Barisan Pertama Ukraine | |
---|---|
Aktif | 1943-1945 |
Negara | Kesatuan Soviet |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Peranan | Penyelarasan dan pengendalian Operasi Tentera Merah di Ukraine, Poland, dan Jerman |
Saiz | Beberapa tentera darat medan |
Pertempuran | Korsun-Shevchenkivskyy Kelompok Hube Operasi Lvov-Sandomierz Penyerangan Vistula–Oder Penyerangan Silesia Pertempuran Breslau (1945) Berlin Pengepungan Halbe Prague |
Komander | |
Komander terkenal | Jeneral Nikolai F. Vatutin (Oktober 1943-Mac 1944) Marsyal Georgy K. Zhukov (Mac 1944-Mei 1944) Marshal Ivan S. Konev (Mei 1944-Mei 1945) |
Barisan Pertama Ukraine (Rusia: Первый Украинский фронт ) adalah sebuah Barisan—iaitu bersamaan dengan Kumpulan tentera darat Barat—dalam Tentera Merah Soviet Union semasa Perang Dunia Kedua.
Zaman perang
Pada 20 Oktober 1943, Barisan Voronezh telah dinamakan semula Barisan Pertama Ukraine (Bahasa Inggeris: 1st Ukrainian Front atau 1UF). Pertukaran nama ini mencerminkan kemajuan ke arah barat Tentera Merah dalam kempennya menentang Wehrmacht Jerman, meninggalkan Rusia di belakang dan bergerak ke dalam Ukraine. Barisan tersebut terlibat dalam mengendalikan pertempuran di Ukraine, Poland, Jerman, dan Czechoslovakia semasa tahun 1944 dan 1945.
Ketika tahun 1944, Barisan itu mengambil bahagian bersama-sama Barisan lain di dalam pertempuran Korsun-Shevchenkivskyy, dan pertempuran Kelompok Hube di Ukraine. Ia memimpin Penyerangan Lviv-Sandomierz, yang mana ia terdiri daripada Tentera Darat Pertama Kereta Kebal Pengawal Soviet, Tentera Darat Ke-3 Kereta Kebal Pengawal, Tentera Darat Ke-4 Kereta Kebal, Tentera Darat Ke-3 Pengawal, Tentera Darat Ke-5 Pengawal, Tentera Darat Ke-13, Tentera Darat Ke-38, dan Tentera Darat Ke-60. Ia kemudian mengambil bahagian dalam pertempuran untuk Ternopil'.
Pada tahun 1945 Barisan tersebut terlibat dalam Penyerangan Vistula–Oder, dan memimpin Silesia dan Operasi Prague, dan pengepungan Breslau. Ia juga terlibat dalam operasi Berlin di Jerman dan Poland. Barisan itu juga memimpin sebahagian besar Pengepungan Halbe, dimana kebanyakkan daripada Tentera Darat Ke-9 Jerman telah musnah di selatan Berlin. Pada ketika ini Tentera Darat Kedua Poland telah beroperasi sebagai sebahagian daripada 1UF. Akhirnya Barisan Pertama Ukraine menyediakan pertahanan terhadap serangan balas dari Armee Wenck yang bertujuan untuk menyelamatkan Berlin dan Tentera Darat Ke-9.
Barisan tersebut telah memenangi kesemua operasinya ke atas tentera lawan Wehrmacht. Penyerangan Prague merupakan pertempuran terakhir dalam Perang Dunia II di Eropah.
Selepas perang, markas Barisan telah membentuk Kumpulan Angkatan Bersenjata Tengah Tentera Merah di Austria dan Hungary, menjaga Tirai Besi.
Para Panglima
- General Nikolai F. Vatutin (Oktober 1943-Mac 1944)
- Marshal Georgy K. Zhukov (Mac 1944-Mei 1944)
- Marshal Ivan S. Konev (Mei 1944-Mei 1945)
Ketumbukan darat
Ketumbukan-ketumbukan darat yang menjadi sebahagian daripada Barisan Pertama Ukraine adalah seperti berikut:
- Tentera Darat Ke-13 (1943–45) (Wilayah Tentera Carpathian)
- Tentera Darat Ke-27 (1943–44) (Barisan Ke-2 Ukraine)
- Tentera Darat Ke-38 (1943–44) (Barisan Ke-4 Ukraine)
- Tentera Darat Ke-40 (1943–44) (Barisan Ke-2 Ukraine)
- Tentera Darat Ke-47 (1943-43) (Barisan Ke-2 Belorussia)
- Tentera Darat Ke-60 (1943–44) (Barisan Ke-4 Ukraine)
- Tentera Darat Ke-3 Kereta Kebal Pengawal (1943–45) (Kumpulan Angkatan Bersenjata Soviet di Jerman)
- Ketumbukan Udara Ke-2 (1943-?) ?
Komposisi seterusnya
- Tentera Darat Ke-5 Pengawal
- Tentera Darat Pertama Poland
- Tentera Darat Ke-52
- Tentera Darat Ke-4 Kereta Kebal Pengawal
- Tentera Darat Ke-28
- Tentera Darat Ke-31
- Tentera Darat Ke-3 Pengawal
Rujukan
- Konev, I.S. Aufzeichnungen eines Frontbefehlshabers
- Konev, I.S. Das Jahr 1945
- Ziemke, E.F. Stalingrad to Berlin
- Tissier, Tony Slaughter at Halbe
- Duffy, Christopher Red Storm on the Reich
- Antill, P., Battle for Berlin: April – May 1945.