Aiman Ameer | |
---|---|
أيمن أمير | |
Kelahiran | Che Aiman Ameer bin Che Kamarudin 15 Januari 2000 |
Nama lain | Aiman |
Pendidikan | Diploma Jurusan Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan |
Pusat pendidikan | Politeknik METRO Johor Bahru |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2021–kini |
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
Bapa | Che Kamarudin |
Che Aiman Ameer Che Kamarudin (lahir 15 Januari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau adalah salah seorang juara Hero Remaja 2023 dan menerusi drama seperti Cempaka Malaya (2022–2023), Ke Kodiang With Love (2024), Cinta Untuk Sekali Lagi (2024) dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi (2024).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 15 Januari 2000 di Johor Bahru, Johor. Anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Beliau merupakan graduan Pengurusan Logistik dari Rantaian Bekalan dari Politeknik METRO Johor Bahru.
Kerjaya
Beliau merupakan Juara dan Hero Inspirasi program realiti pencarian Hero Remaja 2023 yang bersaing dengan 7 peserta, termasuk Fitri Farok atau Muhammad Fitri Mohd Farok (Naib Juara), Razin Qidran atau Razin Qidran Noor Hisham (Hero Favourite), Azri Safix Mohd Razal (Azri), Evertts McClane Gomes (Evertts), Tan Jia Song (Jaysong), Muhammad Al Hakim Khan Farrukh Hadi (Hakim), Aariz Iskandar Idris (Jay).
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2025 | Strike: Silat Cult Master | Izra | Filem pertama |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022–2023 | Chempaka Malaya | Min | TV2 | Drama pertama |
2024 | Cinta Untuk Sekali Lagi | Airil Zakwan | Astro Ria | |
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Kerol Malik | |||
2025 | Kerana Seorang Lelaki | Mohd Ariff bin Abdul Rashid Wong | Astro Prima | |
Generasi: Perfect 10 | Tengku Mukhriz | Astro Citra | ||
TBA | Reset | Hakim | TV3 |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Ke Kodiang With Love | Johan | Astro Gempak | Drama web pertama |
2025 | Fallin Intern You | Aiman | Drama vertikal |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2021 | Malaysia Hari Ini | Tetamu | TV3 | Pasangan Kembar Mencari Perbezaan |
2023 | Hero Dewi Remaja 2023 | Peserta (Juara) | Astro Ria |
Muzik video
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2023 | "Retak Hatiku" | Iera Milpan |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Hero Remaja 2023 | Juara | Diri sendiri | Menang |