Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Islam ialah agama utama di Palestin, menjadi agama bagi majoriti penduduk Palestin. Muslim meliputi 85% daripada penduduk Tebing Barat termasuklah penempatan Israel,[1] dan 99% daripada penduduk Genting Gaza.[2] Mazhab terbesar dalam kalangan Muslim Palestin ialah Ahli Sunah Waljamaah iaitu sebanyak 85% dan selebihnya 15% adalah Muslim yang tidak bermazhab.
Demografi
Islam
Hari ini, Islam ialah agama utama di Tebing Barat dan Gaza. Kebanyakan penduduk di Negara Palestin ialah Muslim.(85% di Tebing Barat dan 99% di Genting Gaza).[3][4]
Ahli Sunah Waljamaah
Masyarakat Sunni merangkumi 85% daripada Muslim Palestin.[5] yang berpegang pada mazhab Syafii, iaitu satu daripada empat mazhab perundangan Islam (fiqah) menurut Ahli Sunah Waljamaah. Golongan Salafi berakar di Gaza pada 1970-an, apabila pelajar-pelajar Palestin pulang daripada belajar luar negara dari pusat pengajian agama di Arab Saudi. Sekumpulan golongan Salafi di Gaza bersambung untuk menerima sokongan dan dana daripada Riyadh.[6][7]
Syiah
Dari tahun 1923 hingga 1948, terdapat tujuh buah kampung di Palestin Bermandat yang mana penduduknya mengikut aliran Syiah (juga dikenali sebagai Metawali): Tarbikha, Saliha, Malkiyeh, Nabi Yusha, Qadas, Hunin, dan Abil al-Qamh.[8] Kampung-kampung ini dipindahkan dari Perancis ke lingkungan British sebagai hasil perjanjian pada 1923. Kesemua mereka telah dipisahkan semasa Perang Arab-Israel 1948 dan bekas lokasi mereka kini terletak di utara Israel. Banci tahun 1931 merekodkan seramai 4,100 orang Metawali berada di Palestin.[9]
Ahmadiyah
Ahmadiyyah ialah kelompok kecil Islam di Palestin. Komuniti ini, yang tidak diiktiraf lagi sebagai pengamal Islam yang tulen, menghadapi penindasan dan mengalami sekatan berkahwin dengan orang Islam mengikut undang-undang syariah tempatan. Walaupun jumlah mereka tidak diketahui bilangannya secara tepat, laporan mencadangkan bahawa terdapat berdozen pengikut Ahmadiyah di Tebing Barat.[10]
Tidak bermazhab
Mengikut Pusat Kajian Pew, Muslim yang tidak bermazhab mempunyai 15% daripada penduduk Muslim Palestin.[5]
Rujukan
- ^ West Bank. CIA Factbook
- ^ Gaza Strip. CIA Factbook
- ^ "The World Factbook." CIA. 19 December 2015. West Bank
- ^ "The World Factbook." CIA. 19 December 2015.
- ^ a b "Religious Identity Among Muslims". Pew Research Center's Religion & Public Life Project (dalam bahasa Inggeris). 2012-08-09. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ Clarke, Colin P. (2019-08-14). "How Salafism's Rise Threatens Gaza". Foreign Affairs : America and the World (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0015-7120. Dicapai pada 2020-07-06.
- ^ Read The 'Wahhabi Myth' Online by Haneef James Oliver | Books (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Kaufman (2006). The 1922 census also listed the Muslim minority in al-Bassa as Shia, but Kaufman determined they were actually Sunni.
- ^ Census of Palestine 1931; Palestine Part I, Report. Volume 1. Alexandria. 1933. m/s. 82.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Maayana Miskin (May 31, 2010). "PA's Moderate Muslims Face Threats". Israel National News. Dicapai pada March 11, 2015.