Pandemik COVID-19 di Benin | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Benin |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Kes indeks | Porto-Novo |
Tarikh ketibaan | 16 Mac 2020 |
Kes yang disahkan | 10,183 (setakat 20 Ogos 2021) |
Kes aktif | 1,928 (setakat 20 Ogos 2021) |
Sembuh | 8,136 (setakat 20 Ogos 2021) |
Kematian | 119 (setakat 20 Ogos 2021) |
Kadar kematian | 1.17% (setakat 20 Ogos 2021) |
Laman web rasmi | |
Kementerian Kesihatan |
Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Benin pada 16 Mac 2020.
Garis masa
2020
Pada 16 Mac, kes pertama positif COVID-19 di Benin telah disahkan di Porto-Novo, ibu negara Benin.[1] Tiga hari berikutnya, kes kedua positif COVID-19 telah dikesan.[2]
Sepanjang tahun 2020, sebanyak 3,251 kes positif telah direkodkan di Benin dengan 44 kematian serta 3,061 kes telah disahkan sembuh.[3]
- Pada 17 Julai 2020, sebanyak 139 kes baharu direkodkan sekaligus menjadi kes harian tertinggi yang pernah direkodkan pada 2020.[3]
- Kematian harian tertinggi yang pernah dicatatkan di Benin pada tahun 2020 ialah sebanyak tiga kes yang dicatatkan pada 15 dan 29 Jun serta 11, 17 dan 22 Julai 2020.[3]
- Pada 10 Julai 2020, sebanyak 929 kes sedang dirawat sekaligus menjadi jumlah tertinggi kes yang sedang dirawat pada tahun 2020.[3]
Tindak balas
Mac 2020
Pada Mac 2020, beberapa penerbangan antarabangsa telah ditangguhkan khususnya di Porto-Novo. Pengembara yang memasuki Benin melalui penerbangan juga dikuarantin mandatori selama 14 hari.
Penduduk tempatan pula dinasihatkan untuk memakai pelitup muka, sentiasa berada di rumah dan keluar jika ada keperluan penting.[2]
Rujukan
- ^ "Somalia, Liberia, Benin and Tanzania confirm first coronavirus case". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 16 Mac 2020.
- ^ a b "Benin records second coronavirus case". Panapress (dalam bahasa Inggeris). 19 Mac 2020.
- ^ a b c d "Coronavirus (COVID-19) Benin". Worldometers.info (dalam bahasa Inggeris).