Legasi: Bomba the Movie | |
---|---|
Pengarah |
|
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Tan Teck Zee |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Santosh Logandran |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 8 juta |
Legasi: Bomba the Movie, sebelumnya dikenali dengan tajuk Legasi Wira Merah, ialah sebuah filem aksi drama Malaysia 2025 arahan James Lee dan Frank See dengan skrip oleh James, Frank dan Haslee Idayu Remlee. Dibintangi oleh Ben Amir, Nas-T, Henley Hii, Hairie Othman, Ammar Alfian, Fad Anuar, Abbas Mahmood, Mathni Razak dan Sasidaran Subramaniam. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 21 Ogos 2025.
Sinopsis
Setelah berjaya menyelamatkan beberapa pendaki remaja daripada Gunung Kinabalu, Amir seorang ahli Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat (STORM) dan mentornya Eddy menjadi semakin akrab. Namun Eddy telah terlibat di dalam kemalangan yang tragis dan berasa bersalah atas kejadian itu.
Apabila menara TEXVIN 118 terbakar, Amir telah ditugaskan untuk mengetuai misi penting ini. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada anggota bomba turut terperangkap di dalam bangunan tersebut. Adakah Amir akan berjaya menyelamatkan mereka atau tragedi lampau akan berulang?
Pelakon
- Ben Amir sebagai Amir
- Nas-T sebagai Eddy
- Henley Hii sebagai Jordan
- Hairie Othman sebagai Tuan Anuar
- Ammar Alfian sebagai Razak
- Fad Anuar sebagai Syafiq
- Abbas Mahmood sebagai Fahmi
- Mathni Razak sebagai Hisham
- Sasidaran Subramaniam sebagai Sanjay
- Nia Atasha sebagai Mustika
- Azman Hassan
- Iman Corinne Adrienne
- Esma Daniel
- Sara Ali
- Lindsey Yap
- Atita Haris
- Dzul Hadziq