"Impikan" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Dolla | ||||
daripada album Dolla: Mini Album | ||||
Sisi B | "Watch Me Glow" | |||
Dilancarkan | 30 Oktober 2020 | |||
Format | ||||
Genre | ||||
Panjang |
| |||
Syarikat |
| |||
Penulis |
| |||
Penerbit |
| |||
Kronologi single Dolla | ||||
| ||||
"Impikan" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Impikan" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan gadis Malaysia, Dolla. Ia dikeluarkan sebagai single kedua mereka pada 30 Oktober 2020 selepas single pertama, "Dolla Make You Wanna". Versi bahasa Inggeris lagu ini telah diterbitkan dengan tajuk "Watch Me Glow".[1][2][3] Lagu ini dimuatkan dalam EP sulung mereka, Dolla: Mini Album (2022).[4]
Komposisi
"Impikan" dan versi bahasa Inggerisnya, "Watch Me Glow" ialah sebuah lagu yang berentak muzik tarian elektronik (EDM), ditulis oleh komposer dan penerbit muzik Sweden—Ludwig Lindell, Daniel Caesar dan Karl Oscar Gummesson.[5][6] Luca Sickta dan Yonnyboii menyumbangkan lirik versi bahasa Melayu.[5] Meluahkan rasa teruja untuk menyanyikan lagu ini, salah seorang ahli Dolla, Sabronzo berkata kepada Astro Gempak mengenai lagu ini:
"Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti "All Night" nyanyian Girls' Generation. Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa. Kami juga berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif daripada pendengar dan mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia, malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara,”.[5]
Menurut Dolla, mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum proses rakaman dijalankan.[5]
Tema
"Impikan" dan "Watch Me Glow" mengangkat falsafah pantang menyerah kalah sekaligus membawa pesanan untuk sentiasa tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Menurut Angel, "lagu ini cuba membangkitkan semangat mereka yang belum mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup. Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah. Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti". Ia didedikasikan khas buat peminat yang percaya dengan bakat dan kemampuan mereka untuk melangkah lebih jauh dalam persada seni.[7][8]
Muzik video
Muzik video rasmi untuk "Impikan" dan "Watch Me Glow" dikeluarkan serentak di saluran YouTube Dolla dan Universal Music Malaysia pada 31 Oktober 2020.[9] Sejak pelancaran rasmi, ia menjadi sohor kini sekaligus menduduki kedudukan kedua di YouTube Malaysia.[9][10]
Persembahan secara langsung
Bagi mempromosikan "Impikan", Dolla telah mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 5 November 2020.[11]
Tenaga kerja
Kredit diperoleh daripada di belakang tabir muzik video.[12]
- Lagu
- Dolla - vokal
- Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson - penerbit, penggubah
- Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson, Luca Sickta, Yonnyboii - komposer
- Luca Sickta, Yonnyboii - penulis lirik
- Mingaling - jurutera rakaman
- Lion Music Group - syarikat penerbitan
- Kenny Ong & Universal Music - penerbit eksekutif
- Muzik video
- Adriana Tunku - pengarah
- Razlan Saharudin - penerbit
- Ezra Tham - koreografi
- Praveen Kumar, Amos Lim - pengarah fotografi
- Zulvanny - penggaya
- Dizeyazid, Albin Hassan - jurusolek
- TONI&GUY Troika - rambut
- MADAMCLAW Nails - kuku
- Ewan Jade, Victor Lim, Amalina Anuar - pasukan penggaya
- Azrina Azizi - penari latar
- Annur Hazeeqah - penari latar
- Chong Shin Yee - penari latar
- Chen Jingshi Kim - penari latar
- Eunice Low - penari latar
- Shoba Rupini - penari latar
- Al Adam - pembantu pengarah 1/penerbit bersekutu
- Alya Marissa - pembantu pengarah 2
- Farit Zainan - pengurus penerbitan
- Aidil - pembantu penerbitan
- Adriana Tunku Yungkerdil - penyunting
- Mohd Azeem - pembantu kamera 1
- Faisal Rahman - Gaffer
- Rashid - Best Boy
- Matthew Chow - pewarna
- Uncommon Dance Studio - terima kasih
- Hyundai - penaja utama
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[13]
- "Impikan" – 3:31
- "Watch Me Glow" – 3:31
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 30 Oktober 2020 | Muat turun digital[13] Penstriman digital[14] |
Lion Music Group Universal Music Malaysia |
Rujukan
- ^ Budiey (30 Oktober 2020). "Dolla lancar single kedua berjudul Impikan, angkat falsafah pantang menyerah kalah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ Nannie Isa (30 Oktober 2020). "Dolla kembali dengan single ke-2, Impikan". Kitepunye. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Makin menyengat! 7 bulan selepas lagu debut, Dolla kini muncul dengan single baru dalam 2 versi". Media Hiburan. 1 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
- ^ a b c d Fiza Kamarudin (2 November 2020). "Dolla teruja diberikan lagu daripada komposer yang pernah hasilkan lagu-lagu hit K-pop". Astro Gempak. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ Aref Omar (2 November 2020). "#Showbiz: Dolla's song 'Impikan' created by K-Pop hitmakers". New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2021.
- ^ Fariza Saidin (6 November 2020). "Dolla Impikan lagu dwibahasa! Digelar Blackpink Malaysia". Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Makin popular, Impikan jadi taruhan terbaru kumpulan Dolla". Kopiplanet. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ a b Norhayati Nordin (1 November 2020). "Impikan Dolla trending YouTube, Twitter". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Dolla kini trending di YouTube dan Twitter". Free Malaysia Today. 1 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-20. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Artis Jemputan: Dolla - MHI (5 November 2020)". TV3. 5 November 2020. Dicapai pada 22 November 2020 – melalui YouTube.
- ^ Impikan (Catatan media). Dolla. Universal Music. 2020.CS1 maint: others (link)
- ^ a b "Impikan - Single by DOLLA on Apple Music". iTunes (MY). 30 Oktober 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ "Impikan, a song by Dolla". Spotify. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 22 November 2020.