Setia Itu Mahal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Jamal Khan. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, Anna Jobling, Redza Rosli dan Rita Nadira. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 28 Julai hingga 3 September 2025 menggantikan Selamat Pengantin Haru.
Setia Itu Mahal | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Sophilea |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Lemah" - Dayang Nurfaizah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlin Rahim |
Penerbit | Saiful Bahri Alias |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Wiranusa Corporation Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Julai 2025 – 3 September 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Selamat Pengantin Haru |
Diikuti oleh | Hospital Loveline |
Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.
Sinopsis
Dalina (Anna Jobling), seorang pereka fesyen terkenal, hidup bahagia bersama suaminya, Dr Hakim (Zahiril Adzim) dan anak mereka, Alia. Namun, kebahagiaan itu mula terancam apabila Tengku Farid (Redza Rosli), cinta pertamanya, muncul semula, menuntut cinta yang tidak pernah pudar.
Biarpun Tengku Farid kini bergelar suami kepada seorang wanita berpengaruh iaitu Tengku Natasya, hatinya dikatakan masih terpaut pada Dalina. Setiap pandangan dan setiap kata-kata seolah-olah menghidupkan kembali perasaan yang telah lama terpendam dalam diri Dalina. Dalam kepenatan menguruskan keluarga, ditambah pula dengan perasaan diabaikan suami yang terlalu sibuk, Dalina mula goyah.
Pelakon
Pelakon utama
- Anna Jobling sebagai Dalina Rizwani
- Zahiril Adzim sebagai Dr Hakim Amirullah
- Redza Rosli sebagai Tengku Farid
Pelakon pembantu
- Rita Nadira sebagai Dr Sofea
- Sharifah Husna sebagai Tengku Natasya
- Aida Khalida sebagai Sakinah
- Arfie Shah sebagai Tengku Faizal
- Riezman Khuzaimi sebagai Tengku Zahim
- Natasha Roslan sebagai Ifah
- Zarrin Nuqman sebagai Zafri
- Kamal Ibrahim sebagai Lukman
- Maya Fathia sebagai Aliya
- Faha Azhar sebagai Raymond
- Habeeb Rasely sebagai Razi
Pelakon tambahan
- Aurora lee
- Norshuhada
- Rayyan Mikael
- Fana Azizan
- Bella Nabila
- Nurul Hafiza Mohd Sakri
- Amer Hassan
- Ahmad Zulhilmi
- Leong Seu Ching
- Prem Kumar
- Maria Ardelina
- Siti Uzma
- Amber Chea Lie Peng
- Raymond
- Muhammad Arif
- Lina
- Alya
- Wak Qamarul
- Wak Nan
- Wak Lan
- Pipi
- Eyra
- Siti Nur Huzaimi
- Evfa
- Mohd Rezal
- Mohd Firdaus
- Mimi Nurain
- Zarina
- Norhayati Ramli
- Azimi Omar
Novel
- Kemudian menjadi novel tajuk iaitu Mahalnya Sebuah Setia yang mengambil sebagai novel inspirasi berdasarkan adaptasi drama
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Setia Itu Mahal | Berikutnya |
Selamat Pengantin Haru | Hospital Loveline |