Budak Tebing (Musim 2), juga dikenali sebagai Budak Tebing 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Feroz Kader. Drama ini dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Muhamad Fariz Isqandar, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan Firdaus Ghufran. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 18 Jun 2021 menggantikan Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Budak Tebing | |
---|---|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 18 Jun 2021 – 9 Julai 2021 |
Sinopsis
Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.
Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.
Pelakon
Pelakon Utama
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
- Adam Lee sebagai Arif
- Muhamad Fariz Isqandar sebagai Yoyol
- Bella Dowanna sebagai Laura
- Eyka Farhana sebagai Ira
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
Pelakon Pembantu
- Fauzi Nawawi sebagai Afendi
- Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
- Pablo Amirul sebagai Pablo
- Imran Aqil sebagai Pijoy
- Zul Genting sebagai Ayah Tongki
Pelakon Jemputan
- Syafie Naswip sebagai Paan
- Along Eyzendy sebagai Abg Paan
- Ainina Ahmad B Sebagai Mama Pijoy
- Manan Sulaiman sebagai Papa Pijoy
Pelakon Kanak Kanak
- Dean Zaqwan sebagai Ucop
- Damia Damisha sebagai Jaja
Runut bunyi
- "Ciao" – Joe Flizzow ft. MK, Jay Park
- "Impikan" – DOLLA
- "Jauh" – Alan D, Axeljonas, Somean
- "Dipinggirkan" – Siqma ft. FML
- "Gila" – Kaka Azraff, Noki, Loca B
- "Jap Itu Jap Ini" – Luqman Podolski ft. Sabbala
- "Sorang" – Luqman Podolski
- "Perasaan" – Zynakal
- "Sakit" – Yonnyboii
- "Aku Solo" – Rief Daniel
- "Salahku" – Yonnyboii
- "Usah" – Ariff Bahran
- "3 Kucing" – Ariff Bahran, Yonnyboii, Adam E
- "Mencuba" – Paradokks, Myn Mind
- "Biru Malam" – Chubb-E, Amir Masdi
- "Hati" - Hael Husaini