Barisan (Rusia: фронт , front) ialah sebuah formasi tentera dalam beberapa negara. Berasal dari Empayar Rusia, ia telah digunakan oleh Tentera Darat Poland, Tentera Merah dan Tentera Darat Soviet, serta Turki. Ianya sepadan dengan kumpulan tentera darat dalam kebanyakkan tentera negara lain. Ia berbeza dari segi saiz tetapi secara umum mengandungi tiga hingga lima tentera darat. Ia tidak boleh dikelirukan dengan penggunaan yang lebih umum iaitu barisan ketenteraan, yang menerangkan sebuah kawasan geografi dalam masa perang.
Rujukan
- John Erickson, The Road to Stalingrad: Stalin's War with Germany, Weidenfeld & Nicolson, London, 1975
- David Glantz, Colossus Reborn: The Red Army at War 1941-43, University Press of Kansas, 2005