Ainina Ahmad B | |
|---|---|
اينينا احمد ب | |
| Kelahiran | Ainina binti Ahmad 8 Mei 1970 |
| Nama lain | Ainina Ahmad B |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1987–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Rahmad Mega (c. 2011) |
| Anak-anak | Nur Arieana Nur Araelisya |
| Ibu | Alijah Abdul Rahman |
| Bapa | Ahmad B |
| Saudara | Aman Belon (datuk) |
Ainina binti Ahmad (Jawi: اينينا بنت احمد; lahir 8 Mei 1970) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan anak kedua kepada pelakon veteran Ahmad B.
Kerjaya
Ainina menceburi bidang lakonan seawal umur 17 tahun dan mula popular sekitar tahun 90-an. Lakonan pertamanya dalam filem Mr. Os pada tahun in 1987 sebagai pelakon tambahan. Kemudian, Ainina banyak berlakon drama seperti Denak, Pendekar, Jaguh-jaguh (lokasi pengambaran sekitar lumut dan ipoh) dan Sepakat.[2]
Kehidupan peribadi
Ainina pernah mendirikan rumah tangga bersama Rahmad Tohak, vokalis kumpulan Mega dan dikurniakan dua anak perempuan bernama Nur Arieana dan Nur Araelisya. Ainina kemudiannya dilihat kurang aktif dalam bidang lakonan kerana menguruskan hal-hal keluarga. Namun pada tahun 2011, Ainina dan Rahmad bercerai atas beberapa faktor. Biarpun begitu, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
Selain bergelar pelakon, Ainina juga sangat aktif dalam berniaga barangan kosmetik, makanan kering dan biskut buatan hasil air tangannya. Kini, Ainina telah kembali aktif dalam bidang lakonan meskipun sibuk menguruskan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.
Filemografi
Rujukan
- ^ "Sudah terbuka hati". Utusan Melayu. 31 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-19. Dicapai pada 2018-12-19.
- ^ "Minat masih ada". Harian Metro. 10 Disember 2016.








