Barisan Ke-3 Baltik - 3-й Прибалтийский фронт | |
---|---|
![]() Askar Soviet di bandar Riga (Oktober 1944) | |
Aktif | April – Oktober 1944 |
Negara | ![]() |
Cawangan | ![]() |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Saiz | 345,500 (September 1944)[1] |
Pertempuran | Operasi Pskov-Ostrov Operasi Tartu |
Komander | |
Komander terkenal | Ivan Maslennikov |
Barisan Ke-3 Baltik (Rusia: 3-й Прибалтийский фронт) ialah sebuah Barisan dalam Tentera Merah semasa Perang Dunia Kedua. Ia ditubuhkan pada 21 April 1944 dan dibubarkan pada 16 Oktober tahun yang sama selepas beberapa siri kempen di negara-negara Baltik yang berakhir dengan penawanan Riga pada 13–15 Oktober 1944. Sepanjang 179 hari kewujudannya, Barisan Ke-3 Baltik telah mengalami 43,155 anggota terbunuh dan hilang serta 153,876 anggota yang cedera, sakit dan mengalami reput fros.[2] Satu-satunya panglima Barisan Ke-3 Baltik ialah Ivan Maslennikov.
Markas Barisan Ke-3 Baltik dibentuk daripada bekas Tentera Darat Ke-20 yang telah dibubarkan, dan tentera darat medan yang diletakkan di bawah barisan ini diambil daripada sayap kiri (selatan) Barisan Leningrad.[3] Operasi yang melibatkan Barisan Baltik Ke-3 termasuk Operasi Pskov-Ostrov dan Operasi Tartu.[4] Selepas penawanan Riga, markas tinggi Soviet membubarkan Barisan Baltik Ke-3 sebagai ibu pejabat dan menyerahkan semula ketumbukannya kepada barisan lain.[5]
Tentera Darat | Bilangan dan jenis divisyen |
Briged bebas |
---|---|---|
Ke-42 | 5 divisyen raifal | - |
Ke-54 | 6 divisyen raifal 1 divisyen anti-pesawat |
1 briged jurutera |
Ke-67 | 10 divisyen raifal 1 divisyen artileri 1 divisyen anti-pesawat |
1 briged meriam-artileri 1 briged kereta kebal |
Udara Ke-14 | 1 divisyen pejuang 1 divisyen sokongan dekat 1 divisyen komposit udara |
- |
Markas Barisan | 6 divisyen raifal |
2 briged kereta kebal 1 briged jurutera tempur |
Rujukan dan sumber
- ^ G. F. Krivosheev, Soviet casualties and combat losses in the twentieth century, hlm. 149, London: Greenhill Books, 1997.
- ^ G. F. Krivosheev, Soviet casualties and combat losses in the Twentieth Century, hlm. 196–197, London: Greenhill Books, 1997.
- ^ David Glantz, Companion to Colossus Reborn, hlm. 34, Lawrence: University Press of Kansas, 2005.
- ^ Keith E. Bonn (ed.), Slaughterhouse, hlm. 300, Bedford: The Aberjona Press, 2005.
- ^ John Erickson, The Road to Berlin, hlm. 420, New Haven: Yale University Press, 1999.
- ^ Combat composition of the Soviet Army (Боевой состав Советской Армии)