Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Komuniti Muslim di Laos adalah penduduk minoriti dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya menganut Agama Buddha. Orang Islam dapat ditemui di ibu negara Laos iaitu Vientiane. Terdapat sebuah masjid di Vientiane yang dikenali sebagai Vientiane Jamia Masjid.
Komuniti Muslim di sini terlibat dengan perniagaan dan berniaga kedai daging. Komuniti kecil Orang Islam Cham dari Kemboja yang juga pelarian daripada tentera Rejim Khmer juga boleh ditemui di sini. Komuniti Muslim di sini kebanyakannya adalah penduduk bandar.
Populasi komuniti Muslim bertumpu di sekitar bandar Vientiane. Sekelompok kecil komuniti Muslim juga terdapat di Savannaket dan Luang Prabang. Majoriti komuniti Muslim Laos adalah daripada Etnik Cham, sebilangan kecil kelompok India Muslim serta golongan Mualaf Berbangsa Lao dan Kitang yang berkahwin dengan orang Islam. Populasi komuniti Muslim adalah sekitar 1,000-5,000 orang di sini.
Adherents.com menganggarkan komuniti Muslim adalah lebih kurang 1% daripada bilangan penduduk.
Muslim berdasarkan Etnik
Fakta Ringkas
- Populasi:
- Muslim:2000(2018)
- Etnik terbesar:Cham(600)
- Bilangan Masjid:2
- Kawasan Tumpuan:Viantiane
Pautan luar
- ^ [[https://web.archive.org/web/20130421035058/http://www.adherents.com/adhloc/Wh_180.html Diarkibkan 2013-04-21 di Wayback Machine Adherents.com ]]