Sumpahan Jerunei | |
---|---|
Pengarah | Jason Chong |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | |
Dibintangi | |
Sinematografi | Haris Hue Abdullah |
Disunting oleh | Heng Yin-Chau |
Muzik oleh | Sharon Paul |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan | 27 Julai 2023 (Malaysia) |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM5 juta |
Pecah panggung | RM1.57 juta |
Sumpahan Jerunei (tajuk antarabangsa: Curse of the Jerunei) ialah sebuah filem seram Malaysia 2023 arahan Jason Chong dengan skrip oleh Jason, Sky Khor, Sofia J. Rhyland dan Wendy Wong. Berkisarkan tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak,[1][2] ia dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri daripada Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek. Ia ditayangkan pada 27 Julai 2023.[3][4]
Plot
Diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13, Jerunei menceritakan kisah Dr. Sani dan sepasukan yang pergi mencari isterinya, yang hilang semasa ekspedisi untuk mengkaji Jerunei (Tiang Totem) tertentu. Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang pelik.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei. Bee dirasuk oleh roh dari jerunei. Timmy mati apabila roh nya disedut Bee yang dirasuk. Dr Sani berjaya menemui mayat isterinya dan penyelidik lain. Hana menemui rekoder kamera milik kumpulan penyelidik sebelum ini disimpan oleh Madui ( Tony Eusof) dan dia dikejar hingga ke hutan. Madui cuba merogol Hana dan apabila Hana lari, Bee seakan-akan merasai Hana dalam bahaya.Ketika Hana ditikam oleh Madui, Bee yang dirasuk pergi menyerang Madui dan menariknya ke kawasan Jerunei. Madui sebenarnya cuba mengambil semua tanah penduduk di kawasan itu.
Bee yang dirasuk mencampak Madui ke lubang di tapak Jerunei tapi dia berjaya lari keluar. Roh-roh tiba-tiba muncul dan dihadapan mereka tersergam kembali bangunan lama itu. Ada flashback bagaimana seorang penduduk lelaki dikorbankan untuk menaikkan jerunei. Kemudian seorang penduduk wanita akan dikorbankan tetapi mereka mengambil waris asal (iaitu budak perempuan yang Bee lihat di jeti ) sebaliknya untuk dikorbankan. Penduduk lain hanya berdiam diri. Waris itu diikat di tiang jerunei dan dibiarkan mati. Madui dan Dr Sani tersedar dari flashback. Bomoh tua Nula ( Ruminah Sidek) datang untuk menolong bersama patung. Dr Sani meminta Bee melepaskan Madui tapi sebenarnya Madui yang membunuh Suraya. Arjuna (Syafie Naswip) datang menerangkan Jerunei memerlukan pewaris. Madui menikam tiang jerunei dan berjaya mengawal roh jerunei untuk mencederakan Bee dan Arjuna. Dr Sani menikam Madui dan berjaya selamatkan Bee dan Arjuna. Hujan turun dan mereka berempat pulang. Roh yang menguasai Jerunei tersenyum kepada mereka dan menghilang. Dr Sani menyiapkan kajian sambil minum di atas buaian. Pihak pemuliharaan budaya berjaya memulihara tapak Jerunei. Scene akhir menunjukkan seorang wanita ( mungkin Hana yang terselamat) melahirkan anak yang mungkin menjadi pewaris Jerunei.
Pelakon
- Bront Palarae sebagai Dr. Sani
- Uqasha Senrose sebagai Bee
- Syafie Naswip sebagai Arjuna
- Amerul Affendi sebagai Tommy
- Daiyan Trisha sebagai Hana
- Tony Eusoff sebagai Madui
- Ruminah Sidek sebagai Nula
- Yuyun Hikmah sebagai Matalau
- Sabrina Hassan sebagai Dr. Suraya
Penerbitan
Pada September 2019, Nancie Foo dan Wendy Wong mengumumkan bahawa syarikat Produksi Seni 2020 akan menerbitkan sebuah filem yang memaparkan kisah budaya silam masyarakat kaum Melanau di Sarawak. Sumpahan Jerunei pada asalnya diterbitkan sebagai filem dokumentari, namun Produksi Seni 2020 mengalih format filem ini sebagai sebuah filem cereka. Nancie berkata: "Sebelum memulakan penggambaran kami mengambil masa selama empat tahun untuk membuat kajian. Akhirnya, kami sepakat untuk menjadikannya sebuah filem".[5] Wendy pula berkata, Produksi Seni 2020 memilih kisah kaum tersebut untuk difilemkan kerana mahu masyarakat dunia mengetahui keunikan yang terdapat di Sarawak. Menurutnya, idea untuk filem ini bermula daripada penyelidikan yang dijalankan beberapa tahun sebelumnya, di mana hasil penyelidikan itu kini terdapat di Muzium Sarawak.[6]
Penggambaran
Penggambaran dijalakan pada Ogos dan September 2019 di beberapa lokasi menarik di Sarawak,[7] termasuk Mukah, Siburan dan Santubong.[8]
Keluaran
Sumpahan Jerunei pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2020, namun ditunda akibat penularan pandemik COVID-19.[9][10]
Filem ini juga dibeli hak tayangannya oleh beberapa negara luar seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2022.[11][12][13]
Rujukan
- ^ "Filem 'Sumpahan Jerunei' paparkan sejarah misteri kaum Melanau". Dayak Daily. 1 September 2019. Dicapai pada 7 Mei 2022.
- ^ Maszuhaira Sarimin (16 April 2023). "'Sumpahan Jerunei' angkat misteri adat pengebumian, sejarah budaya kaum Melanau". mStar Online. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ Mohd Haikal Isa (2 Mei 2023). "Dua tahun tunda, Sumpahan Jerunei tayang Julai 2023". Kosmo!. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ "'Sumpahan Jerunei' to promote Sarawak's natural wonders" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 1 September 2019. Dicapai pada 7 Mei 2022.
- ^ "Sumpahan Jerunei Papar Kisah Budaya Silam Masyarakat Melanau". Kopiplanet. 2 September 2019. Dicapai pada 7 Mei 2022.
- ^ "Cerita pengebumian bangsawan Melanau". Sarawak Voice. 6 April 2023. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ "Penggambaran 'Sumpahan Jerunei' giat dijalankan". Utusan Borneo. 3 September 2019. Dicapai pada 7 Mei 2022.
- ^ "'Sumpahan Jerunei' to promote wonders of the Melanaus" (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. 3 September 2019. Dicapai pada 7 Mei 2022.
- ^ Nazihah AN (5 April 2023). "Lebih 2 Tahun Tergendala, Filem Misteri Bersejarah 'Sumpahan Jerunei' Bakal Ditayang Bulan Julai Ini". I Love Borneo. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ Cheryl Syahmina Toh (5 April 2023). "Filem 'Sumpahan Jerunei' ditayangkan pada Julai 2023". TVS. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ "'Sumpahan Jerunei' pikat bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film". Malaysiakini. 21 Mei 2022. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ "Filem seram 'Sumpahan Jerunei' pikat bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film". Astro Awani. 21 Mei 2022. Dicapai pada 7 Mei 2023.
- ^ "Malaysian horror film 'Sumpahan Jerunei' attracts international buyers at Cannes" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 23 Mei 2022. Dicapai pada 7 Mei 2023.