Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Menurut undian yang dijalankan oleh Pusat penyelidikan pendapat awam Rusia, 6% daripada responden mengaku mereka Muslim.[1].
Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabardin, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).
Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Sejarah Islam di Russia
Penduduk Islam pertama di wilayah Rusia adalah masyarakat Dagestan di kawasan Derbent selepas penaklukan Arab pada abad ke-8[2]. Negeri Islam yang pertama adalah Volga Bulgaria (922. Kaum Tatar mewarisi agama Islam dari negeri itu. Kemudian kebanyakan Orang Turki Eropah dan Kaukasia juga menjadi pengikut Islam. Walau bagaimanapun, Kristian mempunyai pengaruh terkuat di dalam empayar Rusia di luar bertentangan dengan empayar Islam. Begitupun, di sana masih lagi hubungan di antara orang-orang Russia dan Muslim. Di dalam satu cerita yang kebenarannya diragui, Putera Vladimir yang gagah telah menghiburkan ilmuwan Muslim yang cuba untuk menjadikan orang-orang Russia kepada Islam. Bagaimanapun, disebabkan pada asas pengharaman terhadap alkohol, putera itu tidak mahu menukarkan negaranya, sebaliknya memilih Kristian Ortodok.[3]
Islam di Rusia telah mempunyai kewujudan yang lama, melebarkan ke seawal penaklukan kawasan Volga Tengah pada abad ke-16, yang membawa orang Tatar dan berkenaan Orang Turki di Volga Tengah ke dalam negara Rusia. Pada abad ke-18 dan ke-19, taklukan Rusia di Kaukasus Utara membawa orang-orang Islam dari kawasan ini-- Dagestan, Chechen, Circassia, Ingush, dan lain-lain--ke dalam negara Rusia. Lebih-lebih lagi, negeri-negeri bebas di Asia Tengah dan Azerbaijan telah dibawa masuk ke dalam negara Rusia sebagai sebahagian dasar imperialis untuk mengasimilasi Kaukasus utara. Kerajaan Muslim Kekhanan Astrakhan di Volga rendah telah ditawan oleh empayar Rusia pada tahun 1556. Kekhanan Kazan telah ditakluki pada tahun 1552 dan Kekhanan Crimean telah ditawan pada tahun 1739 oleh Rusia. Kekhanan Siberia telah ditakluki oleh empayar Russia pada abad ke-16 dengan mengalahkan orang-orang Tatar Siberia yang membolehkan seluruh Siberia dibuka untuk taklukan Rusia. Kebanyakan orang-orang Muslim yang hidup di Rusia adalah oran-orang tempatan sejak lama dulu telah dirampas oleh empayar Rusia yang semakin membesar.
Akhirnya semua orang Muslim di Rusia mengikut ajaran Islam Sunni. Dalam beberapa kawasan, terutamanya Dagestan dan Chechnya, ada tradisi Sufisme, yang diwakili oleh tarekat Naqsyabandi dan Shazili dipimpin oleh Shaykh Said Afandi al-Chirkawi ad-Daghestani. Amalan sufi memberikan orang Kaukasus semangat kuat untuk menolak tekanan orang asing, dan telah menjadi legenda di antara pasukan Rusia yang melawan orang Kaukasus pada zaman Tsar. Orang Azeri juga pada sejarah dan masih lagi pengikut Syiah Islam, apabila republik mereka terpisah dari Soviet Union, banyak bilangan Azeri datang ke Rusia untuk mencari pekerjaan.
Qur'an pertama yang dicetak diterbitkan di Kazan, Russia pada 1801.
Sati lagi fenomena adalah gerakan Wäisi.
Islam masa kini
Hubungan antara Pemerintah Rusia dengan aspek-aspek penduduk Muslim sejak awal sudah diwarnai dengan adanya ketidakpercayaan dan keraguan. Pada tahun 1992, misalnya, Sheikh Rawil Ghaynetdin, imam dari Masjid Moskow, mengeluhkan bahwa "negara kita [Russia] masih mewarisi ideologi dari kepemimpinan Tsar, yang mempercayai bahwa hanya aqidah Ortodoks sahaja yang boleh dijadikan pegangan, sebagai agama rasmi negara." Kerajaan Russia pula, untuk bahagiannya, risau akan kebangkitan Islam sebagai mana yang dipersaksikan pada tahun 1980 dengan Afghanistan dan keduanya , Iran. Kemuncak kerisauan kerajaan berlaku pada tahuyn 1992, yang mana sebuah konferens telah diadakan di Saratov oleh Parti Pembaharuan Islam. Wakil-wakil yang menghadiri konferens tersebut datang daripada pelbagai tempat, kebanyakannya dari Republik Asia Tengah yang baru-baru sahaja merdeka, Azerbaijan, dan dari pelbagai jajahan autonomi Russia, termasuk Republik Autonomi Tatarstan dan Bashkortostan. Pertemuan tersebut telah menimbulkan kesedaran di Moskow akan kebolehan Islam untuk tersebar luas di Russia terutamnya dari negara-negara Islam yang baru merdeka dan juga negara-negara yang masih di bawah jajahan Soviet. Untuk itu, Kerajaan Russia telah mengelola pembiayaan pertahanan dan politikal untuk diktator-diktator sekular bagi lima republik Asia Tengah, yang kesemuanya tidak memihak kepada politik Islam. Sehingga pertengahan 1990, kebangkitan Islam hanyalah merupakan alasan standard untuk desakan nasionalis radikal bahawa, Russia berjaya mengawal kebangkitan tersebut.
Usaha untuk menggariskan kuasa kerajaan federal dan lokal di Rusia juga turut mempengarushi hubungan Russia dengan komuniti Islam. Kerajaan Russia mewariskan dua daripada empat jabatan kerohanian, atau jabatan mufti, yang telah sedia ada sejak era Stalin untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti agama Islam, di setiap pelusuk Soviet Union; manakala dua lagi jabatan terletak di Tashkent dan Baku. Satu daripada dua jabatan tersebut mempunyai bidang kuasa di Russia Eropah dan Siberia, dan yang satu lagi bertanggung jawab ke atas golongan Muslim di Kaukasus Utara dan daerah Transcaspian. Pada tahun 1992, beberapa Pertubuhan Islam menarik diri daripada berada di bawah kuasa jabatan mufti dan mencuba untuk mewujudkan jabatan kerohanian mereka sendiri. Selepas tahun tersebut, Tatarstan dan Bashkortostan menarik pengiktirafan mereka daripada jabatan mufti Russia Eropah dan Siberia, dan mewujudkan jabatan mufti mereka sendri.
Terdapat banyak bukti rasmi mengedai perdamaian terhadap Islam di Russia pada tahun 1990. Jumlah umat islam yang dibenarkan untuk mengerjakan Haji di Mekkah meningkat secara mendadak selepas sekatan mutlak Era Soviet yang berakhir pada 1990. Pencetakan Al-Quran telah diperbolehkan, dan banyak masjid sedang dibina di kawasan-kawasan yang mempunya populasi Islam yang tinggi. Pada tahun 1995, Union of Muslims of Russia telah ditubuhkan, diketuai olwh Khatyb Mukaddas dari Tatarstan, yang bertujuan untuk memperbaiki persefahaman antara etnik dan membasmi salah faham orang-orang Russia terhadap konsep Islam. Pertubuhan itu merupakan hasil kejayaan daripada Union of Muslims pra-perang dunia I, yang mana pertubuhan tersebut mempunyai kumpulan kecilnya sendiri di Russian Duma. Pertubuhan yang wujud selaps era kommunis telah menubuhkan sebuah parti politik Nur All-Russia Muslim Public Movement yang mempunyai hubungan rapat dengan ulama-ulama Islam untuk membela politik, ekonomi dan hak-hak budaya orang-orang Islam dan etnik-etnik minor yang lain. Pusat budaya Islam Russia yang mempunyai sebuah madrasah telah dibuka di Moskow pada tahun 1991. Pada era 1990-an, jumlah percetakan risalah Islam telah meningkat. Antaranya ialah beberapa buah majalah dalam bahasa Rusia, "Ислам" (transliteration: Islam), "Эхо Кавказа" (Ekho Kavkaza) dan "Исламский вестник" (Islamsky Vestnik), dan beberapa suratkhabar berbahasa Rusia seperti "Ассалам" (Assalam), dan "Нуруль Ислам" (Nurul Islam), yang diterbit di Makhachkala, Dagestan.
"Sobornaya" merupakan salah sebuah masjid di Moskow yang dapat menampung populasi Islam Moskow berjumlah lebih daripada 2,5 juta - bandar terbesar di Eropah. Pada hari ini, diding biru muda masjid tersebut tidak dapat lagi menampung jumlah ratusan umat Islam yang menghadirinya. Pada hari Jumaat dan hari-hari perayaan lain, masjid tersebut dilimpahi umat Islam, membuatkan umat Islam terpaksa bersolat di atas keratan-keratan akhbar di luar perkarangan masjid, membiarkan dahi mereka bersujud di atas konkrit. Ketua-ketua orang Islam berkata, mereka akan mencuba untuk menambah binaan baru, tetapi disekat oleh kerajaan tempatan, kerana takut perbuatan ini dapat menimbulkan kemarahan di kalangan majoriti etnik Russia. Serangan terhadap Masjid juga turut meningkat. Pada September 2006, seorang Imam telah ditembak mati diluar rumahnya di selatan bandar tersebut. Rusuhan yang berlaku pada bulan Ogos telah membuatkan orang Islam Chechens dan muhajirin-muhajirin lain dari daerah Caucasus dihalau oleh kumpulan-kumpulan perusuh ke kawasan barat laut bandar tersebut. Kondopoga[1].
Islam semakin subur di seluruh pelusuk Russia. Golongan-golang ekspert berkata, negara tersebut sedang mengalami perubahan yang mana sekiranya keadaan ini berterusan, hampir satu pertiga daripada populasi Russia akan memeluk agama suci Islam menjelang pertengahan abad ini. Etnik Russia mempunyai kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian yang tinggi akibat alkaholisme, manakala orang-orang Islam mempunyai kadar kelahiran yang tinggi dah alkoholisme dipandang haram. Sejak 1989, populasi Islam Russia telah meningkat kepada hampir-hampir 25 juta.
Terdapat juga Universiti Islam Rusia in Kazan, Tatarstan. Universiti ini menggunakan bahasa Rusia dan bahasa Tatar. Di Dagestan ada beberapa madrasah dan Universiti Islam, seperti Universiti Islam Dagestan dan Institut Teologi dan Hubungan Internasional.
Peratusan Muslim mengikut wilayah
- Chechya:97%
- Ingushetiya:96%
- Dagestan:92%
- Kalbadino-Balkariya:75%
- Karachay-Cherkassia:70%
- Bashkortostan:58%
- Tatarstan:55%
- Adghea:30%
- Astrakhan Krai:28%
- Yamalo-Nenets Oblast:18%
- Orenburg Oblast:17%
- Khanty-Mansi Okrug:16%
- Crimea Rep:15%
- Ulyanovsk Oblast:13%
- Tyumen Oblast:12%
- Chelyabinsk Oblast:12%
- Altai Rep:8%
- Udmurt Rep:8%
- Penza Oblast:7%
- Mari Rep:7%
- Kalmykia Rep:6%
- Mordoviniya Rep:6%
- Perm Krai:6%
- Omsk Oblast:6%
- Saratov Oblast:6%
- Sverdlovsk Oblast:6%
- North Ossetia-Alania:5%
- Chuvash Rep:5%
- Stavropol Krai:5%
- Kurgan Oblast:5%
- Samara Oblast:5%
- Volgograd Oblast:4%
- Moscow City:4%
- Komi Rep:3%
- Kirov Oblast:3%
- Rostov Oblast:3%
- Saint Petersburg:2.5%
- Moscow Oblast:2.4%
- Kemerovo Oblast:2%
- Irkutsk Oblast:2%
- Krasnoyarsk Oblast:2%
- Altai Krai:2%
- Yakut-Sakha Rep:2%
- Krasnodar Krai:1.8%
- Sevastopol:1.5%
- Tver Oblast:1.5%
- Ryazan Oblast:1.5%
- Novosibirsk Oblast:1.5%
- Nizhny-Novgorod Oblast:1.5%
- Lipetsk Oblast:1.5%
- Leningrad Oblast:1.5%
- Kaliningrad Oblast:1.5%
- Kamchatka Krai:1.5%
- Khabarovsk Oblast:1.2%
- Kaluga Oblast:1.2%
- Buryat Rep:1%
- Karelia Rep:1%
- Tuva Rep:1%
- Zabaykalsky Krai:1%
- Primorsky Krai:1%
- Amur Krai:1%
- Belgorod Krai:1%
- Vladimir Oblast:1%
- Ivanovo Oblast:1%
- Kostroma Oblast:1%
- Magadan Oblast:1%
- Novgorod Oblast:1%
- Sakhalin Oblast:1%
- Tula Oblast:1%
- Yaroslavl Oblast:1%
- Jewish Autonomist Oblast:1%
- Nenets Okrug:1%
- Arkhangelsk Krai:0.5%
- Kursk Oblast:0.5%
- Varonezh Oblast:0.3%
- Bryansk Oblast:0.2%
- Oryol Oblast:0.2%
- Chukotka Okrug:0.2%
- Vologda Oblast:0.1%
- Pskov Oblast:0.1%
- Smolensk Oblast:0.1%
- Tambov Oblast:0.1%
Lihat pula
- Islam mengikut negara
- Islam di Ukraine
- Islam di Belarus
- Islam di Estonia
- Islam di Poland
- Islam di Latvia
- Islam di Lithuania
Rujukan
- ^ "(Rusia)Опубликована подробная сравнительная статистика религиозности в России и Польше". religare.ru. 6 Jun 2007. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ Ziarah ke Makam Sahabat Nabi di Rusia
- ^ Shireen Tahmasseb Hunter, Jeffrey L. Thomas, Alexander Melikishvili, "Islam in Russia", M.E. Sharpe, Apr 1, 2004, ISBN 0-7656-1282-8
- Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
Pautan luar
- Islam in Russia Largest content server about Islam in Russia.
- Chris Kutschera - "The Rebirth of Islam in Tatarstan"
- Delegasi Indonesia ziarah ke Dagestan
- Russian Islam goes its own way BBC
- Russian Islam Comes Out into the Open The Moscow news
- Russian Car Brands in Islam
- Russia has a Muslim dilemma Ethnic Russians hostile to Muslims
- Islam in Russia