| Generasi: Perfect 10 | |
|---|---|
| Genre |
|
| Pencipta | Nas Addina |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Sling Ng |
Dibintangi oleh |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | |
| Bilangan episod | 8 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Raja Jastina Raja Arshad |
| Penerbit | Emylee Kumar |
| Lokasi | Malaysia |
| Sinematografi | Madnor Kassim |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan |
|
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Citra & Astro Ria |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 19 September 2025 – 7 November 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Honey Trap |
Generasi: Perfect 10 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Sling Ng dengan skrip oleh Nas Addina, Ilya Karnain, Suzanne Ong, Zuli Ismail, Dee Dee Peter dan Lemuel Ong. Dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Daniel Fong, Sherie Merlis, Qi Razali, Ellyza Azizi, dan ramai lagi. Ia diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra & Astro Ria bermula 19 September 2025 hingga 7 November 2025 menggantikan Honey Trap.
Sinopsis
Ezie, seorang gadis yang sejak kecil meminati sukan gimnastik dan bercita-cita untuk menjadi atlet profesional. Apabila kelab gimnastik sekolahnya ditutup secara tiba-tiba, Ezie mengambil langkah berani dengan memohon ke akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut.
Di bawah bimbingan Coach Sue yang kejam dan berdepan dengan gimnas, Victoria Zahra, Ezie harus menguji kemampuan dirinya untuk melayakkan diri ke pasukan kebangsaan, sambil merahsiakan kehidupan harian daripada ibunya.
Namun begitu, sejauh mana Ezie bertahan berhadapan realiti pahit dalam mengejar impian.
Pelakon
- Arena Wan sebagai Ezrina 'Ezie' Riyad Azfar
- Arabella Ellen sebagai Victoria Zahra Hadi
- Sofia Jane sebagai Coach Suhaila Ghazali (Coach Sue)
- Sherie Merlis sebagai Nazma
- Qi Razali sebagai Azfar
- Sharifah Sakinah sebagai Coach Farah Balqis
- Ellyza Azizi sebagai Amalina 'Amal' Johar
- Daniel Fong sebagai Wong Jun Hao
- Aila Azizul sebagai Imann Khalisa
- Chandni Nagadurga sebagai Catherine 'Cat' Michael
- Dhabita Auji sebagai Soraya 'Sora' Rahman
- Aaliyah Natasha sebagai Yasmin Safira
- Hazi Juzaili sebagai Grace Wong
- Farah Ann Abdul Hadi sebagai Natasha Zahra Hadi
- Aiman Ameer sebagai Tengku Mukhriz
- Zarra Zaff sebagai Ezrina 'Ezie' Riyad Azfar (muda)
- Anwaar Beg Moghal sebagai Dato' Safiy
- Nas-T sebagai Coach Wan
- Arfie Shah sebagai Aiman
Penerbitan
Siaran
Generasi: Perfect 10 ditayangkan bermula 19 September 2025, setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) atau strim lebih awal menerusi Astro GO dan Sooka bermula jam 12 tengah malam.








