Dato' Haji Zainalabidin Mohamed Zin DPMJ (Johor) | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 30 November 1999 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Mohamed Ali Hassan |
Digantikan oleh | Mohamed Ali Hassan |
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 22 Oktober 1990 – 6 April 1995 | |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Rengit | |
Dalam jawatan 22 Oktober 1990 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Mohd Dewa |
Digantikan oleh | Ayub Jamil |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Zainalabidin bin Mohamed Zin 1940 Johor |
Mati | 4 Januari 2018 (berumur 77–78) |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Khamsiah Mohamad |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Haji Zainalabidin Mohamed Zin adalah merupakan mantan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004 bagi menggantikan Dato' Haji Mohamed Ali Hassan.[1]
Kerjaya politik
Zainalabidin telah memenangi kerusi Dewan Negeri Johor untuk Rengit pada 1990 dan terus memenanginya hingga ke 2004 lalu. Sepanjang bergelar Ahli Dewan Negeri Johor, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam dan akhirnya menjadi Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 1999 hingga 2004 lalu.
Anugerah
Meninggal dunia
Zainalabidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beliau di Jalan Sri Mahligai, Kampung Nong Chik, Johor Bahru, Johor. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin, Johor Bahru.[2]