Aedy Ashraf | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi 20 September 1993 |
Nama lain | Addy Ashraf |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Ibu bapa | Liza Zain (ibu) |
Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi (Jawi: محمد ادي اشرف روسمادي; lahir 20 September 1993) atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan di usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.[1]
Kerjaya
Aedy Ashraf mewarisi bidang lakonan daripada ibunya, pelakon veteran terkenal, Liza Zain. Di usia 10 tahun pada tahun 2003, Aedy memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dengan membintangi filem komedi Jutawan Fakir arahan Abdul Razak Mohaideen yang mana beliau memegang watak sebagai Azman, seorang gelandangan.
Beliau kemudian muncul pula dalam filem Cinta Kolestrol dengan memegang watak sebagai Ahmad Yusry kecil, manakala watak dewasanya dilakonkan oleh Yusry Abdul Halim. Pada tahun 2004, beliau membintangi drama pertamanya, Doa Imran dengan memegang watak sebagai Imran.
Beliau membintangi telefilem pertamanya, Cerita Adam yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan watak sebagai Rahmat. Pada tahun 2009, Aedy berlakon bersama Elfira Loy yang memegang watak tajuk dalam drama Qalesya yang bersiaran di Astro Prima yang mana beliau memegang watak sebagai Muhammad.
Pada tahun 2010, Aedy memegang watak Faiz dalam siri televisyen Disney Channel, Waktu Rehat yang antara lain turut dibintangi oleh Nik Adruce, Sweet Qismina, Tengku Iezahdiyana dan Elfira Loy. Siri ini telah bersiaran sebanyak 3 musim dan merupakan versi tempatan untuk francais As the Bell Rings yang diadaptasi dari siri TV Itali, Quelli dell'intervallo.
Antara 2012 dan 2013, beliau membintangi drama pendidikan Oh My English! sebanyak 2 musim di Astro TVIQ. Beliau memegang watak sebagai Shafiq, beliau kembali melakonkan wataknya dalam telefilem Oh My Ganu!. Drama Separuh Jiwaku (2014) telah menyaksikan beliau kembali digandingkan bersama Elfira Loy. Menerusi drama yang disiarkan di Slot Ratu TV9, Aedy memegang watak sebagai Emir Izlan, seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala Lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Beliau juga berlakon dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tajul Zahin, adik Tajuk Razin lakonan Amar Baharin.
Pada tahun 2015, beliau berlakon dalam dua episod terakhir drama remaja, Dunia Generasi Baru yang dibintangi oleh Kaka Azraff, Natasha Elyzza, Erwin Dawson, Fadlan Hazim, Zahirah MacWilson dan Ben Amir. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Jasmine dan Lara Aishah.[2]
Pada tahun 2017, beliau berlakon dalam filem Dorm Melati arahan Eyra Rahman dengan memegang watak sebagai Adam. Pada tahun yang sama, Aedy berlakon dalam beberapa drama televisyen, antaranya ialah Suamiku Paling Sweet sebagai Hakimi, Bahagia Kasihmu sebagai Nazril dan Hero Seorang Cinderella sebagai Darius. Beliau seterusnya membuat penampilan sulung muzik video dengan membintangi muzik video lagu "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali.
Aedy berlakon dalam tiga drama TV serentak dalam tahun 2018, antaranya ialah Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Beliau memegang watak sebagai Mukhriz yang dipadankan daripada watak Christian lakonan Jericho Rosales dalam versi asal Fillipina. Beliau juga muncul dalam drama Papa Nak Menantu lakonan Jaja Iliyes dan Hafidz Roshdi. Tawaran berlakon filem juga diperolehinya apabila membintangi dua filem, iaitu Blok 404 dan Gol & Gincu Vol. 2.[3]
Pada tahun 2020, beliau memegang watak sebagai Tongki dalam Budak Tebing dan kembali melakonkan wataknya dalam kesinambungannya. Drama lain yang dibintanginya pada tahun itu juga termasuk Memoir Kamila dan Biar Mereka Cemburu. Pada tahun 2021, beliau juga muncul dalam drama pendidikan Projek: Anchor SPM yang berkisarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar 2000. Drama arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha dan Shasha Abedul.
Aktiviti lain
Di luar kerjaya lakonan, Aedy merupakan pemilk dan pengasas bersama gerai snek kentang goreng, Fam Fries yang beroperasi di The Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Aedy berkata, idea untuk mengusahakan perniagaan makanan bermula ketika mencuba kentang goreng serupa di gerai rakannya pada 2016.Namun,gerai sneknya terpaksa ditutup atas faktor kewangan dan staf-staf pekerjanya juga tidak dibayar bulanan gaji selama dua bulan.[4]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2017, beliau dikatakan bahawa beliau pernah bergosip dengan pelakon Fasha Sandha yang juga merupakan isteri kepada Aidil Aziz.[5] Beliau juga dikhabarkan akan meninggalkan dunia seni hiburan sebagai aktor pada tahun 2025 sejak beliau kerap dilihat berada di kelab malam dan mengambil kesempatan ke atas wanita yang berumur 20-an. Aedy Ashraf juga dikatakan pernah bersentuhan dan berciuman dengan beberapa wanita dalam keadaan mabuk di sebuah kelab malam di KL pada awal 2025.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Jutawan Fakir | Azman | Filem pertama |
Cinta Kolestrol | Ayie/Yusri (kecil) | ||
2004 | Tangkai Jering | Ashraf | |
I Know What You Did Last Raya | Roslan (kecil) | ||
2005 | Tak Ori Tapi Ok | ||
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Amer (kecil) | |
Remp-It | Penampilan khas | ||
Tentang Bulan | Mawi | ||
2017 | Dorm Melati | Adam | |
2018 | Blok 404 | Duan | |
Gol & Gincu Vol. 2 | Mateen | ||
2023 | Tebus | Johan | |
War On Terror: KL Anarki | Khalid | ||
2024 | Kembar Sado | Roy/Kasim | |
Kahar: Kapla High Council | Reza/Beja | ||
2025 | Klepet | Pali | |
Dari Yong Peng Ke Kodiang | Hidayat | Pra-produksi |
Drama
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Anak-Anak Ramadhan | Adam (kecil) | TV3 |
2008 | Cerita Adam | Rahmat | TV1 |
2011 | Mahligai Itu Milikku | Aidil | TV9 |
8 Bahagian | Ashraf | TV1 | |
Si Puteh | Fadil | TV3 | |
2012 | Pulang | TV9 | |
Lobak | Amir | ||
2013 | Setia Hujung Nyawa Raya | Qarun | TV3 |
Banglo Seksyen 2 | Allee | Astro Ria | |
Oh My Ganu! | Shafiq | Astro TVIQ | |
Surat Di Bawah Pintu | TV9 | ||
Designer DD Naik Haji | TV1 | ||
2014 | Imam Bisu | Ayeng | Astro Oasis |
Salam Buat Kekasih | Muis | TV9 | |
Kemelut Dosa | Fathullah | TV3 | |
2015 | Gadis Tudung Merah & Labu Labi | Astro Prima | |
Kubur Berdarah | Astro Ria | ||
2016 | Reza, Arman Dan Bill | Reza | TV3 |
2017 | Bukan Cinta Biasa | Aiman | TV2 |
Komplot | TJ | Astro Citra | |
Cerita Dari Dinding | Radzi | TV1 | |
2018 | Lakaran Cinta | Wafi | Unifi TV |
Kembalikan Sinarnya | Azali | TV3 | |
Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi | TV2 | ||
Cinta Untukku | Rizqi | TV Okey | |
2019 | Kau Selalu Di Hatiku | Ridzuan | TV1 |
Puisi Wan Malini | Ehsan | ||
Abang Hidung Merah | Izlan | ||
Wali Jantan Semantan | |||
2020 | Satu Kampug Dua Orang | Bidin | Astro Citra |
Heri Bota | Heri | TV1 | |
10 Malam Terakhir | TV Okey | ||
Keranaku Mencintaimu | Iskandar | TV1 | |
Aku Bukan SyurgaMu | Haidar | ||
Makbul | Akhbar | TV3 | |
2021 | Dia Abangku | Qori | |
2022 | Setia | Syakir | TV2 |
Dania | Luqman | TV3 |
Iklan
Tahun | Iklan | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Kementerian Pendidikan Malaysia | Samad | |
2018 | Pizza Hut | Dirinya sendiri | bersama Diana Danielle |
2022 | Calvin Klein | Dirinya sendiri |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | My Ghost Story Asia | Bio. | |
2016 | Relaks Selebriti | Astro Ria | |
2017 | Awak Kat Mana | ||
Bas Ria | bersama Syafiq Kyle | ||
2018 | Terbukti Lazat | TV Okey |
Muzik video
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | "Siapa Diriku" | Amylea ft Nadia Aqilah |
2017 | "Pematah Hati" | Nabila Razali |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2007 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Dirinya sendiri | Tentang Bulan | Tercalon | |
2023 | Aktor TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2024 | Artis Filem Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
Aktor TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
- ^ Aedy Ashraf hadam kritikan Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (1 Ogos 2017). Dicapai pada 25 Oktober 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Januari 2016). "Saksi 3 generasi dunia hiburan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Ogos 2018). "'Saya sangat privasi'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Najiy Jefri (15 Mac 2019). Lupakan lakonan seketika - Aedy Ashraf Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ Muhammas Azrol Mohd Radi (16 Januari 2017). Aedy Ashraf dewasakan diri Diarkibkan 2017-10-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Mei 2017.