Datuk Adam bin Abdul Hamid (lahir 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2014-2017), mantan ADUN Bukit Permai selama dua penggal (1995-2004) dan mantan ADUN Bandar Tenggara selama dua penggal (1986-1995).
Datuk Adam Abdul Hamid | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 26 Februari 2014 – 25 Februari 2017 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Bukit Permai | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Kawasan ditukar nama daripada DUN Bandar Tenggara |
Digantikan oleh | Zainal Abidin Jidin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Bandar Tenggara | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Digantikan oleh | Kawasan ditukar nama kepada DUN Bukit Permai |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1950 (74 tahun) |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dasar Pendidikan
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2002 pada 19 Jun 2002, Adam tidak berpuas hati dengan cara Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad mengendalikan isu-isu pendidikan. Beliau turut disokong oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Beliau membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Musa pada mesyuarat UMNO bahagian Senai. Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan pencapaian pelajar Melayu dan akhirnya PPSMI dilaksanakan pada 2003.[1]
Rujukan
- ^ [Aziz gesa Adam bercakap pada perhimpunan agung UMNO]