Kerch pada 2007
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Kara |
Pembina: | 61 Communards Shipyard, Mykolaiv |
Pengguna: | |
Didahului oleh: | kelas Kresta II |
Diganti oleh: | |
Dibina: | 1968–1979 |
Ditauliahkan: | 1971–2014 |
Disiapkan: | 7 |
Dibersarakan: | 7 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Penjajap peluru berpandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 173.2 m (568 ka 3 in) |
Lunas: | 18.6 m (61 ka 0 in) |
Draught: | 6.7 m (22 ka 0 in) |
Jana kuasa: | 2 aci COGAG, 4x DN59 2x gas turbin DS71, 120,000 hp (89,000 kW) |
Halaju: | 34 knot (63 km/j; 39 mph) |
Jarak: | 9,000 nmi (17,000 km) |
Anak kapal: | 380 |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × Ka-25 atau Ka-27 |
Kemudahan penerbangan: | Helipad |
Kelas-Kara, designasi SovietProject 1134B Berkut B (helang emas), adalah sebuah kelas penjajap peluru berpandu (kapal perang anti kapal selam besar dalam designasi Soviet) yang dibina di Soviet Union untuk Tentera Laut Soviet. NATO menyenaraikan kelas ini sebagai "penjajap/kruiser" di sebabkan kehadiran sistem peluru berpandu anti kapal Metel (SS-N-14 Silex) yang bukan hanya mampu menyerang kapal selam tetapi juga kapal-kapal permukaan.
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Kelas ini merupakan versi kelas kelas Kresta II yang dibesarkan, di mana enjin turbin gas mengantikan turbin stim. Kelas ini juga dijadikan sebagai kapal armada dengan fasiliti arahan, kawalan dan komunikasi yang ditambah baik. Ia merupakan kapal ASW khas dengan penambahbaik yang ketara pada kemudahan anti pesawat termasuk kehadiran peluru berpandu permukaan ke udara, SA-N-3 dan SA-N-4.
Spesifikasi kelas ini telah dikeluarkan pada tahun 1964 dan rekabentuknya dimuktamadkan pada akhir tahun 1960an. Enjin turbin gas telah dipilih berbanding turbin stim kerana kecekapan dan kadar senyap yang lebih baik. Selain itu, kilang turbin gas utama Soviet juga mempunyai kerjasama yang panjang dengan limbungan kapal Nikolayev.
Penjajap Azov telah dibina sebagai sebuah kapal ujian untuk sistem peluru berpandu SA-N-6 dan juga telah dipasang dengan radar Top Dome. Semasa Perang Dingin, ia hanya berlegar-legar di Laut Hitam.
Kapal-kapal dalam kelas
[sunting | sunting sumber]Semua kapal telah dibina oleh 61 Communards Shipyard di Mykolaiv (Nikolayev).
Nama | Rusia | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Dibersarakan | Nota |
---|---|---|---|---|---|---|
Nikolayev | Николаев | 25 Jun 1968 | 19 Disember 1969 | 31 Disember 1971 | 29 Oktober 1992 | Diskrapkan di India, 1994 |
Ochakov | Очаков | 19 Disember 1969 | 30 April 1971 | 4 November 1973 | 12 Ogos 2011 | Sengaja dikaramkan di terusan Teluk Donuzlav pada 6 Mac 2014. Kemudian diapungkan dan diskrapkan. |
Kerch | Керчь | 30 April 1971 | 21 Julai 1972 | 25 Disember 1974 | 15 Februari 2020 | Diskrapkan 2020 |
Azov | Азов | 21 Julai 1972 | 14 September 1973 | 25 Disember 1975 | 30 Mei 1998 | Diskrapkan di Inkerman, Sevastopol in 1999-2000. |
Petropavlovsk | Петропавловск | 9 September 1973 | 22 November 1974 | 29 Disember 1976 | 26 Februari 1992 | Dijual sebagai skrap pada tahun 1996. |
Tashkent | Ташкент | 22 November 1974 | 5 November 1975 | 31 Disember 1977 | 3 Julai 1992 | Dijual untuk diskrapkan pada 1994. |
Vladivostok
(bekas-Tallinn) |
Владивосток (Таллин) |
5 November 1975 | 5 November 1976 | 31 Disember 1979 | 5 Julai 1994 | Dijual untuk diskrapkan pada 1994. |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Chant, Chris (2004). Warships Today. Summertime Publishing Ltd. m/s. 98. ISBN 0-7607-6700-9.
- Gardiner, Robert, penyunting (1995). Conway's All the World's Fighting Ships 1947–1995. London: Conway Maritime. ISBN 0-85177-605-1. OCLC 34284130. Also published as Gardiner, Robert; Chumbley, Stephen; Budzbon, Przemysław (1995). Conway's All the World's Fighting Ships 1947–1995. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-132-7. OCLC 34267261.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penjajap kelas Kara |
- (dalam bahasa Rusia)Article
- (dalam bahasa Inggeris)FAS.org
- (dalam bahasa Inggeris)Kara Class Kerch Photoalbum
- (dalam bahasa Inggeris)warfare.ru page
- (dalam bahasa Inggeris)Global Security.org
- (dalam bahasa Inggeris) All Russian Kara Class Cruisers - Complete Ship List