YB Dato' Haji Mohd Yunos Sulaiman | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 4 Ogos 1986 – 4 Oktober 1990 | |
Sultan | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj |
Digantikan oleh | Mohamed Ali Hassan |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tanjong Puteri | |
Dalam jawatan 4 Ogos 1986 – 4 Oktober 1990 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mohamad Kasbi Razak Ahmad |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gelang Patah | |
Dalam jawatan 23 April 1982 – 19 Julai 1986 | |
Digantikan oleh | Chew Kong Huat |
Dalam jawatan 9 Julai 1978 – 29 Mac 1982 | |
Dalam jawatan 25 Ogos 1974 – 12 Jun 1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Yunos bin Sulaiman |
Parti politik | UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Haji Mohd Yunus Sulaiman adalah merupakan mantan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 1986 hingga 1990[1] semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan penggal pertama beliau sebagai Menteri Besar Johor ke-13.
Sebelum itu, beliau adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tanjong Puteri bagi satu penggal dari 1986-1990 lalu. Pada 1974 hingga 1986, beliau adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gelang Patah.
Keputusan pilihan raya
Beliau telah memenangi kerusi Dewan Negeri Tanjong Puteri pada Pilihan raya umum Malaysia 1986 dengan mendapat undian sebanyak 11,509 menentang calon dari PSRM, A Razak Ahmad (11,003) dan calon dari PAS, Abdullah Husin (358).[2]
Legasi
Sebuah sekolah menengah di Pekan Nanas, Johor telah dinamakan sempena nama beliau pada 1995 iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman.[3]
Darjah kebesaran
- Malaysia
- Johan Mangku Negara (JMN)
- Kesatria Mangku Negara (KMN)
- Johor
- Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Dato'