Noraliza Yusof | |
---|---|
Nama lahir | Noraliza binti Mohd Yusof |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 29 November 1964
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1986 - 1990 |
Syarikat rakaman | AN Production, PMC |
Noraliza Yusof (dilahirkan sebagai Noraliza binti Mohd Yusof; 29 November 1964) merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali ramai setelah mendapat gelaran Juara Bintang RTM tahun 1986.[1]
Permulaan karier
Sebelum bergelar penyanyi, beliau bekerja sebagai seorang pereka fesyen dan batik. Selepas menyertai Bintang RTM, beliau telah menjadi penyanyi sepenuh masa. Pada tahun yang sama juga, beliau menjadi hos bagi rancangan Hiburan Minggu Ini yang diterbitkan oleh Noriah Letuar melalui siaran RTM.[1]
Pada tahun 1987, beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Senangkah Ku Dilupai di bawah terbitan AN Production, sebuah syarikat rakaman milik Ahmad Nawab. Dua tahun kemudian, beliau mengeluarkan album kedua bertajuk Ku Tak Ingin Bermimpi di bawah terbitan Pacific Music Corporation (PMC).
Diskografi
Album studio
- Senangkah Ku Dilupai (1987)
- Ku Tak Ingin Bermimpi (1989)
Album pelbagai
- Liza Aziz dan Iza Yusoff (1988)
- Kini Saatnya: Album Sukan SEA Ke-15 (1989)
Rujukan
Didahului oleh Ramlah Ram (1985) |
Juara Bintang RTM 1986 |
Diikuti oleh: Nurazmadee (1999) |