Frigat kelas-Petya
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Petya (Projek 159) |
Pengguna: | |
Didahului oleh: | kelas Riga |
Diganti oleh: | kelas Mirka |
Sub-kelas: | Frigat kelas-Arnala |
Disiapkan: | 54 |
Aktif: | 8 |
Dibersarakan: | 46 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigate |
Sesaran: |
|
Panjang: | 81.8 m (268 ka 4 in) |
Lunas: | 9.2 m (30 ka 2 in) |
Draught: | 2.9 m (9 ka 6 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: |
|
Anak kapal: | 90 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Kelas-Petya adalah sebuah kelas frigat ringan yang telah direka pada tahun 1950-an dan dibina untuk Tentera Laut Soviet pada tahun 1960-an. Designasi yang diberikan oleh adalah Storozhevoi Korabl (kapal pengiring) Projek 159.
Rekabentuk
Kapal ini merupakan kapal pertama dalam Tentera Laut Soviet yang menggunakan turbin gas. Ianya berperanan dalam peperangan anti kapal selam di perairan cetek dan menyamai kelas-Mirka. Spesifikasi (TTZ di Rusia) telah dikeluarkan pada tahun 1955 dan rekabentuknya diluluskan pada tahun 1956. Tatarajah jentera dengan tiga buah aci telah dipilih dengan aci tengah dipacu oleh enjin diesel untuk halaju krus yang lebih ekonomi manakala dua aci lagi dipacu oleh turbin gas untuk kelajuan. Dua buah meriam berkembar 76 mm (3 in) telah dipasang dalam kedudukan "A" dan "Y" di mana ia dikawal oleh sebuah pengarah radar tunggal. Persenjataan anti kapal selam pula terdiri dari empat buah pelancar roket anti kapal selam RBU-6000 dan sebuah pelancar torpedo anti kapal selam 406 mm (16 in). Kapal untuk pasaran eksport digantikan dengan tiub torpedo 406 mm bersama-sama tiub torpedo anti kapal 533 mm (21 in). Sebuah sut sonar komprehensif termasuk VDS juga dipasang.
Kapal-kapal dalam kelas
Sejumlah 54 buah kapal telah dibina di dua buah limbungan kapal iaitu: Limbungan Kaliningrad Yantar membina 22 buah kapal termasuk versi eksport manakala LimbunganKhabarovsk pula membina 32 buah kapal termasuk versi eksport. Kesemua kapal milik Soviet dibersarakan pada tahun 1989-1992 tetapi beberapa buah masih lagi digunakan oleh para pengguna luar negara.
Eksport
- Tentera Laut Azerbaijan - 1 buah[1]
- Tentera Laut Mesir - 4 buah diperoleh antara tahun 1965 hingga 1971, 1 karam dalam pertempuran pada tahun 1973, 1 masih aktif
- Tentera Laut Ethiopia - 4 buah - dijual sebagai skrap di Djibouti selepas kemerdekaan Eritrea
- Tentera Laut India - 11 buah kapal didesignasikan sebagai korvet kelas-Arnala (kesemuanya telah dibersarakan). Dikelaskan sebagai sebuah korvet di sebabkan saiz yang lebih kecil dan peranan kapal ini.
- Tentera Laut Syria - 2 buah kapal (masih aktif)
- Tentera Laut Rakyat Vietnam - 5 buah kapal (masih aktif)
Rujukan
- ^ "Defense & Security Intelligence & Analysis: IHS Jane's | IHS". Articles.janes.com. Dicapai pada 2013-09-03.
- Conway's All the World's Fighting Ships 1947-1995 ISBN 0-85177-605-1
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Frigat kelas Petya. |
- page from FAS
- Page in Russian Diarkibkan 2011-10-05 di Wayback Machine
- (Inggeris) Russian Petya Class Frigates - Complete Ship List