Senarai gempa bumi ini berlaku pada sepanjang tahun 2010.
- 15 Ogos 2010, Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 skala Richter melanda Selatan Kepulauan Mariana, behampiran Davao, Filipina. Tiada ancaman tsunami dikesan.[1]
- Ogos 2010, Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter berlaku di utara laut Molucca, Indonesia pada pukul 8.09 malam. Pusat gempa terletak 184km dari tenggara Manado, Indonesia dan 986km tenggara Kunak, Sabah.[2]
- 2 Ogos 2010, gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Pulau Caroline Barat, dekat Davao, Filipina.[3]
- 31 Julai 2010, gempa bumi di pantai barat bandar Managua , Nicaragua. Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesan gegaran pada 5.0 skala Ritcher. Titik gempa di kedalaman 96 km, 75 kilometer ke tenggara Managua.[4]
- 30 Julai 2010, Gempa bumi berukuran 5.7 pada sekala Ricther berlaku di Baygh dan Torbat-Heydarieh timur laut Iran jam 9.31 malam waktu Malaysia.Beberapa buah perkampungan mengalami kerosakan .[5]
- 26 Jun 2010, Gempa bumi kuat 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon di Papua New Guinea jam 1.30 tengah hari .Pusat gempa di 10.6 darjah Selatan dan 161.6 darjah Timur iaitu 220 km dari tenggara Honiara, Kepulauan Solomon dan 5,092km dari tenggara Kunak, Sabah.
- 24 Jun 2010, Gempa bumi sederhana (5.0) melanda ibu negara Kanada, Ottawa.Satu jambatan runtuh di Bowman, Quebec, iaitu berhampiran pusat gempa yang dilaporkan pada kedalaman 38 kilometer di utara Cumberland, Ontario. Kesan gegaran gempa bumi pada 1345 EDT (1741 GMT) turut dirasai sehingga ke New York City.Bangunan di Toronto dan Montreal bergoncang selama 25 dan 30 saat di Ottawa.Penggera kebakaran berbunyi dan banyak bangunan di bandaraya itu dikosongkan, termasuk Parliament Hill. Belum ada kematian dilaporkan. [6][7] Struktur bangunan Perpustakaan Greenboro dan Barbara Ann Scott Arena perlu dibaiki.
- Pada 28 Mei 2010, Gempa bumi 7.4 skala Richter di Kepulauan Solomon, pulau Vanuatu dan New Caledonia. Pusat gempa terletak 244 kilometer ke barat laut Santo, Vanuatu pada kedalaman 36 kilometer, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Amaran tsunami dikeluarkan kepada kepulauan tersebut.[8]
- Pada 25 Mei 2010, gempa bumi 6.4 skala Richter berlaku di barat Brazil pada 12.18 pagi.[9]
- Pada 20 Mei 2010, Gempa bumi sederhana , 5.3 pada skala Richter berlaku di Laut Flores, Indonesia pada 9.36 malam. Jabatan Meteorologi menyatakan bahawa pusat gempa bumi terletak di 225 kilometer barat daya Makassar dan 1,110 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.[10]
- Pada 9 Mei 2010, Gempa bumi 7.1 skala Richter berlaku di Meulaboh, Aceh , Indonesia jam 1.59 petang.Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gegaran itu turut dirasai di bangunan 3 tingkat di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Langkawi dan Lembah Kelang.[11] Amaran tsunami yang dikeluarkan telah ditarik balik pada jam 3.00 petang.
- Pada 8 Mei 2010, gempa bumi sederhana pada magnitud 5.9 melanda wilayah Barat Nusa Tenggara, Indonesia.[12]
- Pada 6 Mei 2010, Gempa bumi 6.3 skala Richter berlaku di luar perairan Bengkulu, Sumatera, Indonesia.Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan pusat gempa pada 137 kilometer ke tenggara Bengkulu iaitu berhampiran dengan kawasan yang musnah akibat bencana tsunami 2004, pada kedalaman 18 kilometer. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar memaklumkan bahawa penuntut Malaysia selamat.[13]
- Pada 30 April 2010, Gempa bumi sederhana 5.5 skala Richter di luar pantai sebelah timur China, 388 km dari tenggara Shanghai dan 2,700 km timur laut Kudat, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan kejadian pada jam 11.20 malam. Pusat gempa ialah 29.8 utara dan 125.2 timur.[14]
- Pada 25 Mac 2010, jam 11.13 malam, empa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Laut Banda, 435 kilometer timur Ambon, Indonesia.[15]
- Pada 14 Mac 2010, jam 7.57 pagi, gempa bumi 7.0 skala richter berlaku di kira-kira 132 kilometer tenggara Labuha, wilayah Utara Maluku pada ke dalaman 56 km.[16]
- Pada 14 Mac 2010, jam 9.46 malam, gempa bumi sederhana 5.8 skala richter berlaku di Laut Iwaki, pulau Honshu, Jepun.Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat merekodkan kedalaman pada 73 km.[17]
- Pada 14 Mac 2010, jam 9.59 malam, gempa bumi sederhana berlaku 190 kilometer ke barat Pelabuhan Sibolga di wilayah Sumatera Utara. Penduduk Pulau Nias berhampiran KotaPadang turut merasai gegaran.[18]
- Gempa bumi kuat dengan magnitude 7.2 pada skala Richter periaran tengah Chile jam 10.40 malam, 11 Mac 2010. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik pusat terletak di 122 km barat daya Santiago, Chile dan 16,333 km tenggara Lubok Antu, Sarawak.[19]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Gempa Bumi Sederhana Di Selatan Mariana Islands
- ^ Gempa Bumi Kuat Di Utara Laut Malucca, Indonesia
- ^ Filipina dilanda gempa sederhana, tiada ancaman tsunami
- ^ Gempa bumi gegar Managua
- ^ Gempa berukuran 5.7 sekala Ricther gegar Baygh
- ^ "Gempa bumi dekat Ottawa gegar Kanada, AS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-27. Dicapai pada 2010-06-26.
- ^ Ottawa rolls on after quake
- ^ Gempa kuat landa Vanuatu, amaran tsunami dikeluarkan
- ^ Gempa Kuat Di Brazil
- ^ Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Flores, Indonesia
- ^ Gempa: Negeri di Semenanjung turut bergegar
- ^ "Gempa bumi sederhana melanda Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-09. Dicapai pada 2010-05-08.
- ^ Gempa dekat Bengkulu: Pelajar Malaysia di Padang selamat
- ^ Gempa Bumi Sederhana Di Luar Pantai Timur China
- ^ Gempa Bumi Sederhana Melanda Banda Sea, Indonesdia
- ^ "Gempa kuat gegarkan Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-16. Dicapai pada 2010-03-14.
- ^ Gempa 5.8 skala Richter gegar pulau Honshu
- ^ Gempa bumi sederhana berlaku di timur Sumatera
- ^ Gempa Bumi Kuat Di Bahagian Tengah Chile