Gunung Muria | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 3267 m (10718 kaki) |
Senarai | Ribu |
Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia Java" tidak wujud.
| |
Geologi | |
Letusan terakhir | 160 SM ± 300 tahun |
Gunung Muria merupakan salah satu gunung di Jawa Tengah, Indonesia. Gunung Muria menjadi salah satu gunung yang paling sering dikunjungi. Terletak di wilayah kabupaten Kudus, Pati, Jepara,Grobogan dan Blora pegunungan kendeng,gunung Muria yang berketinggian 1.602 meter dari paras laut, menjadi gunung yang tidak terpisahkan dari sejarah penyebaran agama Islam di tanah Jawa. Di sinilah, Sunan Muria, salah satu ahli Wali Sanga dimakamkan.
Sejarah dan status
Tidak banyak tentang sejarah Gunung Muria. Usia gunung Muria berusia tidak terlalu tua dibandingkan gunung-gunung lainnya.Gunung Muria dulunya merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terpisah dari daratan pulau Jawa. Dalam kurun 500 – 1000 tahun terakhir pulau Muria ini kemudian tergabung dengan pulau Jawa akibat sedimentasi dan pergerakan bumi.
Dugaan ini diperkuat catatan H.J. De Graaf dan Th. G. Pigeaud (Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa: Peralihan dari Majapahit ke Mataram; Grafiti Pers, 1985) yang mengisahkan jalur perdagangan pada masa lalu yang dilakukan dari Semarang ke Demak terus menuju Rembang dengan melalui selat sempit diantara Jawa Tengah dan pulau Muria.Status gunung Muria masih sering diperdebatkan. Meskipun tidak tergolong sebagai gunung api aktif, namun masih ada yang tidak menyifatkan gunung berapi itu telah tidak aktif.
Kebanyakkan menganggap Gunung Muria ini merupakan gunung berapi tidur (dormant). Manakala Geologi ITB menyimpul bahawa Gunung Muria adalah gunung yang tidak aktif dan dan tidak akan meletus di masa hadapan. Dalam kajian mereka tentang Analisis Bahaya gunung berapi Loji Kuasa Nuklear Cadangan Penempatan di Jawa Tengah, Indonesia, kali terakir Gunung Muria meletus antara tahun 300 Masihi – 160 Sebelum Masihi.[1]
Tempat tarikan
Di persekitaran Gunung Muria terdapat tempat-tempat menarik seperti Air Terjun Montel berdekatan dengan makam Sunan Muria. Air Tiga Rasa merupakan tiga sumber mata air dengan rasa berlainan, dan dikatakan berkhasiat serta menyembuhkan berbagai penyakit. Lokasi Air Tiga Rasa ini bedekatan dengan makam Makam Syeh Sadzali.