Военно-морской флот СССР Voyenno-morskoy flot SSSR | |
---|---|
Aktif | 1918–14 Februari 1992 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Jenis | Tentera laut |
Kawat | If You'll Be Lucky (Bahasa Rusia: Если тебе повезет) |
Komander | |
Panglima Tentera Laut Soviet | Vladimir Chernavin (panglima terakhir) |
Komander terkenal | Armada Laksamana Sergey Gorshkov Armada Laksamana Nikolay Kuznetsov Naib Laksamana Aleksandr Nemits Naib Laksamana Yevgeny Berens Armada Laksamana Vasili Altfater Laksamana Ivan Yumashev |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | |
Simbol pengenalan |
Tentera Laut Soviet (Военно-морской флот СССР), atau "Armada Tentera Laut Republik Sosialis Kesatuan Soviet") adalah sebuah cabang tentera laut bagi Angkatan Tentera Soviet. Tentera Laut Soviet juga sering kali dirujuk sebagai Armada Merah oleh NATO. Peranan utama Tentera Laut Soviet di dalam Pakatan Warsaw adalah untuk menghentikan konvoi laut yang membawa bantuan daripada merentasi Lautan Atlantik ke Eropah Barat. Meskipun konflik ini tidak pernah berlaku, namun Tentera Laut Soviet banyak memainkan peranan-peranan penting semasa Perang Dingin.
Armada Tentera Laut Soviet dibahagikan kepada beberapa pasukan armada utama: Armada Utara, Armada Lautan Pasifik, Armada Laut Hitam dan Armada Baltik. Flotila Kaspia adalah merupakan formasi separa bebas yang ditadbir dan di bawah arahan Armada Laut Hitam sementara Skuadron Lautan Hindi Soviet ditarik balik dan bidang kuasanya diletakkan di bawah Armada Lautan Pasifik. Antara komponen lain termasuk Penerbangan Tentera Laut, Infantri Laut dan artileri pantai. Tentera Laut Soviet dibentuk semula kepada Tentera Laut Rusia selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Imperial Rusia (1696–1917) Tentera Laut Soviet (1917–1991) Tentera Laut Rusia (1991–kini) |