com.cn"
- ^ (Mandarin) 屈原 di "GuShiWen.org"
- ^ (Mandarin) 屈原 di "gs5000.cn"
- ^ (Inggeris) "Things you might not know about the Dragon Boat Festival" di CGTN
- ^ 徐俊 (November 2000). 中国古代王朝和政权名号探源 (dalam bahasa Cina). 湖北武昌: 华中师范大学出版社. m/s. 55–57. ISBN 7-5622-2277-0.
- ^ a b (Indonesia) "Ketahui 7 Hal Mengenai Festival Perahu Naga" di "TiongHoa.info"
- ^ a b "(Jepun) "Akumaki" di Wilayah Kagoshima". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 2019-06-27.
- ^ a b c "How people spend Dragon Boat Festival in South Korea and Japan" di CGTN
- ^ (Inggeris) "Kashiwa Mochi" di TsunaguJapan.com
- ^ (Jepun)"Kashiwa Mochi" di kotobank.jp
- ^ (Jepun) "べこ餅" di "gNavi.co.jp"
- ^ (Jepun) "麦だんご" di "gNavi.co.jp"
- ^ (Jepun) 端午 di "琉球大学附属図書館 University of Ryukyus Library"
- ^ a b (Inggeris) Haarii di "oki-islandguide.com"
- ^ (Mandarin) 霸津 di "ChineseFolkLore.org.cn"
- ^ (Inggeris) Duanwu, festival in Vietnam "People.cn"
- ^ (Inggeris) Festival in Vietnam "MazeVietnam.com"