Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
Jenis | Perintah |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertua | Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam |
Gred | Darjah Utama Negeri Melaka |
Perangkaan | |
Pelantikan terakhir | 2022 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Kebesaran Seri Paduka Setia Melaka |
Lebih rendah | Darjah Kebesaran Seri Melaka |
Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka adalah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sehingga 2019.[1] Ianya dizahirkan pada 1978 dan dipinda pada 2016 lalu. Ia menjadi darjah kedua tertinggi pada 2020 apabila Darjah Seri Paduka Setia Melaka diperkenalkan.[2] Darjah kebesaran ini mempunyai hanya satu pangkat.
Pangkat
Pangkat Pertama
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Datuk Seri Utama bagi lelaki dan wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pengurniaan
Para penerima akan dikurniakan kalung, selempang dan lencana darjah.
Pengkhususan
Darjah kebesaran ini dikhususkan pengurniaannya kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun ia juga dianugerahkan kepada Ketua Menteri Melaka dan isteri Perdana Menteri antaranya, Siti Hasmah Mohamad Ali.[3]
Panggilan kehormat
Penerima akan bergelar Datuk Seri Utama bagi lelaki dan wanita, manakala bagi isteri penerima pula bergelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima darjah kebesaran tersebut.
Rujukan
- ^ Senarai darjah kebesaran negeri Melaka
- ^ DUN Melaka lulus wujud satu darjah, dua pingat negeri
- ^ "PM's wife tops Malacca list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2003-10-11.