Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur ialah bandar terbesar di Malaysia.
Zaman prakemerdekaan
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 orang pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 orang daripada mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan.[1] Pelombongan ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian daripada biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menduduki Malaya pada waktu itu, berasa mereka harus melantik Kapitan Cina (atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan petempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu ialah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga ialah Yap Ah Loy, yang membantu memperbesar Kuala Lumpur daripada pekan pelombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang utama. Pada awalnya, Kuala Lumpur ialah pusat Perang Saudara Selangor, bilamana terdapat dua persengkatan; pergaduhan antara putera Selangor atas keuntungan pelombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya lalu dengan pimpinan Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga menggalakkan petani Melayu untuk tinggal berdekatan Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.
Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap ialah bandar batasan agak berbahaya kerana Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggungjawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Ketika pentadbirannya, Kuala Lumpur terus menjadi bandar raya yang kaya dan aman selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur telah menjadi ibu negerinya.
Pada Perang Dunia II, tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.
Pascakemerdekaan (1957-1990)
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan di mana Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan Malaya di hadapan orang ramai. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka lalu bendera bendera Tanah Melayu dinaikkan. Tempat itu menandakan kekuasaan British kerana ia ialah padang kriket untuk pentadbiran penjajah dan ia menghadapi Kelab Diraja Selangor, kelab Malaya yang terekslusif dan untuk Orang Putih sahaja.
Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur diberi taraf bandar raya.
Pada 1 Februari 1974 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.
Era kontemporari (1990-sekarang)
Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak Kepesatan Ekonomi Asia pada awal 1990-an (ketika itu purata tumbuhan ekonomi ialah 10%). Pencakar langit telah dibinakan dan Kuala Lumpur, bekasnya kota kara penjajahan yang tidak bermaya, telah menjadi salah satu bandar yang tersibuk, maju dan bersemangat di Asia Tenggara. Kesesakan jalanraya adalah musibah yang dialami oleh penumpang setiap hari, walaupun banyak lebuh raya 6-baris dibinakan ke seluruh bandar (termasuk lebuh raya dua tingkat).
Kebanyak tempat pusat KL telah membesar tanpa menggunakan rancangan pusat. Kebanyakan pusat itu walau apa pun, menjadi jalan-jalan di kawasan bandar yang lebih tua sangat kecil, bergulungan and bersesakan. Gaya seni bina di bahagian ini ialah jenis penjajah unik, bentuk kacukan Eropah dan Cina.
Bentangan jalan yang menghadap Dataran Merdeka adalah mungkin jalan yang termasyur di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad dengan kubah tembaganya dan gaya seni bina Moorish berdiri di sini, seperti juga salah satu tiang bendera yang tertinggi di dunia, yang berdiri di Dataran Merdeka. Sehingga tahun 2004, mahkamah atasan persekutuan (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) yang ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, semenjak itu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutu telah dipindah ke Istana Keadilan Putrajaya. Bangunan Dayabumi dapat dilihat dari situ kerana wujudnya di seberang jalan. Kawasan ini digunakan sebagai titik fokus perbarisan Hari Kemerdekaan Malaysia, yang disiarkan di televisyen di seluruh Malaysia. Akan tetapi pada tahun 2003, perbarisan itu dipindahkan ke jalan berhias di Putrajaya, mengikut dengan taraf Putrajaya sebagai pentadbiran baru ibu negara Malaysia. Yang menariknya, ibu pejabat Polis putih yang letaknya di atas Bukit Aman juga menghadap Dataran.
Tempat lain di bandaraya Kuala Lumpur telah dibangunkan dengan cara piawai, persamaan dengan ibu negara lain di negara-negara lain. Tumpukan perhatian, arkitek telah digesakan untuk menggabungkan elemen seni tradisional pada pekerjaan mereka. Contoh pergabungan ini adalah bangunan Dayabumi, pencakar langit pertama Kuala Lumpur, Bangunan Tabung Haji and Menara Telekom, kedua-duanya dikaryakan oleh arkitek tempatan Hijjas Kasturi, dan sudah tentu, Menara Berkembar Petronas.
Kuala Lumpur telah diundikan sebagai salah satu dari sepuluh bandar yang terbaik di Asia pada majalah utama Asiaweek.
Rujukan
- ^ JM Gullick (1955). "Kuala Lumpur 1880–1895" (PDF). Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 24 (4): 10–11.