Zakir Naik ذاکِر ناعیک ज़किर नाएक | |
---|---|
Kelahiran | Zakir Abdul Karim Naik 18 Oktober 1965 |
Pendidikan | Kolej Kishinchand Chellaram |
Pusat pendidikan | Universiti Mumbai |
Pekerjaan | Penceramah bebas, Doktor perubatan |
Tahun aktif | 1991–kini |
Ahli lembaga | Islamic Research Foundation |
Pasangan | Farhat Zakir Naik |
Laman web rasmi | IRF.net PeaceTV |
Dr. Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Universiti Mumbai. Pada tahun 1991, beliau berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah.
Dr. Zakir Naik (44) adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.
Tokoh Maal Hijrah 2013
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Doktor Zakir Abdul Karim Naik pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 Nov 2013. Ini adalah untuk perkhidmatan yang signifikan dan sumbangan besar beliau kepada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa.
Cabaran
- Setiausaha Menteri Dalam Negara UK, Theresa May melarang masuk Dr. Zakir Naik ke Britain kerana mendakwa bahawa Dr Zakir Naik menyokong Osama bin Laden sebagai pengganas. Ceramah tersebut sebenarnya disalah anggap sedemikian oleh musuh Islam. Ikuti cermah berikut link youtube ini [2]
- Jika mendokong kebebasan bersuara, maka jurucakap muslim hendaklah dibenarkan berucap. Sebelum ini ulama Qatar Yusuf al-Qaradawi dan Abu Ameenah Bilal Philips muslim dari Jamaica dilarang berceramah di Sheffield Arena, London's Wembley Arena dan LG Arena di Birmingham NEC.[3]
- Walaupun kempen anti Islam meningkat, tetapi 34,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002. Edward Said menulis dalam majalah Time bahawa 60.000 buku-buku tentang Islam dan Timur telah ditulis antara tahun 1800 dan 1950 sahaja.
- Ketika kuliah di Universiti Melbourne , Zakir Naik menyatakan bahawa hanya Islam memberi perempuan keadilan sebenar. Pakaian Barat mendedahkan kepada perogolan. Oleh itu wanita hendaklah menutup kepala.
- Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankar tentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan di Bangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds
- Setelah kuliah dengan Paus Benedict XVI pada bulan September 2006, beliau menjemput berdebat tetapi tiada jawapan.
- Pada 31 Julai 2008 di Peace TV , Zakir Naik menyatakan peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
- Zakir Naik menyatakan Evolusi manusia hanyalah teori, bukan fakta. Saintis menyokong teori itu kerana teori itu bertentangan dengan Bible dan bukan kerana kebenaran. Ramai saintis menentang teori Darwin dan mereka memenagi Hadiah Noble.
- Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, Sion, Mumbai pada 2008.
Rujukan
- ^ UK bans entry of Mumbai preacher Naik
- ^ May bans radical preacher from entering UK for saying 'every Muslim should be a terrorist'
- ^ [If we care about free speech, let these Muslim speakers in]
- ^ Britain: No Entry for Preacher With Radical Views on Islam