Gunung Daik | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,165 m (3,822 kaki) |
Geografi | |
Lokasi | Pulau Lingga, Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau Indonesia |
Geologi | |
Jenis gunung | Gunung tidak berapi |
Gunung Daik adalah gunung yang terletak di Pulau Lingga, Kabupaten Lingga, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia; ia merupakan gunung tertinggi di Provinsi tersebut. Ia berketinggian 1,165 meter dari paras laut.[1]
Keindahan gunung ini sangat menarik perhatian para pelancong yang berkunjung di pulau ini, ia pernah tercalon dalam kategori "dataran tinggi populer" dalam Anugerah Pesona Indonesia (API) 2018.[2] Ia ada juga memainkan peranan penting dalam budaya masyarakat Melayu.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Gunung Daik memiliki tiga puncak dikenali pada dahulunya iaitu Daik (yang tertinggi), Pejantan dan Cindai Manis. Puncak Cindai Manis ini patah tidak lama kemudian, maka namanya ditukar menjadi Cindai Menangis.[3] Gunung Daik turut dikenali sebagai Puncak Mahkota kerana tiga puncaknya yang dilihat daripada jauh bagaikan sebuah mahkota.
Puncak-puncaknya memiliki kesulitan panjat tebing 5.9-5.11 mengikut skala ditetapkan North American Grade Standard.[1]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Dalam masyarakat Melayu
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Melayu melihat gunung ini sebagai lambang keperibadian dan penghalusan budi.[4] Bahkan, kedudukan ini turut diabadikan dalam karangan pantun tertentu yang masyhur sebagai kata pembayang:[3]
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang juga
Tiga puncak asal gunung ini pula dikaitkan dengan "tiga pucuk kepimpinan" yang dianggap sebati dalam memastikan damai dan sepadunya masyarakat dipimpin:[4]
Yang tua memberi nasehat
Yang alim memberi amanat
Yang kuasa memberi daulat
Suatu acara diadakan secara tahunan untuk meraikan kepentingan gunung ini terhadap kebudayaan tersebut iaitu Festival Gunung Daik, ia merupakan sebahagian daripada rancangan budaya memperkuatkan peranan kawasan sekitarnya di pulau Lingga sebagai "Bunda Tanah Melayu".[5]
Kepercayaan halus
[sunting | sunting sumber]Ada cerita turun-menurun yang dipercaya masyarakat sekitar tentang orang bunian, makhluk halus yang menghuni ketiga-tiga puncak gunung ini namun sering berinteraksi dengan masyarakat manusia yang tinggal di sekitar gunung. Bahkan menurut cerita, masyarakat bunian disebut sering meminjam alat perkakas atau perabotan untuk menggelar pesta kenduri pernikahan. Namun, orang-orang bunian ini enggan meminjamkan lagi kerana ada manusia yang tidak memulangkan alatan mereka.[6][7]
Ada penceritaan setempat bahawa di Cindai Manis atau Cindai Menangis ini sebelum terpatah hujungnya kedengaran bunyi tangisan dari puncak itu; ada yang menyatakan puncak tersebut patah berikutan kematian seorang pembesar di pulau itu iaitu Datuk Kaya Montel. [7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Dinas Pariwisata Lingga, Dicapai pada 2 September 2009
- ^ Dediarman, Dediarman (30 Mei 2018). "Gunung Daik Masuk Anugerah Pesona Indonesia". Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Dicapai pada 8 Februari 2020.
- ^ a b A. Zahid Amran (15 Februari 2019). "Gunung Daik bercabang tiga dan Pulau Pandan betul-betul wujud rupanya". SosCili. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
- ^ a b Dr. H. Abdul Malik, M.Pd (9 Disember 2018). "Dari Melayu Untuk Dunia". Kolom Budaya. Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Maritim Raja Ali Haji.
- ^ Dwi Murdaningsih (21 November 2017). "Lingga Dijadikan Bahan Rujukan Budaya Melayu Sedunia". Republika. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Terkenal Hingga ke Negeri Jiran, Gunung Daik Simpan Segudang Cerita". Batam News. Dicapai pada 8 Februari 2020.
- ^ a b Suhardi (2021). Folklore Melayu: Dalam Bentuk Dan Keragamannya. Yogyakarta: Deepublish. m/s. 45–46. ISBN 978-623-02-3093-6.