Persembahan Vokal Wanita Terbaik adalah salah satu kategori penting diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penyanyi rakaman wanita yang menerbitkan lagu dan album di dalam radar industri muzik Malaysia. Ia diberikan secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Anugerah ini setara dengan anugerah Persembahan Vokal Lelaki Terbaik yang diberikan kepada penyanyi lelaki dan anugerah Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik yang diberikan kepada sekumpulan penyanyi lelaki atau wanita yang merakamkan album/lagu secara bersama .
Rekod
Pencalonan dan kemenangan berganda
Artis | Pencalonan | Kemenangan |
---|---|---|
Siti Nurhaliza | 21 | 13 |
Jaclyn Victor | 7 | 2 |
Ziana Zain | 7 | 1 |
Aishah | 5 | 1 |
Dayang Nurfaizah | 5 | 1 |
Yuna Zarai | 3 | 1 |
Sheila Majid | 2 | 1 |
Shima | 2 | 1 |
Camelia | 1 | 1 |
Ning Baizura | 5 | 0 |
Nora Ariffin | 5 | 0 |
Liza Hanim | 4 | 0 |
Sharifah Aini | 2 | 0 |
Fauziah Latiff | 2 | 0 |
Ramlah Ram | 2 | 0 |
Syafinaz Selamat | 2 | 0 |
Noraniza Idris | 2 | 0 |
Misha Omar | 2 | 0 |
Sarah Raisuddin | 2 | 0 |
Anita Sarawak | 2 | 0 |
Dina Nadzir | 2 | 0 |
Shila Amzah | 3 | 0 |
Juwita Suwito | 2 | 0 |
Najwa Mahiaddin | 2 | 0 |
Adira | 2 | 0 |
Lain-lain Rekod
Perkara | Artis | Rekod |
---|---|---|
Pencalonan terbanyak | Siti Nurhaliza | 20 pencalonan |
Pemenang terbanyak | Siti Nurhaliza | 13 |
Pemenang termuda | Siti Nurhaliza | 20 tahun |
Pemenang tertua | Siti Nurhaliza | 37 tahun |
Calon termuda | Ning Baizura Shila Amzah |
18 tahun |
Calon tertua | Anita Sarawak | 60 tahun |
Pemenang bukan Melayu pertama | Jaclyn Victor | India (2007) |
Calon bukan Melayu pertama | Juwita Suwito | Cina Indonesia (2004) |
Pemenang menerusi persembahan Bukan Bahasa Melayu pertama | Jaclyn Victor | Counting Days (2012) |
Calon menerusi persembahan Bukan Bahasa Melayu pertama | Juwita Suwito | Brand New World (2004) |
Pemenang menerusi persembahan Rakaman Secara Langsung pertama | Siti Nurhaliza | Konsert Mega (2001) |
Calon menerusi persembahan Rakaman Secara Langsung pertama | Sharifah Aini | Seraut Wajah Semerdu Suara |
Pemenang menerusi persembahan Bukan Pop pertama | Aishah | Pop Tradisional Klasik (1994) |
Calon menerusi persembahan Rock pertama | Elyana | Jadi Diriku (2008) |
Calon menerusi persembahan Pop Tradisional pertama | Yusni Hamid | Senandung Lagu Melayu (1993) |
Calon menerusi persembahan Nasyid pertama | Nora Ariffin | Doa (2012) |
Pemenang menerusi persembahan Album Debut pertama | Camelia | Rindu Padanya (1998) |
Calon menerusi persembahan Album Debut pertama | Ning Baizura | Dekat Padamu (1993) |
Senarai Artis yang menerima pencalonan menerusi persembahan Album Debut
Ning Baizura (1993)
Amy Mastura (1994)
Nora Ariffin (1994)
Safura Yaacob (1997)
Camelia (1997)
Misha Omar (2002)
Sarah Raisuddin (2002)
Juwita Suwito (2004)
Adibah Noor (2005)
Dina Nadzir (2005)
Farhan Azizan (2006)
Karen Kong (2007)
Atilia Haron (2007)
Ayu Damit (2008)
Yuna Zarai (2009)
Najwa Mahiaddin (2010)
Adira Suhaimi (2014)
Senarai Calon & Pemenang
1990an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
1993 | Shima menerusi album Shima 3: Teringin | |
1995 | Aishah menerusi album Klasik | |
1996 | Ziana Zain menerusi album Setia Ku Di Sini |
|
1997 | Sheila Majid menerusi album Ratu |
|
1998 | Camelia menerusi album Rindu Padanya | |
1999 | Siti Nurhaliza menerusi album Adiwarna | |
2000 | Siti Nurhaliza menerusi album Pancawarna |
2000an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2001 | Siti Nurhaliza menerusi album Sahmura ‡ | |
2002 | Siti Nurhaliza menerusi album Konsert Mega Siti Nurhaliza | |
2003 | Siti Nurhaliza menerusi album Sanggar Mustika | |
2004 | Siti Nurhaliza menerusi album E.M.A.S |
|
2005 | Siti Nurhaliza menerusi album Prasasti Seni | |
2006 | Siti Nurhaliza menerusi album Siti Nurhaliza in Concert, Royal Albert Hall London | |
2007 | Jaclyn Victor menerusi album Inilah Jac † | |
2008 | Siti Nurhaliza menerusi album Hadiah Daripada Hati |
|
2009 | Siti Nurhaliza menerusi lagu Di Taman Teman | |
2010 | Siti Nurhaliza menerusi lagu Ku Percaya Ada Cinta |
2010an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2010 - 2011 | Yuna Zarai menerusi lagu Penakut |
|
2011 - 2012 | Jaclyn Victor menerusi lagu Counting Days |
|
2012 - 2013 | Dayang Nurfaizah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta (Live) |
|
2013 - 2014 | Siti Nurhaliza menerusi lagu Lebih Indah |
|
2014 - 2016 | Siti Nurhaliza menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi |
|
2020an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2021 - 2022 | Ernie Zakri menerusi lagu Sinar Mata Hati |
|
Nota Kaki
† = Mulai tahun 2002, penganjur Anugerah Juara Lagu memperkenalkan anugerah kategori Vokal Terbaik yang dinilai menerusi persembahan lagu secara langsung. Calon/Pemenang yang bertanda † adalah pemenang anugerah tersebut menerusi lagu / dimuatkan dalam album yang sama dicalonkan di AIM
‡ = Sementara itu, sejak mula dianjurkan Anugerah Juara Lagu juga memberikan anugerah kategori Persembahan Terbaik yang dinilai menerusi corak persembahan & konsep lagu secara langsung, sebelum aspek vokal dikhususkan pada tahun 2002. Calon/Pemenang yang bertanda † adalah pemenang anugerah tersebut dari 1994 - 2001 menerusi lagu / dimuatkan dalam album yang sama dicalonkan di AIM
Kedua-dua anugerah di atas dipertandingkan secara terbuka dan tidak berasaskan jantina.
Pertama kali diperkenalkan pada Anugerah Industri Muzik ke-22, Siti Nurhaliza menjadi penyanyi pertama yang memenangi Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia (Penyanyi Terbaik Malaysia).