Yang Berhormat Dato' Haji Mohamed Ali Hassan PJN; DPMJ, SMJ (Johor); KMN, AMN; PIS (Johor); PPN | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Timbalan | Othman Jais (2008-2013) |
Sultan | Sultan Ibrahim (sejak 2010) Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (1981-2010) |
Menteri Besar | Abdul Ghani Othman (1995-2013) |
Didahului oleh | Zainalabidin Mohamed Zin |
Digantikan oleh | Mohamad Aziz |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Sultan | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail |
Menteri Besar | Abdul Ghani Othman (1995-2013) Muhyiddin Yassin (1986-1995) |
Didahului oleh | Mohd Yunos Sulaiman |
Digantikan oleh | Zainalabidin Mohamed Zin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tebrau, Johor | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Siti Zainabon Abu Bakar |
Digantikan oleh | Ling Ban San @ Teng Boon Soon |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tiram | |
Dalam jawatan 1982–1999 | |
Didahului oleh | Jaafar Hamzah |
Digantikan oleh | Mohamad Dolmat |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1937 |
Mati | 14 Julai 2017 (79 tahun) Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Misbah Sakat |
Anak | 4 |
Kediaman | Taman Nong Chik Johor Bahru |
Dato' Haji Mohamed Ali bin Hassan ialah bekas Speaker Dewan Negeri Johor sebanyak 4 penggal, bermula 1990 hingga 1995, 1995 hingga 1999, dari 2004 hingga 2008 dan 2008 hingga 2013.[1][2]
Kerjaya politik
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Tebrau dari tahun 1983 hingga 2004. Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari tahun 1989 hingga 1991. Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Barisan Nasional Johor.
Anugerah
- Malaysia
- Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk
- Kesatria Mangku Negara (KMN)
- Ahli Mangku Negara (AMN)
- Pingat Pangkuan Negara (PPN)
- Johor
- Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Dato'
- Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ)
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS) (II)
Meninggal dunia
Beliau telah meninggal dunia pada 14 Julai 2017 di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru pada jam 2.30 pagi. Beliau meninggalkan seorang balu, 4 orang anak dan 11 orang cucu.[3]
Rujukan
- ^ Mohamed Ali Hassan angkat sumpah Speaker DUN Johor Diarkibkan 2017-10-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia 21 April 2008
- ^ Sejarah Dewan Negeri Johor
- ^ Jenazah bekas Speaker DUN Johor dikebumikan Berita Harian 14 Julai 2017
- Kelahiran 1938
- Kematian 2017
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang dari Johor
- Kematian akibat serangan jantung
- Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Setia Mahkota Johor
- Penerima Pingat Ibrahim Sultan