Marshal Ustinov pada tahun 2018, selepas kerja-kerja pemodenan siap
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Slava |
Pembina: | 61 Kommunara |
Pengguna: | |
Didahului oleh: | kelas Kara |
Diganti oleh: | kelas Lider |
Dirancang: | 10[1] |
Disiapkan: | 3 |
Dibatalkan: | 6 |
Aktif: | 3 |
Dibaringkan: | 1 (pembinaan tidak disiapkan) |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Penjajap peluru berpandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 186.4 m (611 ka 7 in) |
Lunas: | 20.8 m (68 ka 3 in) |
Draught: | 8.4 m (27 ka 7 in) |
Jana kuasa: | COGOG: GTU M21 2x turbin gas M70 dan 4x turbin gas pelonjak M90, 2 x turbin stim krus, 2 x dandang gas ekzos, 4 x turbin gas M8KF, 2 x aci, 130,000 shp (97,000 kW) |
Halaju: | 32 kn (59 km/j; 37 mph) |
Jarak: | 3,000 nmi (3,450 bt) (5,560 km) pada 18km/j(11 bsj) |
Anak kapal: | 485 (66 Off, 419 WO/Enl),[1] alternate information 476-529 (84 Off, 75 WO, 370 Enl)[2] |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | Sut Kol'cho dengan pemintas Gurzhor-A&B/Side Globe, penyesak MR-404/Rum Tub, pemintas Bell Crown, pemintas Bell Push, 2 x pengumpan PK-2, 12 x pengumpan PK-10 RL (pada dua buah kapal terakhir sahaja) |
Persenjataan: |
|
Perisai: | Plat Splinter |
Pesawat yang dibawa: | 1 x helikopter Kamov Ka-25 atau Kamov Ka-27 |
Penjajap kelas-Slava (designasi Soviet Projek 1164 Atlant) adalah sejenis kapal penjajap besar, berkuasa konvensional, yang direka dan dibina untuk Tentera Laut Soviet dan kini dioperasikan oleh Tentera Laut Rusia.
Rekabentuk
Kerja rekabentuk bermula pada akhir tahun 1960-an, berdasarkan penggunaan peluru berpandu P-500 Bazalt, yang bertujuan untuk dijadikan alternatif kurang mahal dan berkuasa konvensional berbanding dengan penjajap tempur kelas-Kirov yang berkuasa nuklear. Moskva dipersenjatai dengan peluru berpandu anti kapal P-1000 Vulkan, yang dibangunkan pada akhir tahun 1970-an hingga akhir tahun 1980-an. Tidak diketahui penjajap kelas Slava yang mana membawa P-1000 selain daripada Moskva. Kelewatan yang berpanjangan melanda program ini, meskipun masalah pada Bazalt berjaya diselesaikan. Kapal-kapal ini bertindak sebagai kapal laksamana untuk pelbagai tugasan pasukan. Kesemua kapal-kapal ini dibina telah dibina di Limbungan 61 Kommunar, di Mykolaiv (Nikolaev), SSR Ukraine. Kelas ini dibina selepas kelas-Kara yang mana merupakan sejenis kapal anti kapal selam besar milik Tentera Laut Soviet, yang mana telah dibina di limbungan yang sama dan seolah-olah merupakan satu versi kapal kelas Kara yang dipanjangkan.[3]
Kelas Slava pada awalnya diberi designasi sebagai BLACKCOM 1 (Black Sea Combatant 1) dan kemudian kelas Krasina untuk satu tempoh singkat sehingga kemunculan Slava di laut. Pelancar SS-N-12 dipasang secara kekal dan menghadap ke hadapan sekitar 8° dengan tiada kemudahan isian semula. Tiada sebarang perubahan utama pada segi rekaan pada kelas ini. Para pemerhati Barat beranggapan ia dicipta untuk menyembunyikan kegagalan kelas Kirov yang ketara.[4] Dek hangar helikopter terletak 1/2 dek di bawah pad pendaratan dengan sebuah tanjakan menghubungkan kedua-duanya.[5]
Asalnya, 10 buah kapal dirancang akan dibina, tetapi semasa keruntuhan Soviet Union hanya tiga buah sahaja yang sempat dibina. Kapal ke-4 sempat dilancarkan tetapi kerja-kerja pembinaan terakhir tidak disudahkan dan kapal gagal ditauliahkan ke dalam perkhidmatan.
Berikutan dengan keruntuhan Soviet Union dan kemunculan semula negara Rusia, tiga buah kapal yang telah disiapkan dimasukkan ke dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia, manakala kapal ke-4 yang gagal disiapkan dan dinamakan semula sebagai Ukrayina, kini dimiliki oleh Ukraine. Usaha-usaha telah dilakukan untuk menyiapkan kapal ini; dan pada tahun 2010, presiden Ukraine Viktor Yanukovych berkata bahawa Rusia dan Ukraine akan berkerjasama dalam projek ini. Rusia juga menyatakan minat untuk membeli kapal ini, di mana Ukraine sebelumnya telah menawarkannya untuk dijual. Bagaimanapun, setakat awal tahun 2011 tiada persetujuan akhir telah dimuktamadkan antara kedua buah negara berkenaan perkara ini.[6] Tentera Laut Russia mempunyai rancangan untuk menaik taraf besar-besaran ke atas kesemua kapal-kapal kelas Slava mereka semasa tahun 2010-an; penyudahan kerja pembinaan ke atas Ukrayina mungkin menjadi sebuah platform ujian. Sehingga pertengahan tahun 2016, kapal ke-4 kekal terapung di limbungan dan tidak disiapkan.
Kapal-kapal
Nama | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status | Foto | Nota |
---|---|---|---|---|---|---|
Moskva (bekas-Slava) |
1976 | 1979 | 1982 | Sedanag berkhidmat dalam Armada Laut Hitam | Telah dioverhaul bermula pada tahun 1991 hingga 1998.[1] Terlibat dalam Perang Ossetia Selatan 2008. Pada 3 Dis 2009, ia telah ditarik keluar daripada perkhidmatan dan berlabuh di dok terapung PD-30 untuk kerja overhaul singkat berjadual. Kembali bertugas pada tahun 2010 dengan latihan dilakukan di Lautan Hindi.[7] Terlibat dalam latihan tentera, Vostok 2010 Rusia di Laut Okhotsk pada bulan Julai 2010.[8] Dihantar ke Syria pada tahun 2013.[9][10] | |
Marshal Ustinov (bekas-Admiral Flota Lobov) |
1978 | 1982 | 1986 | Sedang berkhidmat dengan Armada Utara | Overhaul siap pada bulan Oktober 2016.[11][12][13] | |
Varyag (bekas-Chervona Ukrayina) |
1979 | 1983 | 1989 | Sedang berkhidmat Armada Pasifik | Disenaraikan dengan jumlah staf yang lebih rendah sejak tahun 2002. Beroperasi dengan krew sementara pada tahap kesiapsiagaan pada tahap lebih rendah sejak ketibaan Armada Pasifik Rusiapada tahun 1990. Memasuki semula perkhidmatan dengan Armada Pasifik pada awal tahun 2008 selepas kerja overhaul.[3] | |
Ukrayina (bekas-Komsomolets, bekas-Admiral Flota Lobov) |
1983 | 1990 | Tidak siap | Berlabuh dalam keadaan tidak siap di Mykolaiv, Ukraine. Akan dilupuskan.[14][15] | ||
Oktyabrskaya Revolutsiya[1] | 1988 | Dibatalkan dan diceraikan semasa dalam pelayaran pada tahun 1990 | ||||
Admiral Flota Sovetskovo Soyuza Gorshkov[1] | Dirancang pada tahun 1990 | Dibatalkan | ||||
Varyag[1] | Dibatalkan | |||||
Sevastopol[1] | Dibatalkan |
Dalam budaya popular
Dalam satu permainan video bertajuk, Call of Duty: Modern Warfare 3, satu tahap operasi khas dibuat berdasarkan sebuah penjajap rekaan dari kelas Slava bernama Kuvalda.
Lihat juga
- Slava sebuah kapal tempur pra-dreadnought dalam Tentera Laut Imperial Rusia, kapal terakhir daripada lima buah kapal kapal tempur kelas-Borodino.
- Slava, nama penjajap kelas-Kirov Molotov selepas tahun 1957.
- Senarai kapal dalam Tentera Laut Soviet
Rujukan
- ^ a b c d e f g Ударные корабли, Том 11, часть 1, Ю.В. Апалков, Галея Принт, Санкт-Петербург, 2003
- ^ "Project 1164 Atlant Krasina/Slava class Guided Missile Cruiser - Specifications". GlobalSecurity.org. 11 July 2011. Dicapai pada 6 October 2014.
- ^ a b "Project 1164 Atlant Krasina/Slava class Guided Missile Cruiser". GlobalSecurity.org. Dicapai pada 6 October 2014.
- ^ Miller, David; Miller, Chris (c. 1986). Modern Naval Combat. London ; New York: Salamander Books. m/s. 150. ISBN 0-86101-231-3.
- ^ Cullen, Tony (1988). Encyclopedia Of World Sea Power. Crescent. m/s. 86. ISBN 0-517-65342-7.
- ^ Gorenburg, Dmitry (24 August 2010). "The Future of the Russian Navy Part 1: Large Combat Ships « Russian Military Reform". Russiamil.wordpress.com. Dicapai pada 28 December 2011.
- ^ "Russia sends additional missile cruiser to Indian Ocean | Defense | RIA Novosti". En.rian.ru. 9 April 2010. Dicapai pada 28 November 2011.
- ^ "Russia's Medvedev oversees naval phase of Vostok-2010 military drills | Russia | RIA Novosti". En.rian.ru. 4 July 2010. Dicapai pada 28 November 2011.
- ^ Moskva "The Russian Navy still relies on the Cold War-era Moskva guided missile cruiser as of September 2013" Check
|url=
value (bantuan). Military Factory. 6 September 2013. Dicapai pada 7 September 2013. - ^ "Russia sends missile cruiser to Mediterranean". Toronto Star. 4 September 2013. Dicapai pada 7 September 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ http://thebarentsobserver.com/en/security/2016/10/sea-trials-northern-fleet-missile-cruiser
- ^ "Missile cruiser Marshal Ustinov moves to Pacific Fleet". Rusnavy.com. 24 March 2011. Dicapai pada 28 December 2011.
- ^ "Refitted Slava class guided missile cruiser Marshal Ustinov to rejoin Russian Fleet in 2015". navyrecognition.com. 16 December 2013. Dicapai pada 6 October 2014.
- ^ https://sputniknews.com/europe/201703261051973997-ukraine-cruiser-scrapped/
- ^ https://sputniknews.com/europe/201703281052033285-ukraine-missile-cruiser/
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penjajap kelas Slava |
Gambar luar | |
---|---|
Diagram of Moskva |
- "Slava class data". Warships on the Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-20. Dicapai pada 2007-02-27. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "Krasina/Slava class". Federation of American Scientists. Dicapai pada 2007-02-27.
- "Moskva—Project no: 1164 Atlant". Airwing Kuznetsov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-03. Dicapai pada 2007-02-27. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "75 Photos Guided Missile Cruiser "Moskva" (English language)". Cruiser Moskva. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-22. Dicapai pada 2007-09-02. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "Series 1164 Slava". Encyclopedia of Ships (Russian language). Dicapai pada 2007-02-27.