Cik Lang Swe ialah sebuah drama web Malaysia 2023 terbitan Tsar Asia Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunus. Ia dibintangi oleh Dini Schatzmann dan Harissa Adlynn. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 26 Oktober hingga 23 November 2023.
| Cik Lang Swe | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Aidilfitri Mohamed Yunus |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Metafor" - Harissa Adlynn |
| Lagu penutup | "Metafor" - Harissa Adlynn |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 10 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | Wan Sariah Dato' Wan Ja'afar |
| Penyunting | Senarai
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Tsar Asia Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 26 Oktober 2023 – 23 November 2023 |
Sinopsis
Cik Lang Swe (Dini Schatzmann) merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.
Lang Swe yang ingin menjalani kehidupan normal sering dibuli kerana sifatnya yang baik hati serta bersopan santun. Ia sememangnya bertentangan dengan keperibadian yang wajar bagi spesis hantu. Namun, semangat Lang Swe tidak pernah pudar kerana dia mempunyai impian untuk meninggalkan kampung bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular.
Pada suatu hari, Ratu bagi segala hantu bagi puak Pontianak, Seri Ponti Wang (Amy Nur Tinie), telah memberi kejutan kepada rakyatnya dengan mengumumkan persaraannya. Keputusannya itu dibuat atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya baharunya sebagai pempengaruh di media sosial.
Lalu, Ponti Wang telah mengisytiharkan bahawa takhta untuk memerintah semua hantu kini menanti pemerintah baharu. Namun, pemerintah baharu itu hanya boleh dipilih daripada pemenang acara berprestij hantu iaitu Olympictu.
Peraturannya begitu mudah. Hantu yang paling banyak mengumpul jeritan manusia akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan memegang takhta pemerintah Kampung Temu Jodoh yang baharu.
Setelah berabad-abad kekal kalah, puak Langsuir berharap untuk menuntut semula takhta yang telah dirampas daripada mereka. Mak Lang percaya bahawa hanya Lang Swe sahaja yang boleh memenangi Olympictu.
Lang Swe yang dilanda rasa panik telah cuba melarikan diri dengan bantuan daripada rakannya, Poco. Namun, dirinya sering ditemui. Akhirnya, Lang Swe terpaksa menjalani latihan. Antara aktiviti yang perlu dilakukannya termasuk memanjat pokok, berlatih gelak tawa yang menyeramkan dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada imej yang menakutkan.
Pada masa yang sama, Lang Swe telah jatuh hati terhadap waris Pontianak, PontiSu (Harissa Adlynn). Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka tidak merestui hubungan yang terjalin, PontiSu telah bertunang dengan PontiDol (Ezzrin Loy).
PontiDol adalah pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe. Lebih memburukkan keadaan, kaum manusia dibelenggu masalah pecah masuk dan rompakan oleh manusia yang bertopengkan hantu. Topeng yang digunakan itu menyebabkan hantu yang dipersalahkan.
Cik Lang Swe bukan sahaja perlu memenangi Oplympictu. Dia juga perlu mencari pesalah yang mengganggu manusia. Selain itu, dia juga mesti memenangi hati PontiSu. Mampukah dia menjayakan semuanya?
Pelakon
- Dini Schatzmann sebagai Cik Lang Swe
- Harissa Adlynn sebagai Ponti Su
- Ezzrin Loy sebagai Ponti Dol
- Amy Nur Tinie sebagai Seri Ponti Wang
- Safwan Nazri sebagai Poco
- Ayunie Rizal sebagai Mak Lang
- Jazmy Juma sebagai Hafiz
- Sarah Monika sebagai Ponti Nana
- Emerlia Feronika sebagai Lang Gigi
- Phirdaus Khardini sebagai Pak Yo








