Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Sejarah berdokumen Islam di Ireland berasal dari zaman 1950-an. Jumlah Muslim di Republik Ireland telah meningkat sejak tahun 1990-an.[1] walaupun sebahagian besar dari mereka bukan warganegara Ireland.
Sejarah
Persatuan Islam pertama di Ireland ditubuhkan pada 1959. Persatuan ini ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Muslim yang belajar di Ireland dan ia digelar Dublin Islamic Society (kemudiannya digelar Islamic Foundation of Ireland). Pada ketika itu, tidak ada masjid di Dublin. Para pelajar terpaksa menggunakan rumah-rumah mereka dan kemudiannya, menyewa dewan-dewan untuk sembahyang Jumaat dan sembahyang sunat AidilFitri. Pada tahun 1969, pelajar-pelajar tersebut mula menghubungi saudara mara mereka dan beberapa persatuan-persatuan Islam dan negara-negara Muslim dengan tujuan mengutip derma untuk membina sebuah masjid di Dublin. Pada tahun 1976, masjid pertama dan pusat Islam di Ireland dibuka di sebuah bangunan empat tingkat beralamat 7 Harrington Street, Dublin 8. Antara mereka yang memberi sumbangan kepada projek masjid dan pusat Islam tersebut adalah Raja Arab Saudi iaitu arwah Raja Faisal. Pada tahun 1981, Kementrian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait menaja imam sepenuh masa untuk masjid tersebut.
Beberapa tahun selepas penubuhan masjid dan pusat Islam yang pertama di Dublin, masjid tersebut menjadi terlalu kecil untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Umat Islam yang menjaga persatuan tersebut memulakan kempen kedua untuk mengutip sumbangan bagi membina masjid yang lebih besar. Pada tahun 1983, bangunan Dublin Mosque dan Islamic Center yang wujud pada masa sekarang dibeli, diubahsuai dan pusat persatuan telah dipindah dari Harrington Street ke 163 South Circular Road, Dublin 8.
Situasi yang serupa sedang berlaku di Cork, di mana banyak dewan sembahyang terletak di kawasan-kawasan perumahan. Buat masa sekarang, umat Islam Cork sedang menggunakan sebuah kawasan perindustrian, sementara menunggu dana untuk membina sebuah masjid baru.
Pada tahun 1992, Moosajee Bhamjee menjadi Muslim Teachta Dála, iaitu sebuah bukti kepada integrasi komuniti Islam, yang pertama (dan satu-satunya hingga sekarang).
Demografi dan latar belakang etnik
Menurut banci Ireland 2002, terdapat 19,147 umat Islam (11,726 lelaki dan 7,421 wanita) yang menetap di Republik Ireland.[1] Menurut banci Northern Ireland 2001, terdapat 1,943 umat Islam (1,164 lelaki dan 779 wanita) menetap di utara Republik Ireland.[2]
Masyarakat Islam di Ireland kebanyakannya bercampur aduk dan bilangan mereka tidak ditentukan oleh sejarah negara tersebut seperti UK dan Perancis, di mana majoriti umat Islamnya adalah pendatang atau keturunan pendatang daripada bekas-bekas tanah jajahan mereka, atau Jerman dan Austria, di mana majoriti umat Islamnya adalah pendatang dari Turki dan keturunan mereka yang tertarik kepada negara-negara tersebut di bawah perjanjian-perjanjian buruh yang ditandatangani selepas Perang Dunia Kedua.
Tidak ada bangsa yang dominan dalam masyarakat Islam di Ireland. Negara-negara yang mereka berasal adalah dari Asia Selatan, Asia Timur, China, Ocenia, dan Indonesia. Terdapat juga umat Islam dari negara-negara Arab dan bilangan mereka yang sedang meningkat adalah dari Afrika Sub-Sahara, dan terdapat juga mualaf-mualaf daripada aliran Katolik.
Masjid dan pusat agama
Bilangan masjid yang semakin bertambah adalah bukti yang masyarakat Islam, meskipun sedikit bilangannya, sekarang telah kukuh di Ireland.
Masjid-masjid utama dan pusat kebudayaan Islam di Ireland adalah:
- Islamic Cultural Centre of Ireland [3] Diarkibkan 2004-11-09 di Wayback Machine (Sunni Muslim), di Clonskeagh, Dublin. Imam: Sheikh Hussein Halawa;
- Dublin Mosque (diuruskan oleh Islamic Foundation of Ireland [4]) di South Circular Road. Imam: Sheikh Yayha Al Hussein; Pengarah: Dr Nooh al-Kaddo
- Supreme Muslim Council of Ireland: Sheikh Shaheed Satardien
- Muslim Council of Ireland
- Muslim Association of Ireland [5] Diarkibkan 2006-02-25 di Wayback Machine Pengarah Eksekutif: Dr. Khaled Suliman
- Belfast Islamic Centre [6], ditubuhkan pada 1977.
- Ahlul Bayt Islamic Centre (Shi'a Muslim), di Milltown, Dublin; dan
- Ahmadiyya Muslim Mosque di Wellpark Grove, Galway. Diuruskan oleh Galway Islamic Society [7] Diarkibkan 2006-06-25 di Wayback Machine
Pada tahun 2003, Islamic Cultural Centre dan Foras na Gaeilge bergabung tenaga untuk menterjemah Al-Quran kepada bahasa Irish untuk pertama kalinya.
Pada September 2006 sebuah organisasi payung, Irish Council of Imams, telah ditubuhkan. Organisasi ini mewakili 14 imam-imam dalam Ireland, daripada kedua-dua kebudayaan Sunni dan Shia. Ia di pengerusikan oleh Imam Hussein Halawa (Islamic Cultural Centre of Ireland), dan naib pengerusinya ialah Imam Yahya Al-Hussein (Islamic Foundation of Ireland), dan setiausaha agungnya ialah Ali Selim.
Lihat pula
Rujukan
- ^ Islam Ireland's 3rd largest faith, BBC 29 November 2007