Arena Wan | |
---|---|
Kelahiran | Arena Lieya binti Iman Wan Tuck Meng 16 Disember 1999 |
Status | Single |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Arena Lieya [1] Arena Iman |
Pekerjaan | Pelakon, Model, Penyanyi |
Tahun aktif | 2017–kini |
Ibu | Norhaida Hassan |
Bapa | Iman Wan Tuck Meng |
Saudara | Adam Wan Mun-Yu Ara Wan Mun Kim Wan Mun Kit Wan Mun Kay |
Kerabat | Wan (secara lahir) |
Anugerah | Mendapat gelaran "Dewi Favourite" Dewi Remaja 2018/2019 |
Arena Lieya binti Iman Wan Tuck Meng atau nama popularnya Arena Wan (lahir 16 Disember 1999) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan realiti pencarian bakat dan personaliti Dewi Remaja 2018/2019 dimana beliau telah terpilih sebagai salah seorang finalis dan bertahan sehingga ke 'Top 6' sekaligus dinobatkan sebagai "Dewi Favourite" pada akhir rancangan realiti berkenaan. Beliau mulai dikenal menerusi siaran Astro Ceria yang berjudul SMK (musim 1-2) sebagai Lisa Kim.
Kehidupan peribadi
Arena Wan Mun-Yi binti Iman Wan Tuck Meng dilahirkan di Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia pada 16 Disember 1999 dan dibesarkan di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Bapanya merupakan komposer dan penerbit terkenal pada suatu ketika dahulu. [2] Arena mewarisi bakat seni dari bapanya dimana beliau mahir bermain pelbagai jenis alat muzik seperti piano, gitar, ukulele, dan gamelan. [3] Hal ini mendorong Arena aktif menyertai kelab muzik, kelab kebudayaan dan juga kelab teater pada zaman persekolahannya.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, beliau terlibat aktif dalam pelbagai TVC [4] dan berlakon sebagai watak sampingan di beberapa projek tv.
Beliau adalah kacukan Cina (bapa) dan Melayu (ibu). Beliau mempunyai dua orang adik dan adik keduanya yang bernama Adam merupakan seorang autism dan dikenal di media sosial melalui akaun "Adams Autism Family" yang aktif menyebarkan kesedaran berkaitan autism kepada masyarakat. Beliau juga mempunyai seorang abang dan kakak dari perkahwinan bapanya yang terdahulu.
Kerjaya
Setelah menamatkan persekolahan pada tahun 2016, Arena pernah menimba pengalaman berlakon sebagai watak sampingan di Oh My English Level Up (2017) yang ditayangkan di Astro TVIQ & My Mother's Story (2017) [5] yang ditayangkan di Channel 5, Mediacorp, Singapura. Selain itu, Arena juga aktif menjadi model dalam beberapa TVC[6] & kempen produk.[7]
Pada tahun 2018, Arena telah terpilih untuk menjadi salah seorang peserta rancangan realiti pencarian bakat dan personaliti Dewi Remaja sesi 2018/2019 dimana beliau telah terpilih sebagai salah seorang finalis bersama Haneesya Hanee, Anna Jobling, Aween Ismail, Zeera Azizi dan ramai lagi.
Setelah tamat Dewi Remaja, beliau mulai dikenal melalui watak Lisa Kim di dalam drama komedi sekolah, SMK yang disiarkan di Astro Ceria.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | SMK (musim 1) | Lisa Kim @ Khang Lai Chee | Astro Ceria | 5 episod |
2020 | SMK (musim 2) | 13 episod | ||
Jujurlah Nikahi Aku | Suzaila | Astro Ria | 30 episod | |
2021 | SMK Study Squad | Lisa Kim | Astro Ceria | |
2021-2022 | Hati Yang Dikhianati | Batrisya (Baby) | Astro Prima | 146 episod |
2023 | SuperWira | Irena | Astro Ceria | 7 episod |
2024 | Racun Rihanna | Rihanna (flashback) | TV3 | 15 episod |
Dara & The Gang | Bedah | 13 episod | ||
Gadis dan Angan Angan | Fida | 20 episod | ||
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Sofia | Astro Ria | 20 episod | |
2025 | Haluan | Lydia | TV2 | 30 episod |
Kerana Seorang Lelaki | Anne Wong | Astro Prima | 40 episod | |
Generasi: Perfect 10 | Ezrina Riyad binti Azfar (Ezie) | Astro Citra |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | She Was Pretty | Aria Bakri | Viu | 16 episod |
Kau vs Aku | Syafiqah (Syaf) | Sooka | 8 episod | |
2023 | Journal Sarahaeyo | Sara | Viu | 6 episod |
That Cover Girl | Syiqa | Prime Video | 5 episod |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | SMK: Raya Dekat Jauh | Lisa Kim | Astro GO / Astro Ceria | |
2023 | Irama Kita | Raysha | Tonton / TV3 | |
2024 | Pemburu Saka | Sutina | ||
Enam Sebelah | Sofea |
Muzik video
Tahun | Muzik video | Penyanyi | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Dekat Jauh Official MV (Lagu Tema SMK : Raya Dekat Jauh) | Arena Wan, Aniq Iffat, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Kashika Selvam, Idan Aedan, Wafiy. | Penyanyi & Model MV | Lagu & Lirik: Audi Mok, Shazee Ishak, Tilla Hanna |
2023 | In My Head (Official AI Visualizer - Ost Journal Sarahaeyo) | MFMF., Arena Wan | Penyanyi | Lagu & lirik: Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Denise Chan Li-Hsia |
2024 | Dandanan (Official Visualizer) | NAKI | Pembantu Pengarah & Model (with Naki Zainal) | Lagu & lirik: Darien Sebastian & Naki Zainal |
Diskografi
Tahun | Tajuk | Ciptaan | Penyanyi | Saluran |
---|---|---|---|---|
2020 | Dekat Jauh (Ost SMK Raya Dekat Jauh) | Audi Mok, Shazee Ishak, Tilla Hanna | Arena Wan, Aniq Iffat, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Kashika Selvam, Idan Aedan, Wafiy | Spotify [8], Youtube [9] |
2023 | In My Head (Ost Journal Sarahaeyo) | Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Denise Chan Li-Hsia | MFMF., Arena Wan | Spotify [10], Youtube [11] |
2025 | Perfect (Epilogue Song - Generasi: Perfect 10 Ost EP) | Daries Sebastian, Elias, Naki Zainal, Arena Wan | Arena Wan | Spotify [12] |
Anugerah dan Pencapaian
- Mendapat gelaran (Dewi Favourite) dalam Dewi Remaja 2018-2019.
Rujukan
1. ^ Biodata Arena Lieya Dewi Remaja Malaysia 2018/2019 fiksyenshasha.com. Dicapai 22 November 2018.
2. ^ Biodata Arena Lieya (Arena Wan) Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati Iluminasi.com. Dicapai 15 April 2021.
3. ^ "Kisah Di Sebalik Nama Arena Lieya" [13] sinarplus.sinarharian.com. Dicapai 8 Ogos 2021.
4. ^ "Bukan Mudah Jaga Anak Autisme" -Luahan Ayah Arena (Iman Wan).astroawani.com. Dicapai 31 Mac 2018.
Pautan Luar
- Arena Lieya di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Arena Lieya di Instagram.