Amizar Abu Adam | |
---|---|
أميزر أبو آدم | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Hal Ehwal, Koperasi & Pembangunan Usahawan FELDA : sejak 14 Februari 2024)[note 1] | |
Menyandang jawatan 13 Februari 2024 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
Didahului oleh | Razali Kassim |
Kawasan pilihan raya | Pelangai |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Pelangai | |
Menyandang jawatan 7 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Johari Harun (BN–UMNO) |
Majoriti | 2,949 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Amizar bin Abu Adam 7 Julai 1973[1] ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Amizar bin Abu Adam (lahir 1973) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Februari 2024 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Pelangai sejak Oktober 2023. Beliau merupakan ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Bentong bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.
Kerjaya politik
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (2022)
Pilihan raya negeri Pahang 2022
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Amizar membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Ketari. Beliau tidak terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari selepas tewas tipis kepada Thomas Su Keong Siong dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti hanya 120 undi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2023)
Pilihan raya kecil Pelangai 2023
Dalam Pilihan raya kecil Pelangai 2023 yang diadakan pada 7 Oktober 2023 susulan kekosongan kerusi negeri akibat kematian penyandangnya, Johari Harun, dalam nahas pesawat Elmina 2023 pada 17 Ogos 2023, Amizar telah dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi tersebut.[2] Beliau memenangi kerusi itu dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Pelangai untuk penggal pertama selepas menewaskan Kasim Samat dari Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli, dengan majoriti sebanyak 2,949 undi.[3]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2024)
Pada 13 Februari 2024, Amizar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Johari Harun.[4] Pada keesokan harinya, 14 Februari 2024, Amizar telah diberikan portfolio melibatkan Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Pembangunan Usahawan yang sebelum ini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Razali Kassim.[5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N34 Ketari | Amizar Abu Adam (UMNO) | 9,602 | 40.66% | Su Keong Siong (DAP) | 9,722 | 41.17% | 23,614 | 120 | 77.71% | ||
William Tan Wei Leong (GERAKAN) | 4,290 | 18.17% | ||||||||||
2023 | N36 Pelangai | Amizar Abu Adam (UMNO) | 7,324 | 62.35% | Kasim Samat (PAS) | 4,375 | 37.25% | 11,746 | 2,949 | 72.12% | ||
Haslihelmy DM Zulhasli (BEBAS) | 47 | 0.40% |
Anugerah
Pahang :
Dato' Indera Darjah Mahkota Pahang (D.I.M.P.) – Dato' (2016)[1]
Ahli Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (A.A.P.)
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2012)[8]
Nota
- ^ Memegang portfolio yang diamanahkan 1 hari selepas memulakan tugas pada 14 Februari 2024.
Rujukan
- ^ a b "DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA -PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG - DIMP TAHUN 2016" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pahang.
- ^ "Amizar Abu Adam Barisan candidate for Pelangai by-election". The Star. 20 September 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
- ^ "Official: Barisan wins Pelangai, says EC". The Star. 7 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Oktober 2023.
- ^ "Pelangai state rep sworn in as new Pahang exco member". New Straits Times. 13 Februari 2024. Dicapai pada 14 Februari 2024.
- ^ "Wan Rosdy umum rombakan kecil exco Pahang". Malaysiakini. 14 Februari 2024. Dicapai pada 14 Februari 2024.
- ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Kecil Pelangai 2023". Astro Awani. 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
- ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT TAHUN 2012 BAGI DARJAH KEBESARAN/PINGAT (PJK)" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pahang.