Kapal pembinasa atau dalam bahasa Inggerisnya destroyer ialah terminologi tentera laut yang merujuk kepada sejenis kapal perang moden yang mempunyai saiz yang lebih besar dan mampu membawa persenjataan yang lebih banyak serta jauh lebih berat berbanding kapal jenis frigat.
Kebiasaannya kapal pembinasa mampu bergerak dengan laju dan lincah untuk memberinya kelebihan berbanding kapal jenis lain ketika pertempuran kerana dilengkapi dengan enjin turbin berkuasa gas sebagai pendorong skunder yang boleh diaktifkan apabila perlu.
Kerana saiz dan keupayaannya, jika keadaan mendesak atau terpisah dari kumpulan utama ia mampu bertempur bersendirian menghadapi sebarang bentuk ancaman dalam semua dimensi peperangan maritim skala sederhana seperti peperangan elektronik, udara, permukaan dan bawah permukaan.
Kapal pembinasa juga berkeupayaan berlayar pada jarak yang jauh bagi tujuan untuk mengiringi kapal yang bersaiz besar (seperti kapal pengangkut pesawat atau kapal tangki dalam sesebuah armada, atau formasi angkatan perang.
Berdasarkan tujuan ia dibina dan keupayaannya, sekumpulan kapal pembinasa (2-3 buah) sering digunakan bagi mempertahankan kapal lain yang lebih besar daripada serangan jarak dekat oleh kapal yang lebih kecil atau memberi naungan perlindungan pertahanan udara serta ancaman daripada kapal selam musuh.
Sejarah kapal pembinasa
Sejarah kapal pembinasa bermula tidak lama selepas Perang Saudara Chile 1891 dan Perang China-Jepun (1894-1895). Dalam konflik tersebut, sejenis kapal baru yang ternyata amat berkesan – bot torpedo yang lincah dan kecil, dicipta oleh John Ericsson. Kapal kecil ini mempunyai kelajuan setanding dengan kapal besar, dan boleh memecut hampir, melepaskan torpedo, dan cabut lari.
Pada kebiasaannya bot kecil jarak dekat seperti ini dapat dimusnahkan dengan mudah lama sebelum sampai ke jarak sasaran, ia boleh beroperasi dalam armada dengan kapal besar, selagi armada berhampiran dengan pangkalan.
Dalam kes ini pasukan bertahan terpaksa memilih sasaran yang mana untuk diserang: kapal besar yang mereka direka untuk sangga, atau bot torpedo yang lebih kecil yang sedang menyerbu untuk menyerang. Bagaimanapun, serangan dua penjuru ini tidak hampir tidak membabitkan sebarang kos kepada penyerang, kerana nilai bot torpedo yang kecil amat murah.
Pasukan tentera laut dunia menyedari keperluan untuk senjata menyangga dan memajukan pembinasa bot torpedo. Idea asas adalah untuk mempunyai tabir kapal yang sepantas bot torpedo, tetapi dilengkapi meriam bukannya torpedo. Ia akan beroperasi jarak jauh dari armada kapal utama untuk menghalang bot torpedo daripada sampai pada jarak tembakan torpedo
Walau bagaimanapun, jelas bahawa konsep ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kapal ini memang berupaya menyekat serangan daripada bot torpedo (yang kebiasaanya tidak mempunyai meriamnya sendiri), tetapi ia akan menjadi sasaran mudah untuk kapal-kapal utama yang lain sewaktu beroperasi jauh dari gerombolan. Oleh itu mereka kerap dilengkapi dengan torpedo sendiri.
Satu lagi masalah ialah bot torpedo berjarak dekat oleh itu lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Walau bagaimanapun kapal pembinasa mempunyai masalah kerana ia perlu beroperasi sebagai peninjau untuk gerombalannya. Ini memerlukan mereka mempunyai kelajuan dan jarak sebagaimana kapal tempur, jadi kapal pembinasa kerap dibina lebih besar daripada bot torpedo yang perlu mereka hadapi.
Ancaman yang timbul semenjak Perang Dunia I dengan pengenalan kapal selam. Secara umum istilah kapal selam, atau U-boat, tidak berlainan daripada bot torpedo dengan keupayaan untuk menyelam seketika. Bagaimanapun perubahan ini membenarkan kapal selam untuk bersembunyi daripada meriam kapal pembinasa dan menghampiri pada jarak torpedo ketika di bawah air. Ini mendorong kepada perubahan pantas kepada penciptaan kapal pembinasa ketika perang, yang dilengkapi dengan depth charge dan sonar untuk menangkis ancaman baru ini.
Pada Perang Dunia II ancaman telah berubah sekali lagi. Kapal terbang kini menjadi senjata utama kuasa laut, dan sekali lagi armada kapal pembinasa dikemas kini dengan meriam anti pesawat, sebagai tambahan kepada senjata ringan sedia ada, depth charges, dan torpedo. Pada waktu ini kapal pembinasa telah menjadi sebuah kapal serba guna dengan pelbagai keupayaan yang berasingan.
Kapal pembinasa moden Amerika Syarikat
Amerika Syarikat mentauliahkan kapal pembinasa pertama, USS Bainbridge, kapal pembinasa No. 1, pada 1902. Dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pembinasa beroperasi menyokong armada perang kapal pengangkut pesawat, kumpulan kapal aksi permukaan, kumpulan pendaratan amfibia dan kumpulan kapal bantuan mengisi semula (ulang bekal). Tugas utama kapal pembinasa (dengan simbol pengkelasan badan DD) adalah untuk menjalankan tugas perang anti-kapal selam sementara kapal pembinasa peluru berpandu (DDG) adalah pelbagai fungsi (anti kapal selam, anti udara, dan anti perang permukaan) penggempur permukaan. Penambahan yang agak baru, iaitu keupayaan melancarkan peluru berpandu krus meningkatkan lagi tugas kapal pembinasa bukan sahaja dalam serangan atau pertempuran di laut malah memberinya keupayaan melancarkan serangan jauh ke daratan.
Dua kelas kapal pembinasa yang sekarang ini digunakan oleh Tentera Laut A.S ialah;
Kapal pembinasa Kelas Zumwalt telah dirancang bagi menggantikan kelas-kelas Spruance dan Arleigh Burke. Pada 1 November 2001, Tentera Laut US telah mengumumkan penerbitan semakan semula terhadap "Permohonan untuk Cadangan" (RFP) untuk Program Penempur Permukaan Masa Depan. Dahulunya dikenali sebagai DD 21, program ini akan dikenali sebagai "DD(X)" untuk menggambarkan matlamat program dengan lebih jitu, iaitu menghasilkan keluarga kapal penempur permukaan yang berteknologi tinggi, bukan semata-mata satu kelas kapal baru. DD(X) tidak lagi dipanggil kelas Zumwalt, dan ia lebih besar daripada kapal pembinasa biasa, iaitu hampir 3,000 tan lebih berat berbanding kapal penjajap Kelas Ticonderoga.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- The Japanese 1887 Kotaka (Japanese)[pautan mati kekal]
- The Spanish 1886 Destructor (Spanish) Diarkibkan 2010-05-29 di Wayback Machine
- MaritimeQuest Minekaze Class Destroyer Class Overview
- USS Joseph P. Kennedy Photos on board the Destroyer Joseph P. Kennedy DD-780 in Fall River, MA
- USS Slater Photos on board the Destroyer Escort USS Slater DE-766 Museum in Albany, NY