Syeikh Dr. Ali al-Qaradaghi Ph.D | |
---|---|
![]() | |
Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Didahului oleh | Salim Segaf Al-Jufri |
Setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
Dalam jawatan 2010–2024 | |
Didahului oleh | Mohammad Salim Al-Awa |
Digantikan oleh | Ali al-Sallabi |
Ketua |
|
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1949 Qaradagh, Sulaymaniyah, Kurdistan-Iraq |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Laman web | alqaradaghi |
Syeikh Dr Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi (Arab: علي القره داغي, lahir pada 1949 di Qaradagh, Sulaymaniyah, Kurdistan-Iraq) ialah seorang ilmuwan Islam berpengaruh. Beliau menerima ijazah kedoktoran Ph.D dengan kepujian dalam Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang transaksi kewangan dan kontrak pada 1980. Beliau kini ialah Professor Asas Perundangan Islam, Universiti Qatar, dan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa sejak 2010.
Kehidupan Peribadi
Al-Qaradaghi ialah Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa (IUMS, ibu pejabat semasa di Doha, ibu kota Qatar, diketuai oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi). Beliau ialah Naib Presiden Persatuan Sekolah Islam Tehran dan ahli banyak organisasi Islam lain, termasuk Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah. Beliau adalah pengasas dan presiden Liga Kurdish Islam, yang diasaskan pada tahun 1988, dan Presiden Lembaga Pemegang Amanah Universiti Pembangunan Manusia di kota Sulaimaniyah. Beliau ialah pengerusi lembaga penyeliaan Syariah Qatar First Bank (QFB)[1] dan ahli lembaga penyeliaan Syariah beberapa institusi dan bank Islam, termasuk Qatar National Bank, Dubai Islamic Bank, Doha Bank Islamic Branch, Qatar Insurance, Gulf Investment House dan Ahli United Bank. Beliau memulakan pengajian Syariah di Universiti Baghdad dan lulus dengan ijazah kedoktoran di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau adalah pengarang banyak karya mengenai ekonomi Islam dan Fiqh Perbandingan. Beliau telah dianugerahkan pelbagai anugerah dan penghormatan dan merupakan ahli pelbagai majlis, jawatankuasa dan persatuan. Ali al-Qaradaghi mengambil bahagian dalam Persidangan Teologi Antarabangsa "Doktrin Islam Menentang Radikalisme" di Moscow pada 25–26 Mei 2012.
Anugerah dan pengiktirafan
Anugerah
Malaysia
- Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa - (7 Julai 2024)