Portal Singapura
Republik Singapura (bahasa Inggeris: Republic of Singapore; Bahasa Cina: 新加坡; pinyin: Xīnjiāpō; Tamil: சிங்கப்பூர் Ciŋkappūr), adalah sebuah negara-bandar pulau di Asia Tenggara. Ia terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, selatan negeri Johor di Malaysia dan utara kepulauan Riau di Indonesia. Koordinatnya adalah . Didirikan sebagai pelabuhan perdagangan oleh British pada awal abad ke-19, Singapura menjadi pusat pengaruh British di Asia Tenggara. Selepas berpisah dengan Malaysia pada 1965, Singapura maju dari suatu negara dunia ketiga ke dunia pertama di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew. Singapura telah secara tekal ditempatkan sebagai di antara negara yang kurang sekali rasuah di dunia, dan memiliki salah suatu keluaran dalam negara kasar tertinggi per kapita di dunia. Amalan seperti pengharaman seperti pengimpotan gula-gula getah telah membuat sesetengah orang melabelkan Singapura sebagai suatu "negara pengasuh nanny". Khidmat negara di Singapura adalah wajib bagi semua warga lelaki dan Singapura mengekalkan sebanyak 225,000 tentera simpanan, walaupun ia tidak pernah terlibat dalam apa-apa pertempuran ketenteraan sejak Perang Dunia II. Singapura mempunyai perhubungan yang berduri dengan Malaysia disebabkan ketidaksetujuan pada isu-isu seperti jualan air. Rencana pilihanGambar pilihanTahukah andaBerita SingapuraProjekWikiPerkara yang anda boleh bantuKategoriTopik SingapuraWikimedia Berkaitan
|