HafMuhaddith (Arab: المحدث ) merujuk kepada pakar yang sangat tahu dan mampu menceritakan tentang sesuatu hadis secara profesional, juga mengetahui secara mendalam berkenaan rantaian penceritaan (isnad), dan juga merujuk kepada perawi sesuatu hadis yang merupakan seseorang yang asal dan terkenal. Berdasarkan kepada Imam abad ke-8, Syeikh Muhammad bin Idris al-Syafii, gelaran muhaddith ialah suatu gelaran yang diberikan kepada seseorang yang telah berjaya menghafaz sekurang-kurangnya 400,000 cerita hadis bersama dengan rantaian sanadnya bagi setiap satu hadis.
Dalam menggambarkan Muhaddith, Al-Dhahabi telah mengajukan persoalan, "Di mana pengetahuan (tentang) hadis, dan di mana orang-orangnya?" Bagi menjawab sendiri persoalannya, beliau berkata, "Saya di ambang tidak dapat melihat mereka kecuali asyik (membaca hadis dan perawinya) di dalam buku atau di bawah tanah."
Rujukan
- Tathkirah al-Huffath, by al-Dhahabi, vol. 1, pg. 4, edited under the supervision of Wizarah al-Ma'arif of the High Court of India by al-Muallimee.