Kerana Seorang Lelaki ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Darkwave Pictures Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Michael Ang. Ia dibintangi oleh Harissa Adlynn & Daniel Fong. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima pada 11 Ogos hingga 3 Oktober 2025 menggantikan Di Sebalik Reda.
| Kerana Seorang Lelaki | |
|---|---|
| Genre | Keluarga Melodrama |
| Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
| Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | Berharap — Fanzi Ruji |
| Lagu penutup | Berharap — Fanzi Ruji |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Malaysia Cina (Kantonis) Inggeris |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Fazriena Ezwanie Ramli Rafez Ezwan Ramli Ramlah Shariff |
| Penerbit | Dato' Rafiena Ezanee Ramli Ramli Hj. Othman |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Darkwave Pictures Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima (Slot Tiara) Astro Go Sooka |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 11 Ogos 2025 – 3 Oktober 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Di Sebalik Reda |
| Diikuti oleh | Jika Cinta Itu Buta |
Sinopsis
Kematian mengejut seorang pengusaha mualaf, Richard Wong @ Abdul Rashid turut membongkarkan rahsia dua keluarga yang membawa kepada ‘perang keluarga’ dek kerana harta peninggalannya. Kisah cinta Kasih dan Daniel Wong berakhir kerana mereka rupa-rupanya berkongsi bapa tanpa pengetahuan mereka.
Pelakon
Pelakon Utama
- Harissa Adlynn sebagai Nur Kasih binti Abdul Rashid Wong
- Daniel Fong sebagai Daniel
Pelakon Pembantu
- Nabil Aqil sebagai Amar
- Soo Wincci sebagai Madam Clarissa Wong
- Marissa Yasmin sebagai Puan Linda
- Arena Wan sebagai Anne Wong @ Nurul Ain binti Abdul Rashid Wong
- Kahoe Hon sebagai Tony
- Aiman Ameer sebagai Mohd Ariff bin Abdul Rashid Wong
- Steve Yap sebagai Richard Wong @ Abdul Rashid Abdullah
- Erry Putra sebagai Hakimi
- Azhar Amir sebagai Aminudin
- Bee Aishah sebagai Seri
- Nina KSC sebagai Jessica
- Izzul Faiq Zuhairi sebagai Razi
- Mandy Chong sebagai June
- Zarina Zainoordin sebagai Yasmin
- Zarynn Min sebagai Datin Zaa
- Zeera Azizi sebagai Lisa
- Chew Kin Wah sebagai David
- Lai Hayati sebagai Mak Som
- Collan Koo sebagai Jason
- Mak Wan sebagai Rosnah
- Kelly Lim Ghee Yean sebagai Dania
Pautan luar
| Astro Prima: Slot Tiara, Isnin-Jumaat, 6:00 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Kerana Seorang Lelaki | Berikutnya |
| Di Sebalik Reda | Jika Cinta Itu Buta | |








