| Pandemik COVID-19 | |
|---|---|
Kes COVID-19 per kapita yang disahkan di seluruh dunia setakat 24 Januari 2026
> 10,000 kes per juta
3,000–10,000 kes per juta
1,000–3,000 kes per juta
300–1,000 kes per juta
100–300 kes per juta
0–100 kes per juta
Tidak ada kes yang dilaporkan, tiada populasi, atau data tidak tersedia | |
Kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia mengikut negara dan wilayah setakat 24 Januari 2026
1,000,000+ kes yang disahkan
100,000–999,999 kes yang disahkan
10,000–99,999 kes yang disahkan
1,000–9,999 kes yang disahkan
100–999 kes yang disahkan
1–99 kes yang disahkan
Tiada kes yang disahkan tiada data | |
| Penyakit | COVID-19 |
| Baka virus | SARS-CoV-2 |
| Sumber | Daripada kelawar, berkemungkinan melalui pangolin[1][2] |
| Lokasi | Sedunia |
| Asal wabak | China[3] |
| Kes indeks | Wuhan, Hubei, China 30°37′11″U 114°15′28″T / 30.61972°U 114.25778°T |
| Tarikh | 1 Disember 2019[3] – kini (6 tahun, 1 bulan dan 3 minggu) |
| Kes yang disahkan | [4][a] |
| Kes aktif | [4] |
| Sembuh | [4] |
Kematian | [4] |
Wilayah | [4] |
Rencana ini melaporkan negara dan wilayah yang terkesan akibat koronavirus yang menyebabkan pandemik COVID-19 yang mula dikesan di bandar Wuhan, Hubei, China. Rencana ini mungkin tidak menyenaraikan semua tindakan yang diambil pihak negara.
Pandemik mengikut negara dan wilayah
Jumlah kes
Sehingga pada , jumlah kes telah disahkan di 204 negara dan wilayah, termasuk lima kapal pelayaran. Terdapat kes aktif dan kematian, dengan kadar kematian .[4]
Afrika
Kes-kes telah dilaporkan di Algeria, Benin, Burkina Faso, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Djibouti, Mesir, Guinea Khatulistiwa, eSwatini, Habsyah,[5] Gabon,[6] Gambia[7], Ghana, Guinea,[8] Ivory Coast,[9] Kenya,[10] Liberia,[11] Mauritania, Mauritius, Maghribi, Namibia, Nigeria, Rwanda, Senegal, Seychelles, Somalia,[11] Afrika Selatan, Sudan,[12] Tanzania,[13] Togo, Tunisia dan Zambia. Menurut ketua operasi kecemasan WHO, Michael Yao, pengesanan awal adalah penting kerana sistem kesihatan di Afrika "telah terbeban akibat wabak-wabak tempatan semasa.[14]
Asia
Sekumpulan kes pneumonia misteri telah dikesan di Wuhan pada Disember 2019 dan tersebar ke seluruh China.[15] Kemudian, kebanyakan negara Asia lain mula mengesahkan kes, dengan negara-negara yang paling terkesan ialah Korea Selatan, Jepun dan Iran. Pemodelan rumit wabak mencadangkan bahawa jumlah kes di China boleh meningkat berkali-kali ganda tanpa bantuan seperti pengesanan awal dan pengasingan golongan yang dijangkiti virus, dan jumlah kes boleh dikurangkan sebanyak 66% sekiranya China melaksanakan tindakan tersebut seminggu lebih awal.[16]
Setakat 18 Mac, semua negara Asia telah mencatatkan kes kecuali Syria, Timor Timur, Tajikistan dan Turkmenistan (Laos, Myanmar, Korea Utara dan Yaman mempunyai kes disyaki).
Eropah
Kes-kes awal di Eropah mula dilaporkan di Perancis, Jerman dan negara lain dengan jumlah kes yang sedikit. Pada 21 Februari, sebuah wabak besar telah dilaporkan di Itali, kebanyakannya di kawasan utara berdekatan Milan. Jumlah kes meningkat mendadak apabila wabak tersebar di seluruh Eropah. Setakat 18 Mac, terdapat 77 ribu kes rasmi dilaporkan dengan 3,400 kematian, dengan 30 ribu kes dan 2,900 kematian di Itali. Semua negara dan wilayah (kecuali Isle of Man) telah memiliki kes yang disahkan. Pihak WHO mengisytiharkan Eropah sebagai pusat wabak virus baharu selepas keadaan di China telah bertambah baik.[17]
Amerika Utara
Kes-kes pandemik ini telah dikesan di Antigua dan Barbuda, Aruba, Bahamas, Kanada, Kepulauan Cayman, Costa Rica, Cuba, Curaçao, Republik Dominica, Greenland, Guadeloupe, Guatemala, Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Panama, St. Barthélemy, St. Lucia, St. Martin, St. Vincent dan Grenadines, Trinidad dan Tobago, dan Amerika Syarikat. Setakat 18 Mac, semua negara di Amerika Utara telah terkesan kecuali Belize, Dominica, El Salvador, Grenada, Haiti, Nicaragua, dan St. Kitts dan Nevis.
Oceania
Kes-kes rasmi telah dilaporkan di Australia, Polynesia Perancis, Guam dan New Zealand. Negara-negara kepulauan Pasifik mengekang wabak tersebut dengan menutup sempadan mereka.
Amerika Selatan
Setakat 18 Mac, kes jangkitan wabak ini telah dilaporkan di semua negara Amerika Selatan, termasuk tanah jabatan Perancis, Guiana Perancis.
Pengangkutan antarabangsa
Pandemik ini telah dikesan di kapal-kapal pesiaran, yakni Diamond Princess, Grand Princess, World Dream, MS Westerdam dan MS Braemar.[18][19][20][21]
Pihak operasi kapal pesiaran telah membatalkan atau mengubah jadual perjalanan apabila negara-negara seluruh dunia melaksanakan larangan perjalanan untuk mengekang penyebaran wabak. Pelabuhan-pelabuhan mula menolak kapal-kapal pesiaran yang pernah berlabuh di pelabuhan China atau kapal yang mengangkut penumpang China ketika wabak berlaku.
Cruise Lines International Association yang mewakili 90% operasi kapal pesiaran, mengumumkan pelbagai langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan oleh ahli-ahlinya. Semua penumpang yang pernah melawat atau transit di China, Hong Kong dan Macau dalam 14 hari sebelum bertolak akan dihalang daripada menaiki kapal pesiaran, termasuk kontak rapat kes-kes rasmi atau disyaki.[22]
Statistik

Rujukan
- ^ "Coronavirus very likely of animal origin, no sign of lab manipulation: WHO". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
- ^ Lau, Susanna K. P.; Luk, Hayes K. H.; Wong, Antonio C. P.; Li, Kenneth S. M.; Zhu, Longchao; He, Zirong; Fung, Joshua; Chan, Tony T. Y.; Fung, Kitty S. C.; Woo, Patrick C. Y. (2020). "Early Release—Possible Bat Origin of Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2—Volume 26, Number 7—July 2020—Emerging Infectious Diseases journal—CDC". Emerging Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). 26 (7). doi:10.3201/eid2607.200092. PMID 32315281.
- ^ a b "WHO | Novel Coronavirus—China". WHO. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ a b c d e f "COVID-19 Dashboard by the Center for Systems Science and Engineering (CSSE) at Johns Hopkins University (JHU)". ArcGIS. Johns Hopkins University. Dicapai pada 6 May 2021.
- ^ "Ethiopia confirms first coronavirus case: Live updates". Aljazeera. 13 Mac 2020. Dicapai pada 14 Mac 2020.
- ^ "Ghana and Gabon confirm first cases of coronavirus". 13 March 2020.
- ^ Darboe, Mustapha K. (2020-03-18). "Gambia confirms first coronavirus case". AA. Dicapai pada 18 March 2020.
- ^ "Guinea reports first confirmed COVID-19 case". AA. Dicapai pada March 14, 2020.
- ^ "Ivory Coast confirms first case of coronavirus". Daily Sabah. 11 Mac 2020. Dicapai pada 11 Mac 2020.
- ^ "SA COVID-16: Third case confirmed". iBusiness. 8 March 2020. Dicapai pada 8 March 2020 – melalui www.ibusiness.co.za.
- ^ a b Burke, Jason (2020-03-16). "African nations impose stricter measures as coronavirus spreads". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-03-16.
- ^ "Sudan reports first case of coronavirus". New York Times. 13 March 2020. Dicapai pada March 13, 2020.
- ^ "Tanzania yathibitisha kuwa na kisa kimoja cha virusi vya corona". BBC News Swahili (dalam bahasa Swahili). 2020-03-16. Dicapai pada 2020-03-16.
- ^ "Coronavirus: Could African countries cope with an outbreak?". BBC News. 6 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2020. Dicapai pada 9 March 2020.
- ^ "27 cases of viral pneumonia reported in central China's Wuhan City". news.cgtn.com. Dicapai pada 2020-03-15.
- ^ Sample, Ian (2020-03-11). "Research finds huge impact of interventions on spread of Covid-19". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-03-11.
- ^ "Europe 'now epicentre of coronavirus pandemic'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-16.
- ^ "Thousands on cruise free to go after virus tests". BBC News. 10 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2020. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Marsh, Sarah (23 February 2020). "Coronavirus outbreak: four cruise ship passengers test positive in UK – live news". The Guardian. ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2020. Dicapai pada 23 February 2020.
- ^ Hines, Morgan. "Coronavirus still wreaking havoc on lives of Westerdam passengers despite no cases on ship". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2020. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ "Cruise Ship Carrying Persons With Coronavirus 'Will Not Be Permitted To Dock'". The Tribune (dalam bahasa Inggeris). 13 March 2020.
- ^ "Coronavirus outbreak: How the 2019-nCoV is affecting the cruise industry". Ship Technology. 9 March 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan








