Koordinat: 28°N 2°E / 28°N 2°E
Republik Demokratik Rakyat Algeria/Aljazair ريڤوبليك ديموکراتيك رعية الجيريا/الجزائر الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية Al-Jumhūrīyah al-Jazā'irīyah ad-Dīmuqrāṭīyah asy-Sya`bīyah ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: من الشعب و للشعب (Bahasa Arab) "Daripada Rakyat, Demi Rakyat" | |||||
Lagu kebangsaan: Kassaman (Bahasa Arab) "Jaminan" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Algiers 36°44′52″N 3°02′57″E / 36.74791426685742°N 3.0491822614399755°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Bahasa Amazigh (de jure), Bahasa Perancis (de facto)1 | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Abdelmadjid Tebboune | ||||
Nadir Larbaoui | |||||
Penubuhan | |||||
dari 1236 | |||||
• Pemerintahan Uthmaniyyah | dari 1516 | ||||
dari 1830 | |||||
• Pengisytiharan republik merdeka | 5 Julai 1962 | ||||
sedikit sahaja | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2021 | 44,700,000[1] (ke-32) | ||||
17.7/km2 (45.8/sq mi) (ke-168) | |||||
KDNK (PPP) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▲ USD768.52 bilion, a. 2024)[2] (ke-39) | ||||
▲ USD16,483 (a. 2024)[2] (ke-99) | |||||
KDNK (nominal) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▲ USD266.78 bilion (a. 2024)[2] (ke-50) | ||||
▲ USD5,722 (a. 2024)[2] (ke-109) | |||||
Gini (2011) | 27.6[3] rendah | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.745[4] tinggi · ke-91 | ||||
Mata wang | Dinar Algeria ( DZD ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | tidak diperhatikan | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +213 | ||||
Kod ISO 3166 | DZ | ||||
DPT internet | .dz | ||||
1 Bahasa Kabyle ialah bahasa rasmi di Kabylia, Bahasa-bahasa Barbar yang lain juga diiktiraf sebagai "bahasa kebangsaan". |
Aljazair[5][a] atau dikenali dengan nama Inggerisnya Algeria —nama rasmi: Republik Demokratik Rakyat Algeria[b]— ialah sebuah negara rantau Afrika Utara terletak di pesisiran barat daya Laut Mediterranean; laut tersebut di sebelah utaranya, bersempadan dengan Tunisia di belah timur lautnya,[5] Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat.
Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.
Penamaan
Nama Algeria atau bentuk Perancisnya Algérie diambil dari nama ibukotanya Algiers atau nama Arabnya الجَزَائِر Al-Jazā’ir yang bermaksud "kepulauan" iaitu bentuk jamak kata جَزِيرَة jazīrah "pulau".[7] Hal ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan kota tersebut, gugusan pulau ini diberi nama جزائر بَنِي مَزْغَنَّة Jazā'ir Banī Mazghannah "Kepulauan Bani Mazghanna"[8][9][halaman diperlukan][10][halaman diperlukan] tertulis dalam peta-peta dikarang zaman pertengahan seperti yang dilakukan Muhammad al-Idrisi; kota Al-Jazā’ir dinamakan oleh pengasasnya, Buluqīn bin Zīrī[11] putera Ziri bin Menad yakni seorang ketua puak bangsa Amazigh pengasas wangsa Ziriyah yang memerintah kawasan tersebut. Ibn Khaldun sendiri dalam kitab Muqaddimah-nya menamakan kawasan merangkumi kota tersebut dan pinggirannya sebagai بِلَاد الجَزَائِر Bilād Al-Jazā'ir.[12] Nama Al-Jazā'ir turut tersenarai dipinjam terus dalam Kamus Al-Marbawi.[5]
Nama Al-Jazā'ir dikatalakan sebagai Aljer sebelum diperanciskan kepada Algiers. Nama Algérie merupakan olahan lanjut dari nama kota tersebut yang mula digunakan oleh Menteri Peperangan Empayar Jean-de-Dieu Soult pada tahun 1837 sebagai pengganti label "Taklukan Perancis Afrika Utara" (« possessions françaises du Nord de l'Afrique »).[13]
Sejarah
Populasi kaum peribumi Amazigh di Algeria telah berada di bawah pendudukan kuasa asing sejak 3000 tahun yang lepas. Orang-orang Phoenicia (1000 SM) dan Empayar Rom (200 SM) adalah yang paling penting diantara kuasa-kuasa asing di sini sehinggalah kedatangan kuasa Islam pada kurun kelapan masihi. Walau bagaimanapun penaklukan tidak datang sekaligus, pada zaman pertengahan Dinasti Fatimiyyah yang bermula di Algeria menakluki Mesir walaupun selepas itu dinasti ini meninggalkan Afrika Utara.
Algeria dikuasai Empayar Uthmaniyyah oleh Khair ad-Din dan abangnya Aruj yang menjadikan pesisir pantainya pelabuhan untuk kapal-kapal perang. Perancis kemudian menakluki Algiers pada 1830; bagaimanapun terdapat penentangan oleh pejuang-pejuang menjadikan usaha penaklukan Algeria menjadi lambat. Penaklukan Algeria tamat pada awal abad ke-20 apabila Tuareg ditakluki.
Sementara itu, pihak Perancis telah menjadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayahnya sendiri. Beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol, dan Malta berpindah menyeberangi Laut Mediterranean untuk membuka kebun di tanah lapang Algeria dan menduduki kebanyakan kota-kota Algeria. Bagi masyarakat majoriti Muslim Algeria, mereka tidak diberikan taraf kewarganegaraan Perancis mahupun hak untuk mengundi. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.
Pada tahun 1954 iaitu semasa Perang Kemerdekaan Algeria, Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (BPKA) melancarkan serangan gerila dan hanya selepas sedekad berlakunya pertempuran di bandar dan desa, mereka berjaya mengusir Perancis keluar pada tahun 1962. Hampir 1,025,000 pieds-noirs, di samping 91,000 harkis (Orang Muslim Algeria yang pro-Perancis), atau 10% daripada populasi Algeria pada tahun 1962 melarikan diri ke Perancis dalam masa beberapa bulan semasa pertengahan peperangan tahun itu.
Presiden pertama Algeria merangkap ketua BPKA, Ahmed Bin Bella, telah digulingkan oleh bekas sekutunya yang juga menteri pertahanan, Houari Boumédiènne pada tahun 1965. Algeria kemudian menikmati kestabilan selama 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.
Pada tahun 1990-an, Algeria terjerumus dalam kancah perang saudara selepas pihak tentera menghalang sebuah parti politik Islam, Parti Pembebasan Islam daripada mengambil alih kuasa selepas pilihan raya yang buat pertama kalinya melibatkan pelbagai parti. Lebih daripada 100,000 orang terkorban dalam serangan gerila oleh pihak-pihak yang bertelagah.
Geografi
Algeria terdiri daripada 2,381,740 kilometer persegi (919,590 bt2), lebih daripada 80% daripadanya adalah padang pasir, di Afrika Utara, antara Maghribi dan Tunisia.[14][15] Ia adalah negara terbesar di Afrika.[15] Nama Arabnya, Al Jazair (pulau-pulau), dipercayai berasal dari pulau-pulau berbatu di sepanjang garis pantai Laut Mediterranean.[14] Bahagian utara, kawasan pergunungan, lembah, dan dataran tinggi di antara Mediterranean dan Gurun Sahara, membentuk bahagian penting dari bahagian Afrika Utara yang dikenali sebagai Maghreb.[14] Kawasan ini termasuk Maghribi, Tunisia, dan bahagian barat laut Libya yang dikenali secara sejarah sebagai Tripolitania.[14]
Politik
Ketua negara adalah Presiden republik, yang dipilih bagi satu penggal 5-tahun year, diperbaharui sekali sahaja. Algeria has universal suffrage. Presiden merupakan ketua Majlis Menteri dan Majlis Keselamatan Tinggi. Dia melantik Perdana Menteri yang juga merupakan ketua kerajaan. Perdana Menteri turut melantik Majlis Menteri.
Parlimen Algeria adalah (bicameral), mengandungi dewan rakyat, National People's Assembly (APN), dengan 380 ahli dan dewan negara (upper chamber), Majlis Negeri, dengan 144 ahli. APN dilantik setiap 5 tahun.
Algeria terbahagi kepada 48 wilayah (ولاية), atau jajahan:
- Adrar
- Ain Defla
- Ain Temouchent
- Alger
- Annaba
- Batna
- Bechar
- Bejaia
- Biskra
- Blida
- Bordj Bou Arreridj
- Bouira
- Boumerdes
- Chlef
- Constantine
- Djelfa
- El Bayadh
- El Oued
- El Tarf
- Ghardaia
- Guelma
- Illizi
- Jijel
- Khenchela
- Laghouat
- Mascara
- Medea
- Mila
- Mostaganem
- M'Sila
- Naama
- Oran
- Ouargla
- Oum el Bouaghi
- Relizane
- Saida
- Setif
- Sidi Bel Abbes
- Skikda
- Souk Ahras
- Tamanghasset
- Tebessa
- Tiaret
- Tindouf
- Tipaza
- Tissemsilt
- Tizi Ouzou
- Tlemcen
Ketenteraan
Angkatan berseenjata Algeria terdiri daripada Tentera Darat Kebangsaan Rakyat (ANP), Tentera Laut Kebangsaan Algeria (MRA), dan Tentera Udara Algeria (QJJ), selain Pasukan Pertahanan Udara Wilayah. Ia merupakan pewaris kepada Tentera Darat Pembebasan Kebangsaan (Armée de Libération Nationale atau ALN), sebuah sayap bersenjata bagi nasionalis Barisan Pembebasan Kebangsaan yang menentang pendudukan oleh penjajah Perancis semasa Perang Kemerdekaan Algeria (1954–62).
Jumlah anggota tentera adalah termasuk 147,000 aktif, 150,000 simpanan, dan 187,000 anggota paratentera (anggaran 2008).[16] Perkidmatan di dalam tentera adalah wajid kepada orang lelaki yang berumur antara 19–30, selama 12 bulan.[17] Belanjawan ketenteraan adalah 4.3% daripada produk domestik kasar (GDP) pada tahun 2012. Algeria merupakan tentera ke-2 terbesar di Afrika Utara dan belanjawan pertahanan terbesar di Afrika ($10 bilion).
Pada tahun 2007, Tentera Udara Algeria telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia untuk membeli 49 buah pesawat MiG-29SMT dan 6 buah MiG-29UBT dengan anggaran kos $1.9 bilion. Ia juga bersetuju untuk memulangkan pesawat lama yang dibeli daripada bekas Soviet. Rusia juga membina dua buah kapal selam berkuasa diesel Type-636.[18]
Ekonomi
Ekonomi Algeria terus pulih pada separuh pertama 2022, diterajui oleh kembalinya pengeluaran minyak ke tahap pra-pandemi dan pemulihan berterusan sektor perkhidmatan bersama-sama dengan aktiviti pertanian yang lebih giat. Pemulihan itu akan diteruskan sehingga 2023, disokong oleh sektor bukan hidrokarbon dan pertumbuhan perbelanjaan awam, menurut edisi terkini Kemas Kini Ekonomi Algeria Bank Dunia.
Baki luaran pulih dan terus berkembang berikutan harga hidrokarbon global yang lebih tinggi. Selepas berkembang dengan anggaran 59% dalam tempoh enam bulan pertama 2022 dan memuncak pada bulan Jun, harga purata eksport hidrokarbon Algeria kehilangan sekitar 26% pada Q3-2022. Imbangan luaran juga dirangsang oleh peningkatan ketara dalam eksport bukan hidrokarbon. Syarat perdagangan Algeria juga bertambah baik apabila dinar meningkat berbanding dolar A.S. dan Euro.
Namun Inflasi kekal tinggi—9.4 peratus tahun ke tahun dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022—terutamanya diterajui oleh kenaikan harga makanan global (yang meningkat sebanyak 13.6 peratus di Algeria), isi rumah yang lebih miskin menjadi yang paling terjejas. Pihak berkuasa bertindak balas dengan mempergiatkan langkah untuk melindungi kuasa beli, terutamanya dengan meningkatkan gaji perkhidmatan awam, memperkenalkan faedah pengangguran untuk pencari kerja kali pertama muda, dan mengukuhkan subsidi untuk bahan makanan asas.
Laporan itu memberi amaran bahawa tahap perbelanjaan ini boleh membawa kepada cabaran dalam jangka sederhana jika harga minyak dunia jatuh, sekali gus mengurangkan hasil kerajaan, dan pembaharuan struktur seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta akan menjadi kunci untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Demografi
Ciri demografi penduduk Algeria termasuk kepadatan penduduk, etnik, tahap pendidikan, kesihatan penduduk, status ekonomi, pertalian agama dan aspek lain.
Sembilan puluh satu peratus daripada penduduk Algeria tinggal di sepanjang pantai Mediterranean pada 12% daripada jumlah jisim tanah negara. 75% daripada penduduk adalah bandar, dan pembandaran berterusan, walaupun usaha kerajaan untuk menghalang penghijrahan ke bandar.
97% penduduk menganut Islam Sunni;[19] segelintir orang Islam bukan Sunni kebanyakannya Ibadi dari lembah Mozabite pada kadar 1.3%[perlu rujukan] (lihat Islam di Algeria).
Agama
Agama di Algeria didominasi oleh orang Islam, dengan hampir sembilan puluh lapan penduduk (lebih sembilan puluh sembilan peratus daripada populasi yang menyatakan mana-mana agama) menganut Islam Sunni dari mazhab Maliki, pada 2020.[21] Selebihnya termasuk sekolah dan cawangan Islam lain (Ahmadi, Syiah dan Ibadi), mazhab Kristian (Katolik Rom, Advent Hari Ketujuh, Gereja Protestan Algeria (persekutuan kumpulan Reformed dan Methodist), Lutheran, Anglikan dan Koptik Mesir), Bahá'í dan Yahudi.[22][19] Anggaran populasi Kristian berkisar antara 71,000 (anggaran untuk 2010)[23] hingga 200,000 (laporan 2018).[22] Anggaran terkini yang tersedia mencadangkan penduduk Bahá'í seramai 3,300 (laporan 2010),[24] dan komuniti Yahudi kurang daripada 200 orang.[22]
Prasarana
Pendidikan
Pendidikan di Algeria (Arab: التعليم في الجزائر ) adalah percuma dan wajib untuk warga Algeria dari umur 6 hingga 15 tahun.[25] Walau bagaimanapun, hanya separuh daripada pelajar Algeria yang mendaftar di sekolah menengah.[26] Sehingga 2015, Algeria mempunyai 92 institusi pasca menengah, termasuk 48 universiti.[14]
Kebudayaan
Kebudayaan Algeria merangkumi sastera, muzik, agama, masakan, dan aspek kehidupan lain di Algeria.
Catatan
- ^ Nama kedua "Aljazair" lazim digunakan dalam konteks akademik serata Nusantara seperti pada makalah dan buku[5][6]— Arab: الجَزَائِر, rumi: Al-Jazā'ir , bahasa-bahasa Barbar: ⵍⴻⵣⴰⵢⴻⵔ, rumi: Lezzayer , Perancis: Algérie
- ^ Arab: الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية, rumi: al-Jumhūriyya al-Jazā'iriyyah ad-Dīmuqrāṭiyyah asy-Sya`biyyah ; bahasa-bahasa Barbar: ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ, rumi: Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit , Perancis: République algérienne démocratique et populaire
Rujukan
- ^ "Démographie" [Demography] (PDF). Office National des Statistiques (dalam bahasa Perancis). 18 Mei 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 Julai 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2024". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada April 16, 2024.
- ^ "GINI index (World Bank estimate)". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2018. Dicapai pada 24 Februari 2019.
- ^ Human Development Report 2021-22 Uncertain Times, Unsettled Lives: Shaping Our Future in an Uncertain World (PDF). United Nations Development Programme. 8 September 2022. m/s. 289–292. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Oktober 2022. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ a b c d al-Marbawi, Mohamad Idris bin Abdul Rauf (1931). "الجَزَائِر". Kamus Al-Marbawi. Mesir: Syarikat Mustafa al-Babīy al-Halabīy. m/s. 100.
Negeri hampir dengan negeri Tunis.
- ^ Lihat:
- Laffan, Michael Francis (2015). Sejarah Islam di Nusantara. Yogyakarta: Penerbit Bentang. m/s. 153. ISBN 978-602-291-058-9.
- Noor Naemah Abd Rahman; Mohamad Ramadan Habibi (Oktober 2011). "Pengaruh Pemikiran Politik Yusuf al-Qaradhawi Terhadap Gerakan Politik Islam Pasca Reformasi Indonesia: Kajian Parti Keadilan Sejahtera (PKS)". Tajdid dan Islah. Universiti Malaya: 183–200.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 70. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Bazina, Abdullah Salem (2010). The spread of Islam in Sub-Saharan in Africa (dalam bahasa Arab). Al Manhal. m/s. 23. ISBN 978-9796500024. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2018. Dicapai pada 25 November 2018.
- ^ al-Idrisi, Muhammad (12th century) Nuzhat al-Mushtaq
- ^ Abderahman, Abderrahman (1377). History of Ibn Khaldun – Volume 6.
- ^ Leschi 1941.
- ^ Chenntouf, Tayeb (2008). L'Algérie face à la mondialisation (dalam bahasa Perancis). m/s. 221.
- ^ "Le dictionnaire de l'Histoire - Algérie, Algériens". Herodote (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 21 Mei 2022.
- ^ a b c d e Deeb, Mary-Jane (1993). "Physical Setting". Dalam Metz, Helen Chapin (penyunting). Algeria: a country study (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 69–76. OCLC 44230753. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.CS1 maint: postscript (link) Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Central Intelligence Agency (2 Jun 2020). The CIA World Factbook 2020-2021. Skyhorse. m/s. 158. ISBN 978-1-5107-5826-1.
- ^ Hackett, James (ed.) (5 Februari 2008). The Military Balance 2008. International Institute for Strategic Studies. Europa. ISBN 978-1-85743-461-3. Dicapai pada 16 Julai 2008.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "Loi 14-06 relative au service national", JORADP 48, August, 10th 2014
- ^ "Venezuela's Chavez To Finalise Russian Submarines Deal". Agence France-Presse. 14 Jun 2007. Dicapai pada 31 Ogos 2011.
- ^ a b "The World Factbook – Africa – Algeria". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2021. Dicapai pada 3 Januari 2021.
- ^ "AB Wave V - 2018 | Algeria | Respondents' Personal Information (Demographics) | Religion |". Arab Barometer Data Analysis Tool (Laporan). Dicapai pada 21 Oktober 2020.
Muslim 2,299 - Christian 9 - Jewish 2 - No religion 10 - no answer 12 Number surveyed 2,332 Number who responded 2,320
- ^ "Religious Composition by Country, 2010-2050". Pew Research Center.
- ^ a b c 2018 Report on International Religious Freedom: Algeria. Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (Laporan). Jabatan Negara Amerika Syarikat. 2018. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ Hackett, Conrad; Connor, Phillip; Stonawski, Marcin; Skirbekk, Vegard; Potančoková, Michaela; Abel, Guy (2 April 2015). "Religious Composition by Country, 2010 and 2050". The Future of World Religions: Population Growth Projections, 2010-2050 (PDF) (Laporan). Pew Research Center. m/s. 234. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
Algeria 2010 Christian: ≈0.2% of 35,470,000 population (≈70,940)
- ^ "QuickLists: Most Baha'i (sic) Nations (2010)". Association of Religion Data Archives. 2010. Dicapai pada 20 Oktober 2020.
- ^ Singh, Kishore. "Report of the Special Rapporteur on the right to education". ohchr.org. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
- ^ Algeria country profile. Library of Congress Federal Research Division (Mei 2008). This article incorporates text from this source, which is in the public domain.
- Sumber utama
- Leschi, Louis (Julai 1941). "Origines d'Alger: conférence faite le 16 juin 1941". Feuillets d'El-Djezair (dalam bahasa Perancis).