| Barisan Oryol | |
|---|---|
| Aktif | 27 Mac 1943 – 28 Mac 1943 |
| Negara | |
| Cawangan | |
| Jenis | Markas kumpulan tentera darat |
| Saiz | Beberapa tentera darat medan |
| Pertempuran | Perang Dunia Kedua |
| Komander | |
| Komander terkenal | Max Reyter |
Barisan Oryol ialah sebuah Barisan dalam Tentera Merah semasa Perang Dunia Kedua yang wujud buat tempoh yang sangat singkat.
Melalui perintah Stavka bertarikh 24 Mac 1943, ia ditubuhkan pada 27 Mac dengan menamakan semula Barisan Kursk, sementara kebanyakan pasukan dari barisan tersebut telah dipindahkan ke tempat lain. Ia dirancang supaya barisan ini terdiri daripada Tentera Darat Ke-61 dari Barisan Barat dan Tentera Darat Ke-3 dari Barisan Tengah, serta satu lagi ketumbukan tambahan. Staf pemerintahan kekal seperti Barisan Kursk, dengan Kolonel Jeneral Maks Andreevich Reiter sebagai panglima.
Berikutan satu lagi perintah Stavka pada awal pagi 28 Mac, Barisan Oryol dinamakan semula sebagai Barisan Bryansk.[1]
Rujukan
- ^ David M. Glantz, After Stalingrad, Helion & Co., Ltd., Solihull, UK, 2009, hlm. 371–373
Pautan luar








