Johari Harun | |
|---|---|
| جوهري هارون | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau: 14 Disember 2022 – 17 Ogos 2023)[note 1] | |
| Dalam jawatan 2 Disember 2022 – 17 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Didahului oleh | Abdul Rahim Muda (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) Mohd Sharkar Shamsudin (Persekitaran) Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Teknologi Hijau) |
| Digantikan oleh | Wan Rosdy Wan Ismail (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Persekitaran) Mohd Nizar Najib (Teknologi Hijau) |
| Kawasan pilihan raya | Pelangai |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Pelangai | |
| Dalam jawatan 19 November 2022 – 17 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Adnan Yaakob (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Amizar Abu Adam (BN–UMNO) |
| Majoriti | 4,048 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Johari bin Harun 20 Januari 1970 |
| Meninggal dunia | 17 Ogos 2023 (umur 53) |
| Cause of death | Nahas kapal terbang |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Maziah Muhammad Sudin |
| Anak | 5 |
| Pendidikan | Maktab Tentera Diraja |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
| Pekerjaan |
|
Johari bin Harun (20 Januari 1970 – 17 Ogos 2023) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail mulai Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Pelangai dari November 2022 sehingga kematiannya dalam satu nahas kapal terbang pada Ogos 2023.[1] Beliau merupakan ahli dan Ketua Bahagian Bentong bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.[2] Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gading Group.[3][4]
Kematian
Pada 17 Ogos 2023, Johari bersama sembilan individu lain terkorban apabila pesawat yang dinaiki mereka terhempas di tengah jalan di Bandar Elmina, Shah Alam dalam penerbangan menuju ke Subang dari Langkawi.[5][6]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N36 Pelangai | Johari Harun (UMNO) | 7,308 | 57.71% | Kasim Samat (PAS) | 3,260 | 25.74% | 12,846 | 4,048 | 78.5% | ||
| Ahmed Wafiuddin Shamsuri (AMANAH) | 2,031 | 16.04% | ||||||||||
| Isa Ahmad (PUTRA) | 65 | 0.51% | ||||||||||
Anugerah
Pahang :
Nota
- ^ Memegang portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
- ^ "#Elmina plane crash: Pahang exco member among those on aircraft". New Straits Times. 17 Ogos 2023.
- ^ "JOHARI HARUN". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Januari 2023.
- ^ "JOHARI HARUN". Politikus. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ "Elmina plane crash victim Johari Harun successful businessman turned politician". malaymail. 18 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ "Pahang exco Johari Harun among 10 dead in private jet crash". The Edge Malaysia. 18 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ Dashcam footage of fatal plane crash circulating online (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2023-08-25
- ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 8 Januari 2023.
- ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 5 Januari 2023.








