Arfie Shah | |
|---|---|
أرفي شاه | |
| Kelahiran | Ad Wafri bin Shaharuddin 12 Jun 1993 |
| Warganegara | Malaysia |
| Nama lain | Arfie Shah, Ad Wafri, Adwafri Shah |
| Pusat pendidikan | International College of Music (ICOM) Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pemuzik |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rege |
| Alat muzik | Saksofon |
| Syarikat rakaman | ART ROOM INC |
| Kegiatan berkaitan | Budak Nakal Hujung Simpang |
Ad Wafri Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Arfie Shah (lahir 12 Jun 1993) ialah seorang pelakon, model dan pemuzik lelaki Malaysia. Beliau mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang anggota kumpulan rege iaitu Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS), beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan, seterusnya sebagai pelakon pembantu dan utama dalam pelbagai drama TV dan filem.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Arfie dilahirkan pada 12 Jun 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Beliau belajar bermain saksofon di International College of Music (ICOM).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Arfie memulakan karier lakonan sebagai pelakon tambahan di dalam sebuah filem suatu ketika dahulu. Selepas itu, beliau meminati dunia lakonan dan telah menghadiri pelbagai ujibakat. Arfie beliau mula berkecimpung dalam industri hiburan sebagai anggota kumpulan muzik rege Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS), sebelum menceburi bidang lakonan.
Beliau mula membuat penampilannya di kaca TV dan filem dengan membintangi beberapa buah drama TV dan filem seperti Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023), Pemburu Rahsia (2023), Nuh & Nayla (2024), X-Change (2024) dan Klepet (2025).
Arfie membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Impak Maksima 2 (2025) dimana beliau memegang watak utama iaitu Rudy.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]- Labu (2021)
- Sadar (2022)
- Darsana (2023)
- Nakalnya Raya (2024)
- LIPAT Ost. Klepet (2025)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2025 | Telaga Suriram | Jabet (remaja) | Filem pertama |
| Impak Maksima 2 | Rudy | ||
| Legasi: Bomba the Movie | |||
| Klepet | Arfie | ||
| TBA | Wantugo | Luqman | Penampilan khas, Pos-produksi |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Kamarul | TV3 | Drama pertama |
| Pemburu Rahsia | Qayyum | |||
| 2024 | Nuh & Nayla | Luth | ||
| X-Change: The Bonds Of Blood | Khalif | Astro Premier | ||
| 2025 | Keluarga Itu | Zaidi | TV3 | |
| Si Bakhil Dengan Bunganya | Uwais | Astro Ria | ||
| Hilang Kasyorga | Ram | DEGUP | ||
| Setia Itu Mahal | Tengku Faizal | TV3 | ||
| Generasi: Perfect 10 | Aiman | Astro Citra | ||
| TBA | Kudrat 1968 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Hantu Karipap | Farhan | Astro Citra | Telefilem pertama |
Drama web
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2023 | Cik Lang Swe | Bos Popo | Tonton | Drama web pertama |
| 2024 | Di Hatiku Ada Kamu | Faisal | Viu | |
| 2025 | Lambaian Huda | Bukhari | ||
| 2026 | Kelas Belakang | Fang |








