Kamarudin Md Nor | |
|---|---|
| قمر الدين مد نور | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan) | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud |
| Timbalan | Zameri Mat Nawang |
| Didahului oleh | Md Anizam Ab Rahman |
| Kawasan pilihan raya | Ayer Lanas |
| Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pertama | |
| Dalam jawatan 7 September 2016 – 27 September 2018 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Pengerusi | Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Radzi Jidin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mustapa Mohamed |
| Majoriti | 5,009 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Semerak | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 699 (2004) |
| Dalam jawatan 1997 – 29 November 1999 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | (1997) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Kamarudin bin Md Nor 28 Mei 1947 Pasir Puteh, Kelantan |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik |
|
| Gabungan politik lain |
|
| Kediaman |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
Kamarudin bin Md Nor (lahir 14 April 1947) merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Ayer Lanas sejak Ogos 2023.
Beliau ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi negeri Kelantan. Sebelum ini, beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Semerak dari 1997 hingga November 1999 dan sekali lagi dari Mac 2004 hingga Mac 2008.
Pendidikan
Kamaruddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kamil dan Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh (1954-1965). Kemudian beliau meneruskan pengajian di Maktab Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) pada 1969 hingga 1972 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).[2]
Kehidupan peribadi
Kamaruddin dilahirkan Pasir Puteh, Kelantan pada 28 Mei 1947.[2] Beliau mendirikan rumah tangga dengan Rashidah Musa dan setakat 1997, mereka dikurniakan 10 anak; tujuh lelaki dan tiga perempuan.[2]
Keterlibatan dalam politik
Kamarudin menyertai UMNO pada 1980 sebelum dilantik sebagai ahli jawatankuasa bahagian Pasir Puteh merangkap Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Pasir Puteh dan ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Pusat pada 1987.[2]
Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan, sebelum memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh pada 1993.
Kamarudin meninggalkan UMNO pada 2016 dan mengasaskan BERSATU pada September tahun yang sama.[3] Beliau juga merupakan Ketua Penerangan pertama dari September 2016 hingga September 2018.[4]
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh tetapi tewas kepada calon PAS. Beliau kemudiannya memenangi kerusi DUN Ayer Lanas semasa pilihan raya negeri Kelantan 2023 atas tiket PAS.
Aktivisme mahasiswa
Kamaruddin pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1970-72) dan dilantik Setiausaha Agung serta Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1973-1985 yang ketika itu dipimpin oleh Presidennya, Anwar Ibrahim.[2]
Kamaruddin juga pernah menjadi wakil Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) -Riyadh dan Wakil Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO) bagi Asia Pasifik yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi.
Kepimpinan
Kamaruddin pernah menjadi Pengarah Yayasan Anda Akademik mulai 1972 hingga 1997 dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (1991-1995). Beliau turut menjadi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Aman (1990 hingga 1997).
Pada 28 Jun 2020, beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) [5]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | P028 Pasir Puteh | Kamarudin Md Nor (BERSATU) | 4,896 | 7.18% | Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS) | 32,307 | 47.41% | 69,745 | 1,360 | 81.66% | ||
| Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) | 30,947 | 45.41% | ||||||||||
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1997 | N30 Semerak | Kamarudin Md Nor (UMNO) | ||||||||||
| 2004 | N31 Semerak | Kamarudin Md Nor (UMNO) | 6,095 | 53.04% | Hussin Awang (PAS) | 5,396 | 46.96% | 11,672 | 699 | 83.41% | ||
| 2008 | Kamarudin Md Nor (UMNO) | 6,112 | 46.82% | Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS) | 6,943 | 53.18% | 13,245 | 831 | 84.99% | |||
| 2023 | N37 Ayer Lanas | Kamarudin Md Nor (BERSATU) | 9,535 | 67.81% | Nasrul Hadi Kamarulzaman (UMNO) | 4,526 | 32.19% | 14,209 | 5,009 | 63.24% | ||
Anugerah
Melaka
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2007)
Rujukan
- ^ "Ex-EC chief now Bersatu's VP in new line-up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-05. Dicapai pada 2018-12-05.
- ^ a b c d e "Kamaruddin calon BN di Semerak" (PDF). 29 Julai 1997.
- ^ Bekas ketua Umno Pasir Puteh keluar parti, dijangka sertai PPBM
- ^ Reporters, F. M. T. (2016-10-06). "Bekas setpol Muhyiddin dilantik Setiausaha Agung PPBM". Free Malaysia Today | FMT. Dicapai pada 2025-12-19.
- ^ KAMARUDIN, HAZELEN LIANA (2020-06-22). "Kamarudin ganti Husam galas jawatan Pengerusi KADA". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-12-19.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.Keputusan hanya tersedia untuk pilihan raya 2013.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 2014-04-09.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.








