Perkampungan Atlet Kemayoran | |
---|---|
Wisma Atlet Kemayoran | |
Maklumat umum | |
Status | Sedang digunakan |
Jenis | Penginapan |
Gaya seni bina | Gaya Antarabangsa |
Lokasi | Jalan HBR Motik, Daerah Kemayoran, Jakarta Pusat, Jakarta, Indonesia |
Negara | Indonesia |
Koordinat | 6°09′09″S 106°51′34″E / 6.1523773°S 106.8594821°EKoordinat: 6°09′09″S 106°51′34″E / 6.1523773°S 106.8594821°E |
Pembinaan bermula | Mac 2016 |
Disiapkan pada | Disember 2017 |
Pemilik | Pemerintah Indonesia |
Reka bentuk dan seni bina | |
Kontraktor utama | PT. Wijaya Karya and PT. Brantas Abipraya |
sunting · sunting di Wikidata |
Wisma Atlet Kemayoran (Bahasa Melayu: Perkampungan Atlet Kemayoran Jawi: ڤركمڤوڠن اتليت كمايورن) terletak di Daerah Kemayoran, Jakarta, Indonesia. Tapak ini dibangunkan sebagai perkampungan atlet untuk Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018 yang diadakan di Jakarta yang dibangun di atas tanah seluas 10 hektar, mempunyai 7,424 pangsapuri di 10 menara. Jumlah kapasiti penginapan berjumlah 22,272 di kampung itu melebihi piawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, yang mengharuskan tuan rumah Olimpik menyediakan bilik untuk sekurang-kurangnya 14,000 atlet..[1][2][3]
Ketika pandemik COVID-19
Rumah Sakit Darurat Wisma Atlet Kemayoran | |
---|---|
Perkhidmatan | |
Katil | 3,000[4] |
Sejarah | |
Diasaskan | 23 Mac 2020 |
Semasa pendemik COVID-19 melanda di Indonesia, 4 menara ditukarkan ke hospital kecemasan. Pada 18 Mac 2020, Kementerian Kewangan mengumumkan Wisma Atlet Kemayoran akan ditukar menjadi rumah pesakit COVID-19 yang hanya menunjukkan gejala ringan setelah berunding dengan para doktor.[5][6] Penukaran ini selesai secara rasmi pada 23 Mac.[7] Dengan kapasiti berjumlah 3,000 tempat tidur, ini adalah salah satu hospital lapangan pandemik COVID-19 terbesar di dunia, 3 kali lebih besar daripada Hospital Huoshenshan atau 2 kali lebih besar daripada Hospital Leishenshan, kedua-duanya di Wuhan.
Rujukan
- ^ Aziza, Kurnia Sari; Afrianti, Desy (7 Januari 2015). "Jelang Asian Games 2018, DKI Akan Bangun Kampung Atlet di Kemayoran" (dalam bahasa Indonesia). KOMPAS. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ "Govt to build 10 apartment towers for athletes in Kemayoran". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2018.
- ^ Indonesia, C. N. N. "Melihat Kapasitas Wisma Atlet, Lokasi Isolasi Pasien Corona". ekonomi (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2020.
- ^ Widyamurti, Estu. "Gov't Transforms Kemayoran Athlete Village Into Covid-19 Emergency Hospital". setkab.go.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2020.
- ^ Kusuma, Hendra. "Wisma Atlet Kemayoran Jadi Tempat Isolasi Pasien Corona". detikfinance (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 18 Mac 2020.
- ^ "Melihat Kapasitas Wisma Atlet, Lokasi Isolasi Pasien Corona". ekonomi (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 18 Mac 2020.
- ^ Post, The Jakarta. "Video: Former Asian Games athletes village turned into COVID-19 hospital". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mac 2020.