Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
Usul al-Fiqh |
---|
Kaedah penetapan hukum Islam |
Sumber hukum |
Fiqah |
Hukum |
Gelaran |
|
Istihsan (Arab: اِسْتِحْسَان) ialah sumber hukum dalam agama Islam untuk mengambil hukum yang terbaik daripada kalangan mujtahid setelah dipertimbangkan kebaikan serta keburukannya.[1] Dari segi bahasa, ia bermaksud menganggap baik.[1][2] Ulama Islam dapat menggunanya untuk nyatakan pendapat mereka dalam sesebuah masalah mengikut budi bicaranya. Ia salah satu daripada prinsip penting ijtihad dalam usul al-fikah dan bertujuan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam.[3]
Ulama-ulama dahulu sentiasa berdebat dengan para ulama mazhab Hanafi yang menggunakan istihsan sebagai sumber fikah kedua. Penyokong Islam liberal pada zaman moden kadangkala mempergunakan istihsan dan istislah (bermaksud "dianggap bermanfaat") sebagai prinsip beretika untuk menyokong tafsiran Qur'an and Sunnah yang membelahi pihak feminis dan reformis, yang ingin memperbaharui syariat Islam.
Asal-usul perkataan
Istihsan (استحسان [istiħsaːn]) datang daripada perkataan bahasa Arab al-husn (الحسن ) yang bermaksud baik, bertentangan dengan al-qubh (القبح ) yang bermaksud buruk. Perkataan istihsan digunakan untuk maksudkan "mengelokkan atau memperbaikan atau pertimbangkan sesuatu yang baik".[4] Ia juga digunakan untuk memaksudkan kecenderungan atau pilihan yang digemari seseorang, walaupun tidak diterima orang lain.[5] Dalam penggunaan istilah, ia telah dijelaskan dalam beberapa cara oleh ahli ulama:
- Bazdawi menjelaskannya sebagai beralih daripada satu pernyataan kias kepada kias yang lebih kukuh daripadanya.[6]
- Al-Halwani menjelaskannya sebagai beralih daripada suatu kias kepada dalil yang lebih kukuh daripada Al-Quran, sunah atau ijmak.[6]
- Ibnu Al-Arabi, seorang ulama mazhab Maliki, menjelaskannya sebagai mengorbankan sebahagian pernyataan dalil dengan menggunakan pengecualian.[6]
- Al-Karkhi menjelaskannya begini: Istihsan adalah apabila seseorang membuat keputusan yang berbeza dalam sesuatu masalah, berbanding masalah sama yang sebelum itu menggunakan keputusan yang telah dikeluarkan, demi dalil atau sebab yang lebih kukuh daripada keputusan yang mendahuluinya.[7]
Jenis-jenis istihsan
Ada beberapa jenis istihsan digunakan oleh para ulama:
- Istihsan berdasarkan ayat al-Quran atau hadis (nas)
- Istihsan berdasarkan kesepakatan pendapat antara alim ulama (ijmak)
- Istihsan berdasarkan kebaikan (makruf)
- Istihsan berdasarkan perihal terpaksa atau melibatkan keadaan yang genting (darurat)
- Istihsan berdasarkan faedah dan manfaat (maslahat)
- Istihsan berdasarkan pengibaratan (kias khafi)
Contoh istihsan
Berikut adalah beberapa kes contoh penggunaan istihsann:
- Abu Hanifah menyatakan bahawa jika seseorang termakan semasa berpuasa, dia patut ganti puasa tersebut[perlu rujukan] - namun hukum termakan dialihkan kepada tidak batal kerana ada hadis daripada Abu Hurairah serta sebuah ayat Quran yang mengatakan puasa tersebut tidak batal.[8][9][10]
- Berdasarkan kias, kontrak pengilangan adalah haram jika dikenakan bayaran awal sebelum penghasilan - namun ia dialihkan kepada mubah/harus mengikut ijmak.
- Berdasarkan kias, wuduk patut dilakukan dengan air suci dan mutlak maka perigi yang telah dimasuki kotoran atau bangkai dikira tidak boleh dibuat wuduk. Namun kedaruratan mengharuskannya dan membenar gunakan air tersebut, setelah dibersihkan dengan sewajarnya dan sebaik mungkin.
Kritikan
Imam Al-Syafii tidak menerima istihsan sebagai sumber hukum fikah, dan berpendapat ia seolah-olah merampas kuasa mutlak Allah dalam pentadbiran syariat-Nya.[1][11] Kritikan ini dianggap berkenaan makna istihsan dari segi bahasa,[8] namun sarjana Islam moden menganggap ulasan Syafii memaksudkan istilahnya juga.[12] Imam Malik bin Anas diriwayatkan pernah ditanya tentang mengikat perceraian. Apabila beliau memberi jawapannya, pengikut beliau mula mencatat katanya dan hukumnya. Apabila Imam Malik sedar, beliau suruh mereka berhenti kerana pendapat beliau boleh berubah sebelum matahari terbenam.[13]
Sarakhsi (m. 1096) menunjukkan yang sesetengah ulama mengecam istihsan kerana mereka mengabaikan kias dan menggunakan pendapat sendiri, yang merupakan perbuatan terlarang dalam ajaran Islam. Beliau mendakwa pandangan ini tidak masuk akal, kerana mana ada ulama yang akan gadaikan sumber fikah utama untuk sesuatu yang tiada dalil.[14]
Rujukan
- ^ a b c Siti Asmah Kasmo (2018) Kamus Pendidikan Islam KSSM. Shah Alam: Oxford Fajar. ISBN 9789834725525. h. 36.
- ^ اِسْتِحْسَان. Dari Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab/Bahasa Arab-Bahasa Melayu [Edisi ke-3]. Terbitan Oxford Fajar (2015).
- ^ Nur Khalilah. (t.t.) Konsep Istihsan sebagai Metode Pengambilan Hukum di Kalangan Imam Mazhab. Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi.
- ^ Jamaludin, M., & Buang, A. (2014). Syariah Courts in Malaysia and the Development of Islamic Jurisprudence: The Study of Istihsan. International Journal of Nusantara Islam, 1(1), 1-12. ISSN 2252-5904. DOI:10.15575/ijni.v1i1.33
- ^ Nyazee, I. A. K. (2000). Islamic jurisprudence: Uṣūl al-Fiqh. Islamabad: International Institute of Islamic Thought. h. 231.
- ^ a b c Al-Bazdawi (2016) Usul Al-Bazdawi. CreateSpace Independent Publishing Platform. ISBN 9781530508877
- ^ Saim Kayadibi. (2007) Doctrine of Istihsan (Juristic Preference) in Islamic Law. Konya: Tablet Kitabevi. ISBN 978-975-6346-79-2. h. 104
- ^ a b Abd al-Aziz al-Bukhari, Kashf al-Asrar, Jilid 4,7
- ^ Islam Question & Answers. (2012) Eating out of forgetfulness in Ramadan does not matter. IslamQA
- ^ QS Al-Bakarah 2:286.
- ^ Al-Shafi'i (1990). Kitab al-Umm, jil. 7, h. 309-320. Cairo: Dar al-fikr.
- ^ Weiss, B. G. (1992) The Search for God's Law: Islamic Jurisprudence in the Writings of Sayf al-Din al-Amidi. Salt Lake City: University of Utah Press. h. 672.
- ^ Virani, S. N. (2007) The Ismailis in the Middle Ages: A History of Survival, A Search for Salvation. New York: Oxford University Press. h. 156.
- ^ Al-Sarakhsi (1953) Kitab Al-Usul. Kaherah
Bacaan lanjut
- Kamali, Mohammad Hashim. Principles of Islamic Jurisprudence (2)
- Nyazee, Imran Ahsan Khan. Islamic Jurisprudence
- Kayadibi, Saim. Istihsan: The Doctrine of Juristic Preference in Islamic law. Islamic Book Trust, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-5-06247-6
- Rafiq Al-Muhammadi. (2012, 2 Mei) Usul Al-Fiqh: Al-Qiyas. Rafiq Al-Muhammadi (Blogspot).